Monday, August 6, 2012

TENANG DALAM MENCARI JODOH

Assalamualaikum ...





Aku copy dari belog Fatin Liyana dan dia pula copy daripada IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor. Kerana ia penuh dengan nasihat aku terpanggil untuk kongsikan ia di sini. Buat tatapan korang semua terutama kawan-kawan yang sibuk bertanya, "bila nak kahwin?". Aku rasa ini adalah jawapan yang seakan tepat. Jodoh itu rahsia Allah, perlu usaha ... perlu sabar bukan ikut rentak orang. Tak semua apa yang orang lain buat kita perlu buat - pendapat aku juga!




Untuk selanjutnya, korang bacalah sendiri ....




Assalamualaikum dan salam Ramadhan.


Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.




*******************





Harap korang faham. Dan apa yang aku harapkan dari manusia sekeliling aku yang pandang aku selalu, takda lagi soalan kepada aku, bila nak kahwin? bila nak makan nasi minyak? bila nak bagi card dan yang sewaktu dengannya. Aku takda jawapan tepat sebab jodoh itu rahsia Allah. Aku cuma usaha semampunya dengan doa sebaiknya.


Paling aku tak suka bila orang cakap, "kau memilih nie!". Habis korang yang dah kahwin, "tak memilih ke suami/isteri korang sekarang nie?". Korang pilih juga kan? Atau korang main rembat je mana sempat??


Jadi fikir-fikirkanlah .... 





CK : Merentas kehidupan, biar masa menentukan ;=)

6 comments:

  1. CK,

    TQVM for sharing, banyak kebenaran dalam cerita ini, saya sendiri telah berkahwin 25 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. Tidak mudah berumahtangga, pengrobanan dan perkongsian suami isteri begitu penting, tolak ansur penting, menerima pasangan seadanya tersangat penting, mmg betul kena merujuk kepada orang yang lebih tua sebelum mencari pasangan hidup. Saya doakan CK berjumpa pasangan yang terbaik di masa hadapan, berdoa kepada Allah.Ameen

    ReplyDelete
  2. perlu la memilih utk kabaikkan sendiri..

    ReplyDelete
  3. kite serupa la kak.. balik² org kata sy memilih.. penat dh nk ckp.. sudahnya, diamkan je.. biar diorg sendiri berhenti sbb penat duk mengata..

    ReplyDelete
  4. @rosli Terima kasih atas doa tuan untuk saya ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!