Assalamualaikum...
Semalam ada tak korang layan cerekarama PINTU TAUBAT? Best juga cerita tu. Memang cerita kemasyarakatan. Kisah tentang manusia yang tamak, busuk hati, dengki khianat, lupa diri, tidak bersyukur, keredhaan, ujian dan dugaan hidup. Jalan cerita biasa-biasa sahaja. Tapi boleh buat saya menangis! Huk huk huk.....sedih!!
Cerekarama ini berkisar tentang banyak perkara yang perlu kita nilai dengan baik. Kecacatan dan kemiskinan membuatkan manusia akan terpinggir, dihina, difitnah dan dianiayai. Kekayaan, ketamakan dan busuk hati menyebabkan manusia sanggup lakukan apa sahaja tanpa memikirkan tentang betul atau salah, baik atau buruk dan dosa atau pahala. Yang penting dapat memuaskan hati sendiri dan dendam lama terbalas!
Memang 'hidup' watak yang dilakonkan oleh Nabila Huda dan Amyza Adnan sebagai orang cacat! Suka tengok Nabila Huda berlakon. Memang menjiwai watak sungguh dia nie.
Pintu taubat mengisahkan seorang bapa tunggal yang membesarkan 3 orang anak yang cacat dalam kemiskinan. Tetapi anak bongsunya, Adik (lakonan Nabila Huda) menjadi anak yang menderhaka. Sikapnya yang sudah bosan dengan kemiskinan menyebabkan dia termakan hasutan Mak Lang, ibu saudaranya (Rosnah Mat Aris) untuk berkahwin dengan seorang duda yang kaya iaitu Encik Sani (Ahmad Tarmimi Siregar) tetapi jauh lebih tua daripada dirinya. Adik tidak tahu bahawa Mak Lang telah menjual Adik kepada Sani untuk dijadikan pembantu rumah tetapi dengan mengahwininya terlebih dahulu. Sebelum berkahwin Adik telah berpindah tinggal serumah dengan Mak Lang serta membuang keluarga sendiri yang cacat daan miskin. Adik memiliki wajah yang cantik tetapi cuma cacat sedikit sahaja di kaki.
Setelah mengetahui suami yang dikahwininya bukan duda tetapi telah mempunyai 2 orang isteri dan Adik adalah isteri yang ketiga....Adik mula menyesal. Ini kerana di rumah Sani adik dijadikan sebagai pembantu rumah dan terpaksa menjaga isteri pertama Sani yang lumpuh!
Kesudahannya.....Adik melarikan diri dari rumah Sani dan kembali kepada ayah, Angah dan Alongnya. Ayah dan Along pula meninggal kerana ditolak dan dilanggar oleh Sani.
Sekian...lebih kurang sahaja cerita yang disampaikan kat sini. Sapa yang tengok cerita ini sure nangis!! Paling geram bila Adik kurung Angah dalam reban ayah dia semata-mata tak nak Angah pergi ke majlis pertunangannya. Jahat ooooooo....
CK : Esok keje....tidolah!! Goodnite good people!!

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!