Bengang aku bila tengok orang merokok kat dalam restoran aka kedai makan! Macam tak prihatin atau pun memang buat-buat bodoh. Senang cakap, kalau ko nak mati cepat ... mati sorang-sorang jangan ajak orang mati dengan kau!
Tadi aku pi makan dekat Restoran Juriah Tomyam yang dekat area Equine Seri Kembangan. Yelah, baru balik dari Pasar Borong Selangor ... ingat nak pekenalah sup ekor. Hujan renyai-renyai makan sup ekor memang sedap wooooo! Lagipun rasa cam 2-3 minggu jugalah tak pekena sup ekor kan.
Sampai kat Restoran Juriah nie, hujan renyai-renyai lagi ... dalam restoran ada 4-5 meja dah penuh dengan pelanggan. Dan depan meja aku ada sorang pelanggan lelaki. Aku namakan pelanggan ni Si A. Sebelah meja Si A ada lagi 2 lelaki sedang makan. Aku namakan Si B dan Si C. Sambil makan dorang dok borak dalam loghat Kelantan.
Okeh, aku tak kisah. Boraklah, aku pun takdelah faham sangat ... dengar pun sayup-sayup je. Pencemaran bunyi dalam restoran aku tak berapa kisah sangat. Cuma jangan pencemaran bunyi yang kuar bau busuk tu je aku tak nak iaitu kentuuuuuuuuuuuuuuuuut!
Lelaki A yang dok depan meja aku sudah makan. Pastu dia kuarkan sepuntung rokok. Aku pun macam ermmmm ... dah lah hidung sesak tersumbat nie. Pastu lelaki A ni sedap je hisap rokok dalam restoran. Aisehhh nk merokok lenkali ... makan kat luar la bai. Ko tahu yang dalam restoran tu ada customer bawa baby. Mangkuklah ko!! Memang mangkuk hayun. Prihatin la sket. Dahlah hisap rokok ... asap tu main hembus tinggi ngadap kipas ... sah-sah asap tu sampai berkepul-kepul kat depan aku. Erghhhh, pantangnye aku dengan bau rokok nie. Cukuplah dulu ayah aku perokok, sib baiklah dia bertahun dah berenti!!
Kemudian, lelaki B dan C pun merokok gak lepas makan. Lagilah aku rasa cam dorang nie bongok! Takde kesedaran dan tak prihatin dengan customer lain yang ada. Aku pandang je lelaki B sebelah meja aku tu ... sambil tu aku tutup hidung dengan tisu. Bagi isyarat cam tu pun buat tak faham ... walau dia pandang aku, tapi aku rasa dia saja buat-buat bodoh. Atau dia memang bodoh??
Yang lelaki C plak, hisap rokok .... abu rokok tu buang kat lantai. Laaaa pengotornye!! Teruklah. Semua tu nak menyusahkan orang untuk sapu. Dan kerana asap-asap rokok lelaki A, B dan C tadi ... makin teruk plak selsema aku malam nie. Makan tadi pun rasa nak muntah sebab dah bercampur dengan bau asap rokok tuh. Aku pun dah start batuk dah nie. Adeeeeh, cari nahas tul lah!!
Wahai perokok, kalau dah tegar sangat .... kalau singgah makan kat restoran, makanlah dekat ruang terbuka yang disediakan. Bukan makan dekat dalam restoran yang mana pelanggan lain tidak merokok!!
Wahai perokok, tabiat ini buruk ... janganlah burukkan keadaan. Kalau dah tegar sangat, jadilah perokok yang nampak macam pembersih. Abu rokok dan puntung rokok janganlah buang kat lantai sesuka hati pastu tenyeh ngan kaki. Bukankah kebanyakan restoran sediakan asthray?? Sila gunakan.
Walau perokok, kalau tak sayang diri sendiri pun, prihatinlah kepada kesihatan orang sekeliling!! Jangan nak merokok di tempat awam. Kalau nak merokok juga, sila merokok dalam jamban.
Wahai perokok, berhentilah merokok ... lagi senang! Rokok dah mahal weh ... baik simpan belanja merokok tu untuk beli kereta ke .. rumah ke ... tak pun saving! Macam member aku, berhenti merokok dan beli kereta. Boleh gak bawa pi jenjalan ;=)
Wahai perokok, nanti sampai satu masa korang akan terfikir .... betapa ruginya jadi perokok. Percayalah!!!
CK : Hidung tersumbat tahap kritikal dah nie.
dulu masa kuliah, bila ada break time, ramailah kaum adam gi bunuh diri.
ReplyDeletedorang tu memang tak prihatin. kat office ni pun ada jugak 2-3 ketul yg tak faham bahasa. customer yg tunggu kat waiting room tu la. menci..
hurm.. hubby nisah pon perokok jugak. walaopun dh pesan byk kali, tp masih macam tu. tetapi nasib baiklah die tak merokok dalam restoran, habis mkn die ke luar kedai. lega di situ. :)
ReplyDelete