1. Jika anda seorang ketua, cuba berbaik dengan semua pekerja termasuk golongan bawahan. Mereka boleh menjadi sahabat dan sekali gus penyokong yang boleh meningkatkan karier anda.
2. Setia kepada ketua dan sentiasa mempertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat.
2. Setia kepada ketua dan sentiasa mempertahankannya tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar pejabat.
3. Elakkan mengata seseorang melainkan dia telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, jenayah, mencuri dan sebagainya.
4. Jangan mengkritik seseorang di depan atau di belakangnya melainkan jika anda diarahkan menjadi penyelianya. Siapa tahu dia mungkin jadi ketua anda suatu hari nanti.
5. Menerima kedatangan pekerja baru dengan baik. Tunjukkan keadaan pejabat dan jadikan dia sebahagian daripada kumpulan anda.
6. Selalu menepati janji. Kekalkan reputasi ini kerana anda boleh menjadi orang yang dipercayai.
7. Pastikan anda membelanja rakan yang pernah belanja untuk makan bersama. Elakkan daripada dikenali sebagai orang yang tidak tahu membalas budi.
8. Elakkan daripada menentang orang yang tidak anda sukai secara terbuka ketika dia sedang mengemukakan pendapatnya di pejabat. Cara demikian tidak akan membantu meningkatkan karier anda. Suarakan rasa tidak puas hati itu secara individu dengannya.
Sumber : ePetua
Ada masanya di office, macam-macam ragam kawan yang kita jumpa dan berhadapan. Ada masanya kawan-kawan boleh kutuk kita, perli, gelar kita macam-macam dan kita boleh diam. Berbalas cakap pun tidak dan kita boleh diam. Sebab kita anggap itu hanya gurauan dan tak mahu menjadi manusia emosi dan mengeruhkan suasana harmoni walaupun hati kita terasa dan juga sakit.
Tapi kenapa bila kita bersuara sekali dua, mereka boleh terasa dengan apa yang kita cakap ... sedangkan niat kita jua sama, bergurau! Situasi ini amat membosankan aku, sebabnya ... kalau orang lain boleh bergurau kasar dengan kita dan kita mungkin tak sengaja bergurau kasar dengan orang lain, tiba-tiba mereka terasa hati. Adakah hanya mereka sahaja punyai hati dan perasaan? Sakit hati bila dikutuk, diperli dan macam-macam. Sedangkan kita yang sering menjadi mangsa sebelumnya tidak emosi semacam. Kita tak punya rasakah??
Lagi menambah sakit di hati, bila kita bergurau dengan orang lain, tiba-tiba orang yang lain pula boleh terasa dan melenting tiba-tiba. Mulalah kita akan rasa terpaku dan terdiam seketika sebabnya, kita tidak bergurau dengan dia malah kata-kata yang kita lemparkan juga bukan untuk dia. Kenapa mesti terasa hati dan emosi seperti bom meletup?? Di sini kita akan mula terfikir, apa salah kita ... sedangkan kita tidak ada niat menyakiti hati sesiapa.
Kita sahaja perlu jaga hati orang lain, hati kawan ... tapi mereka buat kita seperti tidak punyai hati dan perasaan!! Kalau kita boleh sabar, kenapa mesti mereka tidak boleh sabar menerima apa jua keadaan yang menimpa.
Mungkin diri kita tidak sebaik mana, tapi kita juga tidak meminta orang lain menghukum kita jahat seolah diri mereka terlalu mulia dan bersih dari sebarang dosa. Allah itu ada, dan DIA lebih tahu hati suci bersih dan kotor seseorang hambaNya. Jadi tidak perlu manusia menghukum manusia. Sekian.
p/s : sekadar luahan rasa tidak puashati atas apa yang diperlakukan orang lain terhadap diri aku. sudah banyak aku diam dan bersabar. mak ayah aku tidak ajar aku berlawan kata kata dengan orang lain yang membuat aku rasa sakit hati. mak ayah aku juga tidak ajar aku berdendam. dan sebab itu banyak perkara aku memilih untuk diam sampai banyak rasa yang terpendam. semuanya kerana nak jaga hubungan baik sesama kawan kawan. selalunya aku anggap gurauan kasar kawan-kawan bagai air lalu. pergi dan tak akan datang lagi. kalau orang lain berdiam dengan aku, aku juga akan turut diam. bila penat memikirkan apa salah aku pada orang lain dan tidak dapat jawapan, diam adalah perkara yang terbaik dilakukan. biar seksa diri sendiri tapi jangan menyeksa hati orang lain. bila ok segala keadaan, mungkin mereka kembali bersuara.
CK : Diam itu lebih baik. Sakit ada masa menyeksakan tapi suatu masa yang lain kesakitan mungkin bertukar menjadi keindahan.
Sabar dan diam bukan bermakna kita bersalah atau mengalah. Bg akk, akk cuba amalkan zikir asmaul husna supaya kwn2, saudara mara sygkan kita, drp kita fikir yg bukan2 walau sebenarnya kita tidak terniat utk menyakiti hati org lain.
ReplyDeleteAkk sekadar beri pendapat kerana pernah mengalaminya. Sabar ye dik...
@~~zana@pb~~ Terima kasih sangat2. Insya Allah sy akan cuba amalkan.
ReplyDelete