Pernah dengar ikan pekasam celup tepung? Pernah try ... ? Kalau tak pernah dengar, sure la korang tak pernah try kan kan kan ... Selalu yang kita dengar dan makan macam sotong celup tepung, udang celup tepung ... tak pun ikan goreng celup tepung. Itu dah biasa-biasa dah kan kan.
Kali ni kita try plak ikan pekasam celup tepung. Aku tatau la macam mana mak aku boleh dapat idea nie kat dia. Mak aku punya idea la nie. Tak sangka sedaplah pulak. Memandangkan lebih kurang seminggu lebih aku cuti diet, maka ikan pekasam ini adalah pembangkit selera aku! Walaupun tak dapat makan nasi bertambah, sekadar cukup-cukup rasa tekak pun okehlah ... janji dapat try!! Rajin aku cuti diet skang nie ... atas-atas sebab yang tidak dapat dielakkan! Muahaha ... tapi hari ini aku dah start balik atkins. Sume keje yg memerlukan aku cuti atkins dah habis, untuk masa akan datang aku tak sure la ;)
Inilah rupa bentuk ikan pekasam celup tepung ... yang ni versi mak aku punya. Dia yang goreng. Terliur tak? Ini kalau makan dengan nasi panas, mak mertua lalu pun tak perasan habaq hang ... tambah plak dengan ulam dan sambal belacan ... perghhhhhh, nikmat dunia ooooi ....
Yang nie ikan pekasam celup tepung versi aku sempena Ma'al Hijrah semalam. Tapi aku tak letak cili api goreng sebab stok habis. Bawang goreng je ade ... bolehlah! Memandangkan aku nak start atkins arini, so semalam bedal gak nasi setengah senduk. Aciiii la kan! Nak atkins dah ... no cuti2 lagi untuk tempoh 2 hingga 3 bulan nie .....
Aku ada juga tanya mak aku, pesal lah dicelup tepung pekasam nie .... katanya tak bagi ikan tu hancur lebur, orang Kedah kata ghelai! Aku suggest korang sume cuba .... memang sedap tau. Lagi sedap kalau ikan tu kecik-kecik comel macam aku.
Itu jelah aku nak cerita, kasi korang terliuq .... ish terliuq ka setakat ikan goreng je punnnn!!?????
CK : Orang baru kahwin tu nak pi honeymoon Singapore .... amboi depa!!!
wahhh...nampak sedap ni! x pernah try lg pekasam goreng tepung ni.
ReplyDeletenak kena cuba ni.
ReplyDeletekalau menda sedap wajib kena cuba