Monday, March 7, 2011

Resepi : Ayam Masak Kicap Pedas

Assalamualaikum....


Mood masak memasak hari minggu! Hu hu ....sebenarnya saya tolong Incik Babah siapkan ayam dan pelbagai jenis ikan untuk BBQ bagi majlis jamuan makan kat kampung dia. So, tolong menolong untuk siangkan ayam dan ikan untuk BBQ tu. Ada baki ayam yang bahagian-bahagian tulang tu...saya buat AYAM MASAK KICAP PEDAS atas permintaan beliau. Katanya dah lama tak makan. Ok! Den try masak macam omak kau masak ye jang! he he he

Mood masakan adalah campak mencampak asal jadi! Tapi korang trylah sure jadi punya! Dijamin bertambah-tambah nasi korang makan. Kalau gemuk jangan salahkan saya pulak. Salahkan diri sebab terlebih makan....he he he! Resepi ini sesuai untuk sapa-sapa yang baru nak belajar masak. Sangat simple! Kalau sapa yang tak pandai masak, jangan asyik cakap TAK TAHU je manjang. Nanti orang menyampah. Belajar masak dengan resepi simple....mcm saya yang tak berapa pandai nie! Oklah jom layan resepi....


Bahan-bahan ;

  • Beberapa ketul ayam - goreng bagi agak garing [sedap kalau part yang ada tulang tu! Jiran sebelah hari-hari makan tulang ok je. Apakata kita plak try makan tulang...he he he]
  • 3-4 ulas bawang merah dan bawang putih [dimayang halus]
  • 3 sudu besar Cili Boh [Jenama Puteri]
  • 5 sudu kicap pekat + 1 sudu sos tiram
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 labu bawang besar [mayang bulat]
  • Minyak untuk menumis

Cara Masak ;

  • Panas minyak dan tumis bawang merah + putih biar nampak garing
  • Masukkan cili boh - goreng sampai naik minyak
  • Masukkan kicap + sos tiram dan air asam jawa - kacau dan kacau
  • Kemudian masukkan sedikit gula [garam macam tak perlu sgt sebab kicap dah masin].
  • Rasa dulu ok ke tak! Kalau dah ok rasa tu dengan lidah korang masukkan ayam yang telah digoreng
  • Balik-balikkan dan masukkan bawang besar yang korang mayang bulat-bulat tu.
  • Balik-balikkan....biar kuah dan ayam sebati. Jangan letak air.....berkuah sangat tak sedap. Biar ayamnya nampak kering dan berminya.
  • Dah agak-agak masak. Tutup api dan angkat.

Taaaraaaa.....dah siap!!
.
.
.
.
.
.
Makan dengan nasi putih panas-panas....soooodap nih!!!


[AYAM MASAK KICAP PEDAS]


Sorry! rupa tak hensem! Tapi beliau telah memuji Ayam Masak Kicap Pedas ini sedap! Terus saya snap gambar dan buat entry blog. Huh! Giler perasan terus....





CK : Terus naik berkilo-kilo berat badan ini! Adeeeh....

3 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!