Assalamualaiakum....
Kadang-kadang manusia tidak fikir tentang keberkatan rezeki, asal apa yang diusahakan 'masyuk' tanpa kisah ia halal atau sebaliknya. Rezeki walaupun secupak tetapi berkat adalah lebih baik dari seguni rezeki tapi tidak berkat. Kita jangan terlalu ghairah mencari duit dan mengejar kebendaan dalam kehidupan ini tanpa menyedari kadangkala rezeki yang kita perolehi sebenarnya bukan hak kita [PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI].
Siapa yang tidak mahu cepat kaya! Dan siapa pula yang tidak mahu wang berjuta! Saya sendiri pun ingin kaya dan banyak duit! Semua manusia normal yang mempunyai akal dan nafsu berkehendakkan kesemua ini dalam kehidupan mereka. Ada yang berusaha mendapatkan kekayaan dengan hasil usaha sendiri dan disusuli dengan menadah tangan pada Yang Maha Esa. Malah ada juga yang menemui jalan pintas untuk memiliki kekayaan dan kesenangan.
Saya bukanlah seorang baik. Tetap melakukan kesilapan dan kesilapan. Kadangkala menunaikan tanggungjawab pada Yang Maha Esa masih berlompang di sana sini. Dan saya sedari akan kekhilafan diri. Tapi apa yang mengecewakan saya adalah manusia yang sentiasa 'berjumpa' dengan Yang Maha Esa bila tiba waktu yg diwajibkan tetapi tidak pernah memikirkan soal keberkatan dalam bekerja dan mencari rezeki. Rezeki yang akan menjadi darah daging sendiri.
Tanpa segan silu bercakap soal rezeki yang sepatutnya tidak menjadi milik seseorang! Tanpa rasa malu boleh pula bercakap, 'takpa kerja orang lain buat, janji masyuk dalam poket kita'. Sedar atau tidak rezeki yang kita dapat akan menjadi darah daging kita...akan sebati dengan diri kita. Kita pula menjamu makan anak isteri dengan rezeki yang sebenarnya bukan hak kita! Hari ini mungkin tiada apa-apa yang berlaku, tapi esok-esok kita tidak tahu apa balasan yang akan kita terima kerana tamak mengaut rezeki orang lain!
Bila saya pandang wajah manusia ini...bukan kebenciaan yang ada. Tapi diri terfikir kenapa dia begitu tamak dengan wang ringgit. Sanggup dikaut OT sorang-sorang tetapi tidak pula menjalankan tugas dengan sewajarnya. Malah kadangkala tiada di lokasi sepatutnya. Dan mencari salah orang lain begitu bijak sekali. Bila tiba waktu gaji, wang sendiri digenggam, wang orang lain mahu disuruh menjamu temboloknya juga! Kalau orang tidak berupaya belanja temboloknya dikata kedekut...duit berkepuk-kepuk! Entahlah...
Agaknya bila kita tidak bersyukur dengan rezeki yang kita ada, pastinya kita tidak pernah merasa CUKUP! Malah hak orang lain terasa ingin dikaut! Kalau periuk kita berukuran 16cm tidak perlulah berangan mencipta kerak berukuran 32cm! Hiduplah seadanya. sentiasa mengatakan cukup pada setiap rezeki yang diberi Tuhan Yang Esa. Jika ingin rezeki lebih berusahalah dengan cara yang betul.
Jangan menanggung kerja atas pada kertas sahaja tetapi orang lain yang bekerja dan cukup bulan menanti imbuhan yang bukan hak kita! Adil ke? Setiap apa yang kita lakukan baik atau jahat...mungkin sesetengah orang tidak ketahui, tetapi kita jangan lupa Allah mengetahui setiap perkara yang terdetik di hati kita!
Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit. Tapi apabila kita belajar mengatakan CUKUP dan BERSYUKUR yang sedikit akan terasa banyak dan yang banyak akan terasa untuk disedekahkan!
CK : Tidak cukup bagus...kadangkala ada juga kekangan kewangan. Tapi kalau sedikit, hiduplah cara sedikit. Kesusahan dulu mengajar diri untuk lebih bersyukur dan menerima apa yang ada. Alhamdulillah...! Cuma kadang-kadang terfikir untuk mengubah nasib diri agar kedudukan kewangan lebih stabil. Rasa macam nak berniaga je...hu hu hu ada bakat ke??
kak..kisah ni sm kt opis sy...kemain ot berjam2...rupe2nya xbuat keje..khusyuk mengadap pc n layan game...cukup ms, punchcard n blik..bile claim, gempak habis angka yg dpt...pastu bg anak bini makan...
ReplyDeleteAstaghfirullah...