Friday, March 25, 2011

Tazkirah : Jangan Ambil Barang Yang Bukan Hak Kita

Assalamualaikum....dan salam Jumaat!


Jumaat penghulu segala hari! Alhamdulillah dah Jumaat pun....tahun ini saya rasa cepat betul masa beredar, sedar-sedar dah nak masuk bulan April seminggu je lagi! Malam tadi saya mengeluh pasal masa yang cepat sangat nie dengan my sis ....


"Aku rasa tahun cepat betul masa berjalan, ini dah nak masuk April. 2 bulan lagi dah bulan Jun! Dah setengah tahun....errrrrmmm!"

Jawapan adik saya ...

"Selepas tsunami bumi akan berputar lebih laju 3 saat!" .... pastu dia bantai gelak-gelak....

Dalam hati saya ... "ye ke??". Nanti nak minta Mr. Google carikan jawapan.

Hari ini ada entri menarik untuk korang semua yang takda kena mengena dengan cerita di atas! Sempena Jumaat yang mulia dan penghulu segala hari saya nak share tazkirah dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir....jom layan!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Islam merupakan agama yang menghormati hak individu yang lain dan amat melarang keras kita merampas dan mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Banyak sekali hadis Nabi saw yang melarang perkara ini. Antaranya ialah :

Dari Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya engkau sekalian selalu mengadukan persengketaan kepadaku. mungkini sebahagian darimu lebih pandai berhujah dari yang lain, lalu aku memutuskan untuknya seperti yang aku dengar darinya. Maka barangsiapa yang aku berikan kepadanya sesuatu yang sebenarnya adalah hak saudaranya, sebenarnya aku telah mengambil sepotong api neraka untuknya." ( Imama al-Bukhari dan Muslim)

Amat pelik apabila kita dapati ada manusia yang tamak sanggup mengambil sesuatu yang bukan miliknya seperti tanah, wang ringgit dan sebagainya. Malah mereka sanggup menipu sehingga sanggup bersumpah untuk membenarkan penipuannya. Sungguh malang mereka ini kerana terdapat satu hadis mengenai perkara ini.

Sabda Rasulullah saw bersabda :

“Sesiapa yang merampas hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memastikan neraka untuknya dan mengharamkan untuknya syurga.” Seseorang bertanya baginda: “Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Walaupun sebatang kayu sugi.” ( Imam Muslim)

Hadis ini amat mengerikan kerana walaupun hanya mengambil sebatang kayu sugi yang tidak bernilai pun akan menghumbankan seseorang itu ke dalam neraka dan haram memasuki syurga.. na’uzubillah.

Mungkin ada yang berkata “hadis di atas ialah merampas harta milik orang lain tetapi kalau mengambil harta kerajaan tidak mengapa…”

Ungkapan itu tidak benar. Pengambilan sesuatu yang bukan hak kita sama ada dari individu Muslim atau milik kerajaan adalah haram. Dalilnya ialah hadis-hadis yang lain riwayat daripada Umar bin Khattab r.a. beliau berkata:

“Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah s.a.w. datang menghadap kepada beliau, kemudian berkata: “Si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid,” sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang laki-laki lalu mereka berkata: “Si fulan itu juga mati syahid.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak, sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadits) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan).” ( Imam Muslim)

Lihatlah…seorang yang mati berjihad di jalan Allah pun boleh tidak terlepas dari dihumban ke dalam neraka hanya kerana dia mengambil kain selendang milik rampasan perang.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dan jangan sekali-kali mengambil sesuatu yang bukan hak kita kerana akibatnya akan dimasukkan ke dalam neraka walaupun benda yang diambil itu bukan sesuatu yang bernilai. Semoga Allah merahmati kita dan membuang sifat tamak dari hati kita semua.


CK : Ambil hati orang nak kira camne plak??

5 comments:

  1. ambil hati dikira baik hati... =)

    ReplyDelete
  2. tanx untuk peringatan diri yang lalai ini ;)

    ReplyDelete
  3. ambil hati untuk kebaikan bersama..aik...hehhehehe

    info santai yg berguna untuk muhasabah diri....:)

    ReplyDelete
  4. ambik hati orang tu nama nye cinta.....hehhehe (^^,)❤..

    ReplyDelete
  5. smoga dapat jaga hati n kawal nafsu daripada ambik brg yg bukan hak kita kan =)

    entry best : Tempat Larangan bagi Manusia~

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!