Sunday, March 13, 2011

Jalan, Order dan Makan : At Seri Kembangan, Selangor

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama tak buat entri pasal lokasi makan best! Banyak lokasi makan best + bajet yang saya pergi, tapi tak berkesempatan untuk publish. Banyak gambar yang belum load untuk diedit skit-skit!

Lokasi makan kali ini adalah bertempat di Food Court Sri Kembangan bersebelahan dengan Giant Sri Kembangan (Giant nie baru je buka dalam 2 bulan lebih kurang)! So, kalau korang pergi kat food court ni...gerai dia yang paling hujung sekali (besar daripada gerai-gerai makan lain yang ada kat situ) dan berwarna oren! Sorry gerai makan ini tak da nama. Puas saya cari nama gerai tapi tak jumpa. Kalau esok dia cat warna biru tak tahulah saya ye....Tapi setakat hari ini gerai makan ini masih warna oren.

Nasi goreng ikan masin! Sedap...Siap saya langgar lagi pinggan Incik Babah. Rasa dia best! Nasi nie lembut...Harga RM4.50

Kuewteow Kungfu saya punya! Pergh....banyak betul bahan-bahannye...udang, sotong dan ayam. Memang puashati! Harga RM4.50

Sup tulang! Kuahnye pekat...secukup rasa! Daging dia memang lembut...Harga RM6.00

Ini jus belimbing jumbo!! Order satu je sebab namapun jumbo. Bila lagi nak saring is caringkan dengan my Incik Babah nie...huhu. Itu pun dia yg habiskan...saya minum sket-sket jew! Harga RM3 ++





CK : Makan untuk membesarkan badan! Diet entah ke mana...hu hu

4 comments:

  1. Kamihidup > bukan cm best! memang best wooo!

    ReplyDelete
  2. giant seri kembangan?
    kat mana eakh?
    mcm sodap je keu teow kung fu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Bazar Rakyat tu....skang tatau ada lagi ke tak...lama dah tak pegi

      Delete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!