Sunday, November 25, 2012

NORA TERKELUAR DARI MASTERCHEF!

Assalamualaikum ...








Sambil aku layan bolasepak Piala AFF Suzuki 2012 dengan Singapore vs Malaysia dan Singapore mendahului 2-0 sempat lagi aku layan Masterchef Malaysia Musim Ke-2. Wajib tengok kalau dok rumah program nie!


Malam nie yang terkeluar dari Masterchef adalah Nora! Nora? Yup ... Nora dah kuar sebelum tu Fizuan dan Dean dah kuar awal lagi. Ada gossip mengatakan Dean dan Nora rapat dalam MC nie, tapi aku tak sure la betul ke dak? Pernah terperasan sekali je lah, dorang berdua dok dekat masa kuliah MC. Bagi aku biasalah, dah berbulan dok lalui program tu sesama, surelah rapatkan. Kawan baik je kot.



Nora terkeluar kerana Pavlovanya yang aku rasa agak lain dari yang lain. Dia buat Pavlova coklat ... tengok pun tekstur dia tak menarik sangat. Nora mempertaruhkan kelainan pada masa yang tak sesuai sebab skangkan dah top 7! Tak dinafikan sepanjang MC2 nie, Nora memang bagus .... betullah cakap Ah Hong, Nora nie full package ... cantik, pandai masak ... dia pun pemain hoki juga tak salah aku utk Malaysia. Not sure ... dengar-dengar camtulah. 


Nora selalu beri yang hasil terbaik semasa MC2 nie, so aku rasa maybe sebab tu dia bleh cakap, "tak mungkin saya kalah dengan Along!". Pastu dia cakap Ah Hong playsafe.... gulp gulp ... nape yek? Macam ada yang tak kena. Walaupun Along tu taklah maintain selalu dalam persembahan dia, but malam nie Pavlova dia memang menarik cuma meringue dia je nampak  nipis. Eh, komen cam juri plak haku nie ... ha ha ha

#Nora diberi masa awal 10 minit, tapi dia yang tersingkir malam ini .... Harap dia akan lebih berjaya di luar sana

Walaupun Nora bagus dekat mata aku, tapi ada masanya kita perlu sedar ... nasib tak selalunya menyebelahi kita. Macam Papa Joe cakap .... masa Nora diumum tersingkir, aku rasa dia tak percaya kot. Terus tutup muka ... maybe dia agak Along yang tersingkir. Aku tengok Along sebelum diumum siapa tersingkir ... dia cool je! Wajah Nora plak confident dia akan stay, but malangnya pertaruhan Pavlova Coklat milik Nora tak menjadi.


Bila malam nie Nora tersingkir, benda yang aku terfikir dalam kepala aku ... kalau kita sentiasa bagus dan hebat, kadang kita rasa tiada siapa akan dapat mengatasi kita. Sebab itulah kita mudah rasa riak dan bangga diri. Tapi kita seringkali lupa, kadangkala ada orang lain yang lebih bagus dan hebat dari kita dan kadangkala nasib itu bukan milik kita. Apapun yang kita lakukan merendah diri terutama dalam cakap kita adalah lebih baik. Biarpun kita playsafe ... ye tak?



 Aku suka Along ... cukup bersahaja dan merendah diri! Dia pun boleh dikatakan agak kreatif juga.


Nina pun feberet aku juga. Lemah lembut dia cakap ... merendah diri jangan cakaplah dia nie. Muke pun sweet ... tengok dia senyum boleh cair kot ... suweeeetlah sangat! Okeh, kita sekampung!





Tak boleh nak agak siapa yang akan jadi Juara Masterchef Musim ke-2. Tapi, Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Singapore malam nie boleh agak dah sapa menang! Singapore dah gol lagi. 3 gol dah weh ... apa dah jadi Harimau Malaya pujaan hati aku nie?? Apek fikir apa nie ... hu hu tension plak layan bola nie!!!




#Keputusan Piala AFF 2012, Malaysia vs Singapore setakat ini Malaysia 0-3Singapore! Jom tidur!!!!
#Sumber gambar dari FB Masterchef




CK : Harimau Malaya tak mengaum malam nie ..... erghhhh letih!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!