Tuesday, March 15, 2011

Sedap Katanya!

Assalamualaikum....

Hidup biar sedap! Walaupun kebelakangan ini hidup saya tak sesedap mana. he he he. Tapi menerima semuanya dengan buat tak tahu sahaja. DIAM LEBIH BAIK! Fikir-fikir pun nanti buat otak jadi tenat dan hati pula tak tenang. Cara yang terbaik diam dan lalui dengan ketabahan!

Sedap katanya! Apa yang sedap? Dia sangat jarang dan amat susah untuk puji segala tindakan saya yang baik-baik. Baik? Baik ke saya dan tindakan saya di mata dia? Walaupun dah makan tahun saya kenal dia, tapi jujurnya saya hanya mengenali dia 40% sahaja. Selebihnya dia fahamlah diri dia sendiri. Tapi saya rasa dia sendiri tidak faham diri sendiri. he he he!

Bila petang tadi siap semua kerja. Sambil bersantai-santai melayan FB. Tunggu masa nak balik tapi tengok langit kelam....sabar dulu!

Dia tanya saya..."ayam masak kicap pedas tu ada lagi?".

"Ada...nasi pun ada lagi! Nak makan ke?"

"Bolehlah...". Dia bingkas bangun dan basuh tangan lalu ambil bekalan tengahari tadi [skemanya ayat nie!]

Tengok dia makan macam sedap je...atau saya sedang lapar? Tak mungkin...petang tadi saya makan lambat. Mana mungkin lapar begitu cepat sekalikan!

"Nak makan ke?"

"Taknaklah...dah kenyang!"....Sambil tangan saya ambil seketul ayam kicap pedas. Kenyang hanya di mulut tapi tidak di perut! Ha ha ha. Habis seketul ayam baru rasa macam mahu sambung kerja semula. Sambil melengahkan masa dengan layan FB!

"Sedap! Ini baru rasa puas makan. Dah lama tak makan macam ni! Pedas ada, manis ada....rasa kicap semua cukup"[Kau selalu buat aku rasa nak pengsankan!]

Erghh....sedap ke? Dalam hati "selama ini masak tak sedap ke?".

"Selalu masak pun sedap. Cuma kadang2 tune tu tak semuanya kena. So, kita akan ada rasa kurang sana sini!". Tiba-tiba plak dia sambung ayat ni kat saya....dia boleh dengar ke apa hati saya dok cakap-cakap tadi!

Sedap katanya! Terima kasih. Tapi saya tahu hidup dia tak sesedap ayam masak kicap pedas yang dia makan itu! Tune dalam kehidupan dia ada yang tak kena...hanya saya yang tahu serba sedikit bukan semua tapi sedikit apa yang telah berlaku pada diri dia. Bila dia bercerita saya mendengar. Untuk bertanya amat berat sekali walaupun keinginannya ada. Kalau boleh saya tidak mahu dia ulang-ulang sebut "kesakitan" itu lagi. Saya rasa kepedihan hatinya sekarang ini kerana saya pernah melaluinya. Kelukaan mungkin tidak sama, tapi peritnya seakan serupa!

Selepas apa yang telah berlaku, saya tahu hidup dia tidak sesedap ayam masak kicap pedas itu. Kurang rasa pedas, masin tidak terasa dan manisnya juga tak memberi makna!

Hari ini bila dia cakap "SEDAP AYAM MASAK KICAP PEDAS NI! SEMUANYA CUKUP. SAYA SUKA!"

Dan saya terus berdoa..."SEMOGA HIDUP AWAK NANTI AKAN SESEDAP AYAM MASAK KICAP PEDAS INI! SEMUA CUKUP! DAN AWAK SUKA!"

Dia tak ubah seperti sebahagian daripada diri saya!



CK : Tak semestinya kita membalas kelukaan dengan kelukaan! Kerana berbalas begini peperangan tidak akan berakhir! Allah penentu segalanya. Biarlah Dia tentukan yang terbaik buat semua hambaNya! Yang terbaik!!

5 comments:

  1. nape mcm sedey je..kn idop akak pun "sedap" dh...hehe..chill!!

    ReplyDelete
  2. Mizz > "SEDAP" mengikut kamus hidup sendiri! Orang nampak hidup kita "sedap" tapi hakikatnya diri sendiri dan DIA Yg Esa yang tahu.

    "Sedap" atau tidak kehidupan ini....bergantung kpd diri sendiri dlm menerima sstu yg telah berlaku!!

    Alhamdulillah..."sedap" lah jugak hidup akak ini seadanya. Yang "tak sedap" tu simpan utk diri sahaja...

    ReplyDelete
  3. walau xsesedap mn hdp kite...kite xboleh buat ia makin xsedap... =)

    sy bersyukur dgn apa yang ada...

    ReplyDelete
  4. akak..orang faham apa yang akak sedang rasa..sesedap kata yang diluahkan, rasa hiba dihati...semoga dia rasa sedap dgn pilihan yg dia buat..huhuhuuhhuu

    ReplyDelete
  5. Cahaya > ermmm...tp akk ttp nak lihat dia bahagia spt mana yg dia impikan

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!