Wednesday, March 9, 2011

Sudah Pandai Tanam Tebu Tepi Bibir!

Assalamualaikum....



Manusia suka berjanji. Kerana manusia bukan robot bak adik saya cakap. Dan kerana itu manusia adalah berbeza-beza perangai dan pemahaman. Kita dan dia manusia. Tapi kadangkala kita terasa sakit hati dengan sikap masing-masing. Normal bukan!

Tambah sakit hati dengan manusia yang suka menanam tebu di tepi bibir! Takkan nampak daun tebu terjuntai dari bibir. Atau batang tebu yang berketak-ketak tumbuh meninggi di bibir munggil. Manusia biasalah. Berjanji bukan kena bayar! Sama juga macam berangan. Dan sama juga dengan bercakap bohong. Semua itu tak perlu dibayar sesen pun!

Tapi tak perlulah selalu sangat menanam tebu di tepi bibir! Nanti semut datang hurung kita yang susah. Dan tak usah pula selalu sangat berbohong untuk mengelak dari tanggungjawab. Jangan ingat pembohongan sedih kita buat orang akan percaya setiap kali kita menyuarakan pembohongan!

Kalau sekali dua kita bersuara bohong pada orang, mungkin orang akan beria percaya! Tapi kalau terlalu kerap dan pembohongan itu seolah makanan ruji....ada ke yang nak percaya lagi??? Kalau ada, BAGUSLAH! Pembohongan anda berjaya! Sila ke peringkat pembohongan yang seterusnya!

Dengan pelbagai alasan yang dicipta untuk mengelak dari tanggungjawab atau untuk melepas tengkuk sendiri dari memikul kesalahan...tak pernah rasa bersalah ke?? Mestilah tak rasa bersalahkan?? Kalau rasa bersalah takkanlah nak bohong hari ini, esok, lusa, tulat, tungging....dan seterusnya!

Hari ini sudah pandai menanam tebu di tepi bibir! TAHNIAH! Harap-harap kejadian malang yang dikhabarkan itu betullah. Dan harap sangat bukan penipuan. Kalau berbohong lagi, esok-esok perkara yang dibohong akan jadi benar. Masa itu tahulah apa perasaankan!! Berbohong dengan tanam tebu tepi bibir itu sama sahaja bagi saya! Sepupu baik yang tidak mahu dipisahkan. Walau ditarik untuk berjauhan tetapi sering nampak mereka beriringan!

Jangan kita selalu sangat berbohong yang melibatkan diri seseorang yang rapat dengan kita. Atau senang cakap tak perlulah berbohong! Walaupun tak kena bayar, tapi kesannya mungkin memburukkan keadaan.


1) Hari ini bohong. Situasi lewat datang ke sekolah/pejabat/temujanji.
  • "Sorry, saya lambat sebab nenek saya jatuh superbike!. Tinggal saya sorang-sorang jer tolong nenek!" - padahal nenek dia dah bertahun-tahun di alam lain!
2) Hari esok. Situasi malas pergi ke sekolah/pejabat sebab dah rancang untuk pergi shopping
  • "Hello! Hari ini saya terpaksa ambil cuti kecemasan la. Kereta saya tayar kena curi malam tadi!" - padahal selama ini pergi sekolah/kerja berjalan kaki je! Sebab jarak sekolah/tempat kerja 10 minit je jalan kaki!
3) Hari lusa. Missing in action!
  • "Saya balik awal hari ini. Half daylah kira. Kucing saya nak beranak. Takda sapa kat rumah yang boleh jadi bidan!" -padahal selama ini bukan kata sekoq kucing pun tak ada., bulu kucing pun tak pernah kenal macam mana?? Kucing sapa pula yang nak beranak??

4) Hari Tulat. Situasi terlupa pergi sekolah/kerja.
  • Boss : "Kenapa awak tak datang ke pejabat lagi?"
  • Si Bohong : "Eh! Hari ini kerja ke? Saya ingat hari ini Sabtu. Rupanya Jumaat".
  • Boss : " Nanti awak masuk pejabat datang ambil surat berenti! Ini bukan pejabat mak ayah awak. Awak masuk keje sini orang rekemen ke? Orang besar kenal ke? Saya peduli apa!"


[Emosi : Kata Ganti Diri Menjadi 'AKU'! Marah! Terus tukar kata ganti diri. Aku memang terasa dengan kau. Macam pejabat itu mak bapa kau yang punya. Nak datang kerja...kau datang! Malas datang...kau suka-suka hati cuti! Lepas itu minggu lepas kau bohong aku! Aku hidup lagi la yang kau nak bohong. Yelah aku tahu. Takkan kau nak bohong orang yang dah meninggal. Sebab kau sendiri asyik menipu kejap orang sana meninggal....kejap-kejap orang sini meninggal. Bagus sangatlah kau! Kau cakap pandai, tapi buat kerja tak sepandai cara kau bercakap sebab kau bodoh bila bercakap! Terima Kasih kerana kau bohong aku tentang benda tu. Aku dah tahu kenapa banyak perkara yang kau buat lambat! SEBAB KAU SUKA BOHONG + TANAM TEBU DI TEPI BIBIR!]



CK : Jangan ada yang baca entri ini, lepas baca pakat ramai-ramai pi cari tebu pastu tanam kat tepi bibir! Tanam tebu tepi bibir maksudnya "orang yang suka berjanji tapi memungkiri!"

6 comments:

  1. Adalah sorang hamba Allah tu...."cakap manis bagai gula, tp mesti gak nk selit2 pembohongan!".....mencik...mencik....dgn rakan sekerja pun nk mohong

    ReplyDelete
  2. yup. jgn suka berbohong dan berjanji mungkir.

    kalau suka tanam tebu, cakap kat dia tanamlah di atas tanah. buleh jual air tebu nanti.

    ReplyDelete
  3. meh kite tanam dia lak kt tepi jalan...

    ReplyDelete
  4. pergh dahsyat tahap berbohonh tue..huk3...

    ingt x dulu cik kamoo pernah tnye camane nak tukar font dlm entry..cik tom ada buat entry tue incase cik kamoo still interested nk belajar lg...huhu

    http://www.ciktom.com/2011/03/tutorial-tukar-jenis-font-cantik-dalam.html

    ReplyDelete
  5. saya dah agak awak sedang marah pada seseorang iaitu rakan sepejabat awak. :) Orang seperti ini ada di mana-mana sahaja mahupun sektor swasta ataupun awam. Sukar mengubah sikap mereka yang bermasalah ini. Sebaik-baiknya biarkan saja.. Tak usah di layan sangat perangainya yang hanya mengundang migrain atau sakit kepala. Ingat, selagi kita mampu melakukan suatu kerja itu sendiri.. lakukanlah sendiri.. Jangan terlalu bergantung pada mereka yang lain kerana jika mereka berjaya, secara automatisnya awak akan dilupakan. :)

    Salam ziarah dari Dakjaat
    Admin Blogger's Malaysia FB
    (http://dakjaat.com)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!