Friday, August 24, 2012

BIARLAH AKU MENJADI SAMBALNYA ...

Assalamualaikum ...




Kita akan rasa beruntung, bersyukur ... berbangga dan mungkin akan rasa ingin mengalirkan airmata bilamana di saat hati kita sedang sengsara, sedih dan berduka akan ada seseorang yang sudi meminjamkan bahunya! Seseorang yg kita anggap BFF, bunyi seakan sangat rapat tapi tidak terlalu rapat kerana kesibukan dan komitmen hidup masing-masing.


Bila aku sedang bersedih, June akan sms aku, "dear ... ko ok ke?". Aku susah menceritakan kerunsingan hati aku pada June. Sangat susah. Bila bercerita aku akan jadi penat dengan airmata. Penat sangat. Jadi aku memilih untuk diam dan menjawab persoalan June dengan, "aku k.o!". Dia mungkin berharap aku berkongsi cerita duka aku dengan dia, tapi aku tak mampu. Bukan tak mahu, tapi aku tak mampu menanggung sakit dan mengelap airmata yang akan tumpah laju bagai air terjun!


Aidilfitri tahun ini, aku harap tiada siapa akan sakitkan hati aku. Tapi sangkaan aku meleset. Manusia yang paling rapat dalam hidup aku membuat tuduhan melulu tentang kehidupan aku. Tak berfikir, tak meletakkan dirinya di tempat aku. Sampai aku tak mampu untuk menepis setiap kata melainkan diam dan teruskan melarikan diri dari semua orang. Aku bukan Tuhan, untuk menjadikan yang tiada itu ada dalam sekelip mata. 


Bila aku resah, aku menangis ... aku perlukan seseorang untuk aku sandarkan kesedihan aku. Untuk aku meminjam telinga bagi mendengar resah aku. Bukan untuk menyelesaikan kekusutan tetapi cukuplah untuk meringankan beban hati aku. Itu sahaja. Paling rapat dengan aku ketika ini, Si MB dan June, tapi aku tak juga mampu berkongsi duka aku dengan mereka. Tak mampu nak keluarkan sebarang kata-kata. Aku tak tahu kenapa aku memilih untuk diam dan menanggung beban hati ini seorang diri!


Bila semalam June hantarkan mms untuk aku, "andai kau jadi nasi lemak dan biarlah aku menjadi sambalnya ..." aku baru sedar, setiap kali aku berduka ... dia dan si MB pasti ada untuk hidup aku. Yang cuba untuk faham aku sebagai kawan, sahabat dan teman. Sebab tak semua perihal hidup kita hanya keluarga yang memahami, kadang-kadang kawan-kawan lebih memahami dari keluarga sendiri!


Semalam dengan hari ini, airmata aku masih belum henti ... aku ingatkan Aidilfitri tahun ini akan buat aku lebih berbahagia dan bergembira berbanding tahun-tahun yang lepas, tetapi apa yang "mereka" lakukan pada hati dan perasaan aku lebih teruk berbanding tahun sebelumnya. Aku senyum, aku gelak dan aku diam ... dalam hati airmata turun bagai hujan yang tak akan berhenti!!






CK : Semoga Allah memberikan aku kekuatan ;=)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!