Sunday, March 13, 2011

Cinta Lama Biarkan Berlalu


Assalamualaikum...


Pernahkah anda terasa dalam hidup sentiasa ingatkan seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? Jika ada, itu namanya cinta.

Cinta suatu elemen hidup yang amat misteri dan tersendiri. Ia sentiasa wujud bersama berdenyutnya nadi. Tidak kira apakah seseorang itu sudah berusia ataupun masih teruna atau dara, rasa cintanya tetap wujud. Jangan sangka orang yang sudah bongkok sudah tidak memiliki cinta. Jangan sangka orang yang sudah kerepot sudah tiada cinta. Jauh di dalam cinta terus segar dan mewangi.

Kita sudah dibungkus kebahagiaan, ada kalanya kita masih teringat si dia. Walaupun semuanya itu sudah berlalu, dia terasa begitu dekat dengan kita. Kita masih ingat suaranya. Kita masih nampak senyum tawanya. Kita masih terdengar-dengar gurau sendanya. Rasanya baru semalam berlalu. Tahu-tahu usia kita sudah menghampiri setengah abad. Sudah bertahun rupanya dia pergi meninggalkan kita atau kita yang pergi membawa kejujurannya. Terkadang kita berasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yang pernah kita dengari dari mulutnya. Kita mahu dia mengulanginya. Namun tidak mungkin. Lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang kondusif dan eleklusif, tersendiri amat.

Kata orang, kita sudah terlalu tua untuk kembali bercinta. Tubuh kita mungkin sudah tidak upaya tetapi minda dan harapan kita masih berbunga. Kita mereka-reka andaian itu dan ini. Angan-angan kita menerawang jauh. Imaginasi kita mereka sesuatu. Kita tersenyum dan menangis.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah engkau sekarang? Apakah engkau juga sering teringatkan aku sebagaimana aku sentiasa teringatkanmu? Kita sering tertanya-tanya, di manakah dia? Kita sering memujuk hati kita supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’.

Tetapi hati kita sukar hendak percaya. Ia terus teringat dan ia terus mereka-reka cerita. Pernahkah anda teringatkan seseorang dan amat merinduinya. Anda mahu segera berada di sampingnya. Anda mahu dia mendengari anda? Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Kita merindui suaranya, merindui gelak tawanya yang pernah kita simpan jauh di sudut hati kita. Kita ingin sekali mendengar kata-kata cintanya terucap lagi di telinga kita.

Itulah cinta. Ia misteri yang tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. Tuhan menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya dan melupakannya. Tetapi ia tetap kembali, dan kembali, dan kembali …….


Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir



CK : Orang cakap perkara yang lepas usah dikenang, nanti merana diri. Cukuplah sekadar ingat sebagai pedoman dan pengajaran untuk menghadapi hari muka. Kadangkala kita menyangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari....tetapi kita selalu lupa selepas hujan, Insya-Allah akan muncul pelangi! Pelangi yang cantik berwarna warni!

Mungkin dia cinta pertama kita, tetapi tak semestinya dia yang terakhir buat kita. Mungkin perit untuk menerima, tetapi perjalanan hidup yang jauh perlu kita rentasi! Terpulanglah pada diri ingin memilih jalan bahagia dan gembira atau sebaliknya,

Ingat tidak salah, tetapi dikenang-kenang mungkin buat hati kita terus terluka! Gambaran wajah yang sentiasa terukir senyum belum tentu bahagia hingga ke hati, tetapi hidup perlu tabah biar pun hati ditikam duri. Tatkala kita berjalan, tersadung lalu jatuh....bangunlah! Kerana BAHAGIA TETAP ADA walaupun kita terpaksa lalui dengan dengan rasa sunyi kerana seorang diri. Senyumlah....kerana dunia mu pasti berseri walau mungkin bukan hari ini!!

1 comment:

  1. rase nk nggs tau x,,mmg da nggs pn,,,:(,,tahlah,tah ape yg kurang,,ayu masih lagi tetap gagal,,,ape lagi yg sbnarnye cinta ni nk,,sbb dunia ni terlampau luas dan manusia xpernah puas,,,dan ayu,,,sentiase tagihkn cinta manusia,,,thanks a lots!!!,,muax!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!