Kisah benar depan mata dan didengar oleh telinga sendiri. Berlaku pada Isnin minggu nie. Sedang aku syok-syok buat kerja, ada pula orang nak jumpa pasal kerja. Orang luar yang aku tak kenal. Memang tugas aku untuk entertain public kalau takda staff lain masa tu. Aku nie ada masanya macam frontliner jugaklah. Kalau yang datang tu reti hormat orang dan faham apa aku cakap, memang seronok borak. Tapi kalau dapat yang tak faham bahasa memang menyakitkan hati jugalah. Dah nama pun kerja, sakit hati tu aku kena ketepikan dulu.
Berbalik pada kisah Isnin baru nie, ada seorang mamat nie datang jumpa aku. Nak tahu tempat-tempat baik nak buat promosi "apa ntah" dekat Putrajaya terutama di bangunan kerajaan. Aku pun explainlah dekat dia dengan penuh semangat itu ini. Dalam syok bagi info, telefon si mamat nie berbunyi. Dia pun minta excuse kat aku sebab nak jawab call. Aku ok je lah. Maybe ada urusan penting. Dia jawab call plak depan aku. So, memang terang dan jelaslah apa yang aku dengar dia cakap.
Apa yang aku faham dan dengar dari perbualan mamat nie dengan si pemanggil, si pemanggil nie macam suruh mamat yang jumpa aku untuk cari orang cat rumah. Rumah semi D kalau tak salah dengar. Camtulah gayanye. Boraknye borak, mamat tu cakaplah ... "kejap lagi aku call kau balik".
Mamat nie letak call dan minta excuse sekali dari aku. Dia plak buat panggilan dekat sorang uncle (aku dengar dia panggil uncle ... tu yang aku sebut uncle).
Mamat pentipu : Uncle ... semalam janji mau datang tengok itu rumah. Semalam saya call banyak kali uncle tak jawab call. Lepas tu saya call dah tak dapat dah. Uncle pigi mana??
Uncle : bla bla bla (tak pastilah uncle nie jawab apa)
Mamat pentipu : Uncle, itu orang dah tanya bila mau tengok rumah. Mau kasi cat itu rumah ... jadi ka??
Uncle : jadi .. (cara mamat tu borak cam uncle tu kata on ajelah ... agaknyelah)
Mamat pentipu : Orang tu mau beli cat sendiri, boleh kasi turun harga ka? RM1,500 boleh ka uncle. Lagipun cat dia beli cat sendiri. Bolehlah uncle ...
Uncle : Boleh (lebih kurang camtulah)
Mamat pentipu : Itu rumah semi D berapa tong cat uncle ...?? Apa ... 5 tong ar?? ok-ok nanti saya cakap sama dia 5 tong. Itu RM1,500 termasuk duit saya RM200 tau uncle. Macam uncle janji aritu. Kira ok ar uncle. Petang nie kita pergi tengok rumah, uncle jangan off handphone macam semalam.
Bla ... bla .... mamat tu letak call dan call pula pemanggil yang mula-mula tadi. Dia call orang yang nak dicat rumahnye. Part ni memang aku rasa nak sepak je muka mamat nie. Geram betul dengar perbualan dia. Camnilah gayanye ...
Mamat pentipu : Hello ... aku dah call dah uncle tu. Dia cakap RM1,600.
Pemanggil pertama : Gaya macam merungut seolah mahallah ..
Mamat pentipu : Eh dah murahlah nie, aku cakap kat dia cat ko beli sendiri. Ko beli cat 4 tong dah cukup dah. RM1,600 dah ok dah, murah la tu. Petang nie pergi tengok rumah.
Pemanggil pertama : .......
Mamat pentipu : Nanti RM100 tu aku punya, nanti pandailah ko markup harga kat tuan rumah tu ... (lebih kurang camtulah, aku pun dah ingat-ingat lupa)
Aku yang dengar perbualan tu depan-depan dia macam berasap je rasa tiba-tiba. Bukan main lagi dia markup rege. Kiri pun dia makan, kanan pun dia makan!! Tak agak ... bulan puasa tu, menipu baik punya. Menipu dalam cari rezeki. Esok-esok ko nak guna duit tu beli makanan ke hape ... camne ke berbisnes. Kira untung atas anginlah! Mana berkatnya?
Padanlah sekarang nie, kalau nak beli barang atau guna apa-apa perkhidmatan mahal regenye. Puncanya orang macam inilah. Kiri kanan dia makan. Kita sebagai pengguna rugi berganda. Kadang sesuatu itu mahal bukan sebab susah nak dapat bekalan dan sebagainya. Tapi disebabkan oleh sikap orang tengah macam ini.
Kiri dia ambil untung RM200, kanan dia ambil untung RM100 .... dia deal je, dah dapat RM300. Dia buat call guna prepaid pun tak sampai RM10. Bayangkan!!!
Kalau ye pun dia nak menipu camtu, tak patut dia rasa bangga cakap depan aku. Patutnya dia minta excuse terus kuar dari tempat aku. Tak pun bila dia settle berurusan dengan aku baru call balik untuk urusan bisnes menipu dia tu. Lepas perbualan telefon tu, terus dia cepat-cepat minta diri dengan alasan ada hal. Ermmmmmm hallah sangat!!
Geleng kepala aku time tu. Muka dia pun aku malas nak pandang. Nasib baik dia blah cepat!! Legaaaaa
CK : Macam-macam ragam manusia aku jumpa sejak kena berurusan dengan public nie ... haish!
huhuh..tu yg menyebabkan semua nyer mahal!
ReplyDeletesebabtulah kalau boleh elakkan deal ngan orang tengah. tp yelah, kita kalau kat tempat baru mana kenal orang kan? kalau beli rumah melalui broker lagilah kan? tapi rasanya ramai manusia jenis macamni.. nak untung dunia rugi akhirat dia tak sedar..
ReplyDeletesalam kenal, saya folow sini ye
Org camni kan kalau kita direct sound dia mesti jawab kita, "NAK HIDUPLA KATAKAN..." Ptuih. biar idup susah, janji jujur.
ReplyDelete@:: Mrs.Eady :: mmg la, sebab org camnielah kita tanggung beban
ReplyDelete@Saleha Tq follow sini ... harap mereka berubah
ReplyDelete@Mizz Coki betul coki, biar susah tapi cara betui lebih berkat
ReplyDelete