Friday, March 4, 2011

Lorat Sangat Hang!!

Assalamualaikum...



Birokrasi! Memang buat saya menyampah. Paling benci dan menyampah bila birokrasi tu berlaku sesama kakitangan dalam organisasi yang sama. Nama tetap sama KAKITANGAN. Cuma bezanya kau berpangkat dan saya sedikit pangkat dah jauh dari engkau! Padanlah selama ini saya dengar macam-macam cerita buruk pasal engkau. Tak pernah yang baik. Rupanya memang betul! Nak tanya;

"Kau gila kuasa ke??"

Tapi kau punya kerek memang saya rasa tak boleh blah! Benda yang boleh disampaikan dalam masa beberapa minit dah jadi beberapa jam dan mungkin hari! Memang saya bengang pada orang yang macam ini. Bodoh mungkin! Atau nak tunjuk dia pandai dan bijak sebab dia ada kuasa dan pangkat. Kalau dia bijak, adil dan hebat sangat...tak adalah staff dia semua nak blah dari situ! Itu belum masuk lagi seseorang yang asyik ngadu kat saya pasal kau! Orang dah tak tahanlah dengan "pemerintahan" kau tu! Kerja ini sementara hidup je, bila kau dah takda tiada sapa akan kenang kalau kau masih berminat dan teruja meneruskan pemerintahan kuku besi! Alhamdulillah kau bukan ketua saya! Saya bersyukur sangat di situ. Dan saya amat kesian kawan-kawan saya yang di sana.

Geram punya pasal sebab "si gila kuasa ini" tertangguh kerja mewar-warkan berita menarik kepada penduduk kampung...maka terus saya email sahabat saya ini.


Bunyi email saya : "Benda kecik ja, pastu tak maklumkan awal-awal kena direct. Lepas nie email pada semua kakitangan untuk buat perkara yang sama. Tak adalah letih lagikan!" [baca dalam nada geram dan marah]

Bunyi email sahabat saya : "Ko tak tahu ke boss aku nie gila kuasa!"

Bunyi email saya sekali lagi : "Entahlah ... mungkin kita bukan seorang ketua dan belum jadi ketua lagi...ha ha ha"


Sahabat! Kalau kau baca apa yang saya tulis ini kau gelakkan sahaja! Tapi saya macam nak cakap ketua kau tu macam stupid dam-dam aji yang orang main kat kedai kopi Pak Dollah di tepi simpang jalan di pekan besar sebelah sungai kampung apa ntah!! Kesian Pak Dollah tak pasal-pasal nama dia pun naik dalam cerita seorang ketua yang stupid damdam. Ha ha ha

Hari Jumaat sepatutnya semua itu berlaku dengan baik! Tapi tidak seindah apa yang saya harapkan.....uh!




CK : Kau rasa pangkat dan kuasa boleh bawa sampai ke liang lahad? Jika kau rasa YA .... sila terus menerus berlaku 'kejam' pada anak-anak buah kau. Jangan hidup asyik disumpah orang sahaja. Ada berkat ke kalau macam ni???


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!