Sunday, August 26, 2012

SELEPAS 20 TAHUN

Assalamualaikum ... 




Sesekali nak share juga soal hati kat sini, bila rasa tak puashati dan persoalan kenapa berlegar kat kepala aku. Yelah, ada benda yang dah jadi sejarah dan tak perlu diulang atau dimulakan semula! Biarlah terbenam sebagai sejarah untuk diri sendiri. Tak semua sejarah itu berulang. Dan tak semua sejarah patut jadi kenangan!


Cerita 20 tahun lepas masa zaman sekolah-sekolah dulu berulang balik. Alahai, aku rasa banyak cerita zaman sekolah aku dah simpan dalam lipatan sejarah. Takda satu kenangan pun yang meninggalkan kesan dekat hati dengan cara yang terlampau. Terutama kenangan berkawan dengan budak-budak lelaki time sekolah-sekolah dulu. Yelah, dulu budak-budak, akal pun singkat. Tengok member-member semua ada bf, mulalah rasa nak ada bf juga. Tapi lebih kepada takut kepada mak ayah sendiri. So, tak berani sangat nak berkawan dengan lelaki.


But, masa aku form 2 ... ada sorang abang nie sangat baik dengan aku. So, orang baik aku pun baik. Siap berbalas surat bagai. Last-last kantoi ngan mak aku. Keh keh keh! Bila ingat balik memang aku nak gelak. Yelah, aku budak sangat time tu ... abang tu dah form 6 kot! Berbanding dengan aku yang memang macam budak je perangai sampai skang nie. 


Bila start kantoi ngan mak aku, dan mak aku siap ugut nak cakap ngan ayah ... aku terus stop berabang angkat dengan abang nie. Nak mampus, mahu kena bunuh kang! Lagi takut mak aku ugut, "kalau nak kahwin benti skolah ... orang suruh ngaji sekolah bukan dok balas2 surat bercinta!". Hah kau, terus start kejadian itu, aku dah malaslah nak berbaik dengan lelaki sampailah aku habis study kat U. Takut nak kena kahwin punya pasai.  Mak aku tak faham, aku tak bercinta pun dengan abang tu ... takda perasaan apa pun dengan dia. Macam abang je pun. Tapi biasalah orang tua, lebih sayangkan anak dan taknak anak dia tak habis  belajar sebab benda-benda camnie. Bab nie aku setuju sangat!


Disebabkan mak ayah lebih tegas pada aku sebagai anak perempuan sulung, makanya aku nie berhati2 sangat nak berkawan dengan lelaki. Adeeeh, kawan-kawan sekolah aku ramai yang berBF bagai masa sekolah. Kebanyakan dorang lepas SPM dah kahwin, sekarang nie anak dorang semua dah sekolah. Dan aku sampai skang belum lagi berjodoh. Okeh, sabar ;=). Tak kisah sangat bab tu, Insya Allah ada jodoh ... tepat orangnya dan masanya, kahwin juga!


Berbalik cerita 20 tahun lepas, abang yang aku baik sangat tu ... habis study dia terus kerja dan kahwin. Start dia kahwin, aku pun takdalah nak kisah sangat dan tak pernah ambil tahu pun sampailah sekarang. Melainkan mak aku ajelah bercerita sebab dia kenal abang nie. Dapat anak sorang wife dia meninggal. Then dia kahwin lain. Sekian lama jugalah berdiam diri ... raya pun tak pernah jumpa. 


Akhirnya raya baru nie, dia sms aku. Tiba-tiba timbul balik! Rupanya dia minta no. hp aku kat cousin. Si cousin aku plak lurus bendul pi cakap aku nie still single. Alahai mangkuk hayun betullah! Dia sms siap cakap dia siapa ... pernah berutus surat 20 tahun lepas. Pastu  mengenang kisah-kisah lama untuk aku ingatkan balik segala cerita after 20 tahun. Nak gelak aku rasa! Mana tak rasa nak gelak, masa tu aku budak sangat. Aku tak tahu pun apa itu perasaan cinta dan sayang pada lelaki. Lagipun aku anggap dia cam abang je. Serius, bagi aku masa tu hanya belajar walau aku tak pandai sangat. Kalau berkawan pun setakat kawan je tak melibatkan perasaan!


20 tahun tu lama giler, jadi sekarang nie aku dah cukup dewasa untuk membezakan mana yang patut aku layan dan tidak. Mana yang perlu anggap hanya kawan atau sebagai abang sahaja. Tambah plak, abang angkat nie dah berfamily, dan aku rasa dia tak patut pun cari aku lagi. 20 tahun menyepi camtu je, tup tup datang nak buka cerita lama ... sudah-sudahlah! Bukan zaman untuk mengenang sebuah cerita dongeng zaman kanak-kanak. Yang sudah tu, biarlah sudah! Lagipun kisah aku dgn abang nie tak terkesan dekat hati walau sedikit pun.


Aku pun dah ada life sendiri ... Insya Allah jika dipanjangkan jodoh, aku akan hidup dengan insan yang aku sayang dan dia sayang aku. Hati aku dah tetap pada siapa. Cuma masa sahaja akan menentukan ia berlaku dengan izin Allah swt. Jika berlaku sebaliknya, aku redha. Sekurang-kurangnya aku tetap berusaha untuk jodoh aku dengan memberi peluang dan ruang pada seseorang untuk kembali. Bagi aku, pilihan yang aku buat sekarang berlaku dengan ketetapan hati aku sendiri. Setelah berbagai ujian dan dugaan aku dengan dia lalui, aku sendiri tak sangka Allah swt nak kembalikan dia pada aku. Lebih baik kita menerima seseorang yang menyayangi kita dengan baik. 


Jadi, selepas 20 tahun datang nak cakap soal perasaan pada aku ... macam tak sesuai bilamana aku sendiri pun tak pernah ada perasaan ketika itu. Sangat-sangat tak logik dan tak boleh terima oleh akal aku. Sorry! 


Bagi aku hidup ini, ada masanya mudah sahaja ... kalau sesuatu itu memang patut kita lepaskan kerana kita merasai ia bukan untuk kita, lepaskanlah!  Jika Allah swt tentukan ia buat kita, kita tidak menunggu sekalipun ia akan kembali dan kembali dengan lebih baik berbanding dulu. Yang penting, yang datang tu bukanlah hak sesiapa.










CK : Aku sentiasa menadah tangan, semoga Allah mengizinkan aku hidup bersama si teman ... antara cepat atau lambat aku menerima dengan redha. Hidup ini tiada paksaan buat sesiapa. Insya Allah, jika jodoh kami kuat memang tak akan ke mana. Jika sebaliknya, biarlah kami sama-sama bahagia dengan kehidupan sendiri.

2 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!