Sunday, November 18, 2012

EGG MUFFIN!

Assalamualaikum ....





Morning sweety sweety ... he he he


Dah breakfast belum? Weekend camnie aku rasa best je kalau dapat breakfast kat luar. Pekena roti sardin dekat Tapak Sulaiman pun best juga. Tapi malangnye aku dah 2 hari start DA (Diet Atkins). Makan sardin saje bleh la ... rotinye kasi orang lain.


Aku baru je sudah breakfast 3 ketui egg muffin dengan 500ml air suam. Egg muffin tu aku buat malam tadi. Memang simpan lebeh untuk bfast pagi nie. So, tak yah sibuk dan pening kepala pagi ni nak makan ape. Menu baru yang aku try nie adalah untuk DA. Menu paling selamat ... 


Balik kampung baru nie, setelah bercuti dari DA selama 10 hari lebih kurang ... berat aku dah naik ;). Mana tak naiknye ... kat kampung melantak macam-macam, especially kueh karipap yang mak aku buat tu. Sekali hadap dekat 10 ketui ... karbo tinggi tu sebab tepungkan. Memandangkan dah ramai-ramai dengan adik beradik and sedara mara, selera makan jadi lain macam. Tambah pula air tangan mak yang buat lagilah menggila nafsu makan aku ;)


Masa sebelum balik kampung berat aku maintain 55kg, bila balik Putrajaya naik jadi 58kg! Tahniah sayang ... ha ha ha. 2kg lagi cecah 60kg, sangat baguskan. Disebabkan aku tak mahu berat capai 60kg dan tak juga mahu cepat hanyut di Laut China Selatan ... bertungkus lumus start DA balik. Baru 2 hari, hari ni berat aku dah 57kg. Baru turun 1kg ... wuhaaaaaa wuhaaaaa .... sekian lama aku tak tahu bila nak capai 50kg tu, rasa nak nangis.


Salah aku juga, start puasa lagi aku dah tak disiplin!! Lantak pi hang ... padan muka sendiri ;(



So, malam tadi gigih memikir nak makan ape. Siangnye tu aku dah melantak telur ayam 3 biji ... sosej 5 batang dan daging burger 3 keping ... air suam 2L! Malam dah tergaru kepala nak makan ape lah nie. Makluman, process food tak bagus semasa diet tau. Tapi disebabkan aku tiada stok bahan mentah sebab baru balik dari kampung ... aku makan je process food nie, janji karbo rendah. Please, jangan tiru macam aku ye.

Setelah puas memikir, akhirnya aku decided buat egg muffin berinti ayam. Ayam yang dah beku tu aku kuarkan ... nak lembutkan je dekat 2 jam. Nasib baik kuar dari jam 7malam ... okehlahkan. Godek-godek fridge ada plak cream cheese. Bolehlah ...


Akhirnya jadilah muffin egg macam dekat bawah nie ... shomel shomel egg muffin ai tau 



Egg muffin nie kalau letak ayam banyak, rasa dia lagi sedap ... untuk sape yang suka makan ayamlah. Kalau suka pedas boleh letak cili api. Tapi aku tak letak pun, stok non hado. Resepi dia nie pun main agak-agak and campak je. Asal jadi. Itulah prinsip aku masak ... he he he sebab tulah kengkadang ke tong sampah jadinya. Tapi takpe .... kita mencuba, setakat nie baru sekali dua je tong sampah dapat makan percuma. Rezeki dia dan dosa aku sebab membazir. Jangan tiru!



Meh aku share recipe, nanti takyahlah korang tanya lagi yek. Sape-sape yang DA aku galakkan cuba menu nie. Menu paling selamat untuk DA!!



RESEPI : EGG MUFFIN BERINTI AYAM
SUMBER : CIK KAMOO


Bahan-bahan ;

  • Segenggam isi ayam yang dipotong dadu dan digrill sekejap dengan serbuk perasa dan lada sulah
  • 3 biji telur ayam
  • 30-50gm cream cheese - aku agak-agak je nie
  • Daun sup/daun bawang - hiris halus
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Acuan muffin 
  • Marjerin

Cara-caranya ;

  • Pukul cream cheese sehingga kembang dan masukkan telur ... masukkan sedikit garam
  • Pukul lagi dan lagi sehingga cream cheese dan telur kembang
  •  Lengserkan marjerin pada acuan muffin
  • Masukkan isi ayam yang telah digrill dan kemudian tuangkan aduan telur dan cream cheese
  • Jangan isi penuh ya ... separuh dah cukup, kalau tebal sangat mual nak makan
  • Kemudian letakkan hirisan daun bawang/sup dan taburkan dengan serbuk lada hitam di atasnya.
  • Bakar dengan suhu 120c selama 20minit atau sehingga masak
  • Hidang panas-panas ....
 # kalau suka boleh juga letakkan parutan cheddar cheese atas egg muffin sebelum dibakar.



Selamat mencuba!!!





CK : Kenyangnye .... sekarang tengah buat ayam panggang lak untuk lunch ... he he he

2 comments:

  1. Memang nampak shomel-shomel egg muffin tu... rajin buat muffin ye...

    ReplyDelete
  2. nyum...nyum..sedapnya.

    nak trylah

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!