Tuesday, March 15, 2011

Jalan, Order dan Makan : Restoran Rembau Ria, Negeri Sembilan

Assalamualaikum....


Weekend baru nie saya teman Incik Babah pergi mesyuarat. Biasalah Incik Babah nie sentiasa mahu berteman manjang. hu hu! Nasib baik ada saya yang baik hati sudi temankan dia...ha ha ha! Masuk bakul angkat sendiri sudahnya...Jom saya bawa korang ke tempat makan yang agak best dan menarik bagi saya di Rembau, Negeri Sembilan. Citer pasal makan je kan saya nie...

Sebelum tiba masa mesyuarat lebih kurang 1.30pm, saya dan Incik Babah singgah lunch di RESTORAN REMBAU RIA. Incik Babah cakap makan kat sini sodap. Orang Rembau mesti tahu tempat nie kat manakan? Kita nak cerita pada mereka yang bukan orang Rembau. Restoran ini terletak di Lot 151/152 Jalan Rembau-Tampin, Negeri Sembilan berdekatan Pejabat UMNO - Khairy Jamaludin (Ahli Parlimen Rembau).

Apa yang special bagi saya kat sini adalah RENDANG PUCUK UBI! Memang sedap. Selain itu ada banyak jenis masak lemak kat sini. Jenuh juga nak memilih. Rambang mata sudahnya! Ada masak lemak daging salai, masak lemak siput sedut campur batang keladi, ikan sembilang masak lada, pindang perut masak kacang panjang dan macam-macam lagi!

Ini makanan saya! Huh....memang menambah KG ok!Saya ambil masak lemak dading salai + belimbing besi, rendang pucuk ubi (yang warna hitam tu), pucuk ubi masak tempoyak + sambal belacan

Yang ini Incik Babah punya...Ikan keli goreng berlado, masak lemak rebung, sambal tempoyak dan tomato masak cili (agaknyelah kot)

Yang ini masak lemak siput sedut! Pergh...pedas! Meleleh air hidung....

Inilah restorannya!


Semua yang kami makan tu harganya RM19.50 sekali dengan air untuk 2 orang! Agak2 korang mahal tak? Incik Babah cakap....MAHAL! Mahal pun kalau sodap....dikira berbaloi-baloi! Kalau korang datang kek Rembau ni, jangan lupo singgah! Cubolah manatau kot sodap kek lidah korang! he he! Terus tukar slang N9. Huh! Marah orang N9 kalau cakap tak botui...he he he



CK : Memang mengenyangkan! Alhamdulillah

3 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!