Thursday, March 31, 2011

Tanya Diri Kita

Assalamualaikum....


Jom tanya diri kita soalan yang sewajarnya! Asyik dok tanya orang je...sampai lupa bertanyakan tentang diri sendiri. Sesekali kita perlu muhasabah diri dan merenung kembali apa yang telah kita lakukan. Ia bertujuan membaiki kesilapan pada diri sendiri.

Sedar atau tidak kita lebih banyak memandang, bertanyakan dan menilai diri serta kehidupan orang lain. Amat jarang kita berfikir sejenak tentang diri dan kehidupan kita. Seringkali kita merasakan kesempurnaan dan memandang orang lain seolah tidak sempurna sedangkan kita sebenarnya jua miliki ketidaksempurnaan dan kekurangan dalam diri dan tindakan!

Sesekali kita duduk sendirian dan mula bertanya pada diri ..... "Mengapa?"!


+++++++++++++++++++++++


Tanya diri kita : mengapa aku melakukan, menyatakan ….

Ia bermula dari cara anda melihat dunia, persekitaran. Lihat secara positif dan kita akan bertindak secara positif

Tanya diri kita: Mengapa orang lain memberi reaksi sedemikian…..

Ia bermula dari perbuatan dan percakapan kita. Lakukan apa yang kita ingin orang lain lakukan untuk diri kita.

Tanya diri kita : Mengapakah aku gagal mendapat….

Ia disebabkan kita gagal melaksanakan sesuatu. Aturkan sesuatu yang kita gagal lakukan sebelum ini.

Tanya diri kita : Mengapa aku tidak gembira ….

Ia disebabkan kita masih ada racun dalam jiwa kita. Bersihkannya dan hati akan menjadi riang.

Tanya diri kita: Mengapa aku takut bertindak mengubah hidup ….

Ia disebabkan kita masih ada pilihan yang lebih baik. Lepaskannya, dan yang terbaik akan mendatang.


Kredit : Pak Ngah farit Ismeth Emir



CK : Ini adalah auto publish entry! Saya sedang horey-horey di kampung! Weeehaaaa ....erghhh korang keje ke?? He he he. Masa untuk saya berehat dan melapangkan fikiran. Korang keje rajin-rajin tau...

Wednesday, March 30, 2011

Lirik Lagu : Waktuku : MILL & The Rest

aku masih di sini
aku belum mati
aku masih menanti
aku terus mencari
Aku teruskan berlari
Mengejar mimpi
Ku perlu waktu waktu waktu

Tinggalkan aku aku aku
Dengan semua mimpiku
Masa pun berlalu
Sibuk ke hujung minggu
Ada tersimpan rindu
Ingin tuk bertemu

Namun ku perlu waktu waktu
Tinggalkan aku aku aku
Dengan semua mimpiku
Namun ku perlu waktu waktu
Tinggalkan aku aku aku
Dengan semua mimpiku
Dengan semua mimpiku

Adakah kamu kamu kamu
Akan menunggu nunggu aku
Sampai masanya akan kau bersatu



[Hari ini buffday Incik Babah! Happy buffday my big friend! Macam mahu saja celebrate sama-sama tapi ur little friend nie bakal balik kampung.... hu hu! Tapi ai ada present untuk big friend yang sorang nie...my sweet...sweet....mesti u suka kan....he he he ahaks!]




CK : Dah meningkat umur Incik Babah nie...dulu masa kenal kecik je rasa. Skang dah double big sudah....sedar tak sedar dah lama giler kita jadi good friend lebih kurang hampir 10 tahun sudah....kadang-kadang jadi musuh! I lap u lah kawan.... ha ha ha

Tuesday, March 29, 2011

Nak Berehat Sekejap!

Assalamualaikum...

Hari ini rasa lega skit. Tugasan pejabat banyak yang dah siap. Cuma nak bagaitau kat pembaca setia [ada ke pembaca setiaku??] blog picisan nie ... CIK KAMOO AKAN BERCUTI! yeyeye.

[Saya akan berada dalam RELAX MODE selama seminggu ... lebih kuranglah!]


Saat Yang Ku Idamkan .... Ingat Amy Search je ke ada saat yang macam nie!

Saya nak berehat sekejap. Cheeewah! Bajet memang adalah orang jenguk belog nie hari-harikan. Uhuk...kalau takda malulah...hu hu. Berehat sebab otak dah terlalu penat dengan kerja. Kalau jammed susah nanti. Hari ini pun dah migrain ... alahai kesian sungguh!

[Kalau boleh nak berehat camnielah! Aman ... he he he ... tapi belum masa pun lagi. Ahaks!]


Saya akan balik kampung! Best .... nk hug-hug mak n ayah. Jenguk-jenguk dorang. Kesian tinggal berdua je kat sana. Anak-anak semua tinggal di Selangor dan Putrajaya. Macam mak cakap nak buat macam mana ... dah anak cari rezeki! Hanya doa yang mengiringi anak-anakku. Uiks ... sentap! Rasa mau nangis la mak ....

Balik kampung nanti bolehlah nak kuak lentang macam mana pun. Pssst handphone khas untuk kegunaan pejabat akan di'off'! Sorry! Sebab keadaan saya amat kritikal dan mahu berehat sepenuhnya. Untuk kawan sepejabat dan boss ..."Sorry! I'm on leave!". Tambah pula saya nak 'bermanja-manja' ngan mak ayah. Sila jangan kacoooo.... ha ha ha


Harap-harap lepas cuti nie, saya akan kembali tenang seperti perempuan slim ini [harap juga saya akan slim seperti dia]. Incik Babah dah pesan bermula April ... "jangan makan nasi!". Erghhh apakah?? Saya cuba .....

Walaupun saya cuti ... saya akan buat auto publish entry untuk korang. Saya tahulah traffic belog saya tak kencang mcm korang. Korang hebat....saya haibat! ha ha ha.

OKlah korang ... malam nie kalau sempat saya berbeloging lagi. Yeeeehaaa....

CK : Cuti panjang sampai minggu depan! Bulan Mei nie cuti untuk cuti-cuti Malaysia. Tak sabarnya! he he he


Petua : Mengatasi Perut Buncit

Assalamualaikum....

Meh...meh baca! Saya share petua best untuk korang. Jom kita jadi sihat dan kurus. Apa tunggu lagi....baca sampai habis dan jadikan ia sebagai amalan hidup korang ye! Peace....


+++++++++++++++++++++++++



Minum Banyak Air - Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Kurangkan Pengambilan Garam - Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan Perlahan-lahan - Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat - Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan - Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit - Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam - Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.


Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir



CK :Diet bakal bermula....pastu dah kena bersukan. Adeeeh ....

Monday, March 28, 2011

Happy ... Happy !!

Assalamualaikum...

28 Mac .... satu tarikh yang menjadi kenangan hidup saya 5 tahun lalu! Dan sejak 5 tahun itulah saya tak pernah lupakan tarikh ini. Cuma saya tak pasti sampai bila saya harus mengingatinya! Satu detik yang bahagia dan kerananya juga telah meragut segala kasih sayang yang ada.

Dia bukan daki yang boleh saya tanggal-tanggalkan dalam kehidupan saya. Dia adalah manusia yang hadir sebagai cebisan-cebisan yang melengkapi 'puzzle' kehidupan saya. Dia juga adalah manusia yang pernah beri saya bahagia, gembira, ketawa dan paling ketara kekecewaan, keterlukaan dan akhirnya segalanya tidak kesampaian! Redha dan memujuk hati serta diri bahawa penentuan akhir dari Allah adalah yang terbaik! Perancangan manusia hanya ilusi semata-mata ...

Dulu memang sedih! Tapi sekarang tidak lagi. Cuma yang terkesan luka lama yang sekali dikenang meragut perasaan. Kaki harus melangkah. Kematangan dalam diri hidup dan bangun menangkis segala kekecewaan yang ada. Alhamdulillah...seperit manapun derita ini saya lalui, saya masih mampu tersenyum. Sehebat manapun tohmahan dan fitnah yang orang berikan saya masih mampu berdiam. Kerana mereka tidak tahu cerita sebaliknya!

Dan kerana 28 Mac 2006, saya belajar banyak perkara!

tentang kehidupan dan manusia,
pengorbanan dan kasih sayang,
kesetiaan dan kecurangan,
senyuman dan tangisan,
gembira dan duka,
pertemuan dan perpisahan,
cinta dan persahabatan,
rindu dan dendam,

Hari ini saya memilih bahagia. Biarkan segala yang buruk itu berlalu tanpa sebarang dendam adalah pilihan terbaik yang saya ada. Menyedarkan diri bahawa kita hanya manusia, sejauhmana dan sehebatmana pun perancangan kita, takkan mungkin menandingi takdir dan ketentuan akhir dari Yang Maha Esa.

Saya masih beriringan dan bersama dengan dia dalam suka dan duka bukan lagi bagai sepasang kekasih. Tetapi sahabat .... tidak mengharap apa-apa dari dia lagi kerna rasa takut kecewa berulang kedua kali! Segala-gala diserahkan pada Yang Maha Esa .... biarlah Dia yang menentukan jalan hidup ini.

Biar berliku asal kesudahannya adalah BAHAGIA!



CK : Setiap yang berlaku ada sebab disebaliknya. Dan hikmahnya ada .....

Sunday, March 27, 2011

Penat!

Assalamualaikum .....

Happy weekend korang! Hari ini saya rasa letih sangat. So sudah plan masuk office lambat. Masuk office hari Ahad?

"Erghhh Ahad pun keje ker?"
"Bangla pun tahu cuti hari Ahadkan...."

Nasib badan. Nak buat macam mana. Keje makin berlambak [kalau masing2 tak nak bagi kerjasama, maka akan berlambaklah kerja ini sampai bila]. Nasib orang belum kahwin. Macam inilah. Sabar aje!

Memang rasa otak dan badan nie penat giler. Semalam pun dah seharian kerja. Malam pergi cari hadiah untuk Incik Babah then pergi pasar borong lagi beli bahan-bahan mentah mau masak. Adeeeh makin letih badan. Balik pun malam tadi dah tengah malam sangat. Terus tukar baju dan .... zzzzZZZZZZZzzzzz sampai pagi nie. Kul 7.00am dah terjaga .... erghhh perit mata!

Pagi ini rasa nak kemas apa yang patut kat rumah dan masak! Dah 3-4 hari tak masak. Erghhh rindu pulak nak melagakan kuali dan senduk serta sudip. Biar dorang bergaduh2 hari ni. Siap semua kerja rumah baru saya nak pi keje!

Kebelakangan ini saya rasa amat PENAT dan kerja office semakin banyak. Makin banyak belajar rasa makin banyak tak tahu pula .... sabar ajelah!



CK : Kalau masing2 sedar dan melaksanakan tanggungjawab masing-masing mungkin saya tidak sepenat ini. Dah diarah sudah diajar masih tidak mahu jalankan kerja sendiri. Sudahnya saya yang kena turun padang. Macam-macamlah korangkan ..... semoga Allah sedarkan korang bahwa penting utk cari rezeki yang berkat!

Saturday, March 26, 2011

Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN)

Assalamualaikum....

Happy weekend korang! Best la korang dapat cuti-cuti hujung minggu. Saya melepek jer kat office awal pagi. Esok pun keje lagi. Stress sudah. Tapi takpa keje je selagi boleh, next week pun dah plan nak balik kampung. Minggu nie kita kerja habis-habisan.

Cuti hujung minggu korang wat ape? Ke ada yang masih cari kerja. Kalau yang sedang cari kerja pergilah melepak sambil cari kerja di Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 25 - 27 Mac 2011 Di PWTC (Putra World Trade Centre), Kuala Lumpur!

Kalau mahu tahu cerita lanjut tentang karnival kerjaya ini ... SILA TEKAN SINI DENGAN SENYUMAN! PEACE!






Untuk dapatkan panduan menarik untuk mencari kerja atau penulisan resume, sila klik setiap gambar di atas! Sharing is caringkan.

Saya tahu macam mana perasaan graduan yang baru habis study dan pulun cari kerja, sebab saya pernah melaluinya. Cuma pesan saya jangan rasa malu untuk mulakan dari bawah atau "O" sebab kita akan dapat belajar banyak perkara dan jangan terlalu bangga dengan sekeping ijazah atau diploma yang kita ada kerana ia belum menentukan masa depan yang terbaik buat kita jika kita beranggapan asal ada degree mesti jadi pegawai! Jangan mimpilah .... sebab ramai lagi orang lain yang hebat dan bagus!

Grab apa sahaja peluang yang ada depan mata asal HALAL dan dalam masa yang sama teruskan proses pembelajaran serta letakkan target untuk meningkatkan kerjaya sendiri! Insya-Allah korang akan berjaya. Doa pada DIA jangan lupa!


CK : Alhamdulillah dah ada kerja tetap .... perlu jaga rezeki dan periuk nasi anugerah Allah ini dengan baik! Teringat zaman susah payah mencari kerja dulu. Sekarang ini segala penat lelah amat berbaloi sekali. Pada yang diluar sana yang masih 'tanam anggur', sila jangan berputus asa mencari kerjaya yang sesuai dengan kelulusan dan jiwa anda! Semoga berjaya...

Friday, March 25, 2011

Tazkirah : Jangan Ambil Barang Yang Bukan Hak Kita

Assalamualaikum....dan salam Jumaat!


Jumaat penghulu segala hari! Alhamdulillah dah Jumaat pun....tahun ini saya rasa cepat betul masa beredar, sedar-sedar dah nak masuk bulan April seminggu je lagi! Malam tadi saya mengeluh pasal masa yang cepat sangat nie dengan my sis ....


"Aku rasa tahun cepat betul masa berjalan, ini dah nak masuk April. 2 bulan lagi dah bulan Jun! Dah setengah tahun....errrrrmmm!"

Jawapan adik saya ...

"Selepas tsunami bumi akan berputar lebih laju 3 saat!" .... pastu dia bantai gelak-gelak....

Dalam hati saya ... "ye ke??". Nanti nak minta Mr. Google carikan jawapan.

Hari ini ada entri menarik untuk korang semua yang takda kena mengena dengan cerita di atas! Sempena Jumaat yang mulia dan penghulu segala hari saya nak share tazkirah dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir....jom layan!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Islam merupakan agama yang menghormati hak individu yang lain dan amat melarang keras kita merampas dan mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Banyak sekali hadis Nabi saw yang melarang perkara ini. Antaranya ialah :

Dari Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya engkau sekalian selalu mengadukan persengketaan kepadaku. mungkini sebahagian darimu lebih pandai berhujah dari yang lain, lalu aku memutuskan untuknya seperti yang aku dengar darinya. Maka barangsiapa yang aku berikan kepadanya sesuatu yang sebenarnya adalah hak saudaranya, sebenarnya aku telah mengambil sepotong api neraka untuknya." ( Imama al-Bukhari dan Muslim)

Amat pelik apabila kita dapati ada manusia yang tamak sanggup mengambil sesuatu yang bukan miliknya seperti tanah, wang ringgit dan sebagainya. Malah mereka sanggup menipu sehingga sanggup bersumpah untuk membenarkan penipuannya. Sungguh malang mereka ini kerana terdapat satu hadis mengenai perkara ini.

Sabda Rasulullah saw bersabda :

“Sesiapa yang merampas hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memastikan neraka untuknya dan mengharamkan untuknya syurga.” Seseorang bertanya baginda: “Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Walaupun sebatang kayu sugi.” ( Imam Muslim)

Hadis ini amat mengerikan kerana walaupun hanya mengambil sebatang kayu sugi yang tidak bernilai pun akan menghumbankan seseorang itu ke dalam neraka dan haram memasuki syurga.. na’uzubillah.

Mungkin ada yang berkata “hadis di atas ialah merampas harta milik orang lain tetapi kalau mengambil harta kerajaan tidak mengapa…”

Ungkapan itu tidak benar. Pengambilan sesuatu yang bukan hak kita sama ada dari individu Muslim atau milik kerajaan adalah haram. Dalilnya ialah hadis-hadis yang lain riwayat daripada Umar bin Khattab r.a. beliau berkata:

“Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah s.a.w. datang menghadap kepada beliau, kemudian berkata: “Si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid,” sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang laki-laki lalu mereka berkata: “Si fulan itu juga mati syahid.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak, sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadits) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan).” ( Imam Muslim)

Lihatlah…seorang yang mati berjihad di jalan Allah pun boleh tidak terlepas dari dihumban ke dalam neraka hanya kerana dia mengambil kain selendang milik rampasan perang.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dan jangan sekali-kali mengambil sesuatu yang bukan hak kita kerana akibatnya akan dimasukkan ke dalam neraka walaupun benda yang diambil itu bukan sesuatu yang bernilai. Semoga Allah merahmati kita dan membuang sifat tamak dari hati kita semua.


CK : Ambil hati orang nak kira camne plak??

Thursday, March 24, 2011

Rasa Puas!!

Assalamualaikum....

Tajuk entri memang tak boleh blah. Apa yang puas sangat pun tak tahulah. Kalau rasa kecewa, marah plus geram saya tempek kat blog nie, maka rasa PUAS pun saya nak juga cerita kat korang! Biar kita sama-sama puas. Erghhh puas bacalah! Asyik share yang marah pluas geram jer nampak sangat hidup ini tak best ye tak??

Rasa puas pasal kerja hari ni! Aman dan tenteram. Walaupun tak dihargai oleh pihak-pihak yang sepatutnya tapi sentiasa dihargai oleh mereka yang berurusan kerja dengan saya. Paling seronok kebanyakan yang datang berjumpa atau call saya selalu berpuashati dengan penerangan yang diberikan. Memang happy bila mereka cakap, "Terima kasih dengan maklumat yang Cik berikan, jelas dan mudah faham. Saya senang berurusan dengan Cik!".

Dalam bekerja kita sebenarnya bukan nak dihargai dengan kebendaan atau dipuji sepanjang masa atau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang setiap tahun [yang tak cemerlang bekerja tapi cemerlang bodek pun dicalonkan. ermmm], tetapi cukuplah dengan ucapan TERIMA KASIH! Itupun sudah buat kita rasa puas dan seronok.

Perjalanan kerja saya lebih dihargai oleh mereka diluar sana yang berurusan. Walau baru pertama kali bersua muka atau mendengar suara dihujung telefon tapi mereka sering memuji tatkala tamat setiap urusan. Alhamdulillah!! Terima kasih mereka buat saya bersemangat.

SAYA SAYANG KERJA SAYA dan bukan organisasi tempat saya bekerja! Kalau korang nak tahu kenapa saya cakap macam tu...sila baca artikel ini!! Sebab itulah walau di mana pun saya dicampak, saya masih boleh bekerja. Saya masih mampu melunaskan tanggungjawab dan amanah saya walau kadang2 memenatkan. Saya bukanlah seorang yang terlalu bagus, tapi saya telah dididik untuk sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa bertanya walaupun pernah diherdik kerana soalan bodoh saya! "Ada aku kisah korang nak cakap apa?"

Tapi saya susah bekerja dengan orang yang susah memberi kerjasama dan amat susah bekerja dengan ketua yang suka menipu! Rasa terbeban kalau saya berdepan dengan manusia begini. Serius rasa sesak otak! Kita penat-penat buat kerja orang dapat nama. Kita penat-penat buat kerja orang lain yang dapat markah prestasi lebih. Bagi saya golongan ini hanya manusia yang merosakkan periuk nasi orang lain!

Cukuplah saya katakan yang saya RASA PUAS bila mereka hanya menyatakan ....


Dua patah perkataan jer pun .... bukan susah pun nak cakap! Lagipun tak kena bayarlah! Kalau cakap tak rugi pun malah akan dapat pahala kalau ikhlas! TERIMA KASIH besar rahsianya .... boleh buat manusia malas jadi rajin! Tak percaya cubalah ....

Pesanan untuk boss saya ;

"Boss saya tak kisah pun apa yang boss buat kat saya, tapi satu jer saya nak ingatkan ... di dunia boss boleh lepas kalau menipu, tapi di akhirat kelak belum tentu! Masa tu jangan sebut nama saya ya! Lagi satu ... apa yang boss nilai saya tu .... semua orang tahu boss penipu! Kalau boss susah sgt nak ckp terima kasih kat saya ... saya nak ucap TERIMA KASIH kat boss pasal "hal tu"! Allah tahu kita adil ke tak .... jangan lupa tu!"




CK : Alhamdulillah....masih ada yang menghargai!! Love laaa....

Hari Ini Hari 'Bahagia' Buat Staff Gomen!!

Assalamualaikum...

Awal pagi lagi dah sampai office! Malam tadi takda pun sempat nak blogwalking. Internet pun tak ngadap kat rumah malam tadi. Penat ngan keje kat opis.

Tapi hari nie best sket! Gomen gaji dah masuk! Weeehaaa....tapi belum sempat withdraw duit dalam akaun dah susut. Awal pagi dah ngadap Maybank.2u. Bayar itu ini! Itu lom masuk settle kad kredit. Skang ni dah rasa insaf guna kad kredit. Ada perasaan menyesal skit! Masa guna skit pun tak nyesal malah tak sedar pun. Time nak bayar barulah rasa, "kalaulah aku tak guna beli itu...ini, takdalah nak kena bayar tiap-tiap bulan camnie!". Kan dah padan muka sendiri. Nasib baik sempat sedar. So, skang ni dalam usaha settlekan apa yang patutlah! he he he! Untuk korang saya nak pesan... tak payahlah guna kad kredit kalau rasa tak perlu!

Tak boleh nak sembang panjang kat sini! Dah gaji arini ada ker yang sudi nak belanja saya?? Sila roger ... he he he! Saya nak kepow Incik Babah hari ini. Weehaaaa....


CK : Putrajaya nyaman hari ini. Sejuk jer!!

Wednesday, March 23, 2011

Gaji Dapat Kerja Tak Jalan!!

Assalamualaikum....


Mood saya 2-3 hari ini memang kurang baik. Semuanya pasal kerja. Rasanya dah hampir 2 tahun saya memendam rasa sejak-sejak ditukar ke department sekarang. Sakit hati! Bengang! Tapi saya sentiasa disuruh SABAR oleh mereka yang dekat dengan saya. Family dan kawan-kawan yang rapat dengan saya. Memang saya cukup SABAR SANGAT! Politik pejabat yang amat teruk!

Beban kerja tiada masalah bagi saya! Yang amat bermasalah adalah saya terbeban dengan orang bekerja yang tidak buat kerja senang cakap "HARI-HARI DATANG MAKAN GAJI BUTA!". Tak buat kerja satu hal. Memang dah dikira sebagai tak bertanggungjawab dah. Lepas tu sebab manusia ni yang gagal melaksanakan tanggungjawab dia, yang jadi mangsa adalah SAYA! Dengan kerja sendiri yang sudah sedia berlambak. Memanjang nak kejar dateline siapkan laporan tiap-tiap bulan. Dah tu nak kena pula laksanakan kerja orang lain yang $%%^%&^&&^*&*(&!

[Kerja banyak akan jadi mudah bila kita bekerjasama. Rindu pada department lama yang mula dulu saya bertapak di sini yang sentiasa bagi kerjasama]

Walaupun saya ada 'sedikit pangkat' tak bermakna semua kerja orang lain saya nak kena kaut dan siapkan! Saya pun ada kerja dan tanggungjawab sendiri di pejabat ini. Ini rezeki saya, so memang saya jaga betul2 dan sebaiknya!

Saya jadi tension dan bertambah menjadi masalah bila yang berkuasa memberi arahan pula 'teramat berat sebelah'! Yang tak buat kerja ditatang-tatang! Sengalkan?!! Yang buat kerja sampai tak cukup tangan [macam dah wujud tangan dewa dewi kat kuil sudah!] inilah yang asyik dilatam!

[Terbeban dan marah macam manapun dengan arahan yang tidak jelas dan kerja berlonggok saya tetap cuba BERSABAR!]

Saya diarah buat itu...buat ini. Bila saya jelaskan segalanya dan minta carikan penyelesaian dengan harapan semua pihak dapat bekerja dengan baik. Boleh pula bagi jawapan paling bodoh di dunia, "a'aaah biarlah...dorang tak boleh harap!". Macam ini ker jadi manusia yang berpangkat dan berkuasa??!

Susahlah macam ini.

Kita nak bekerja.

Dapat gaji hasil kerja yang kita laksanakan!

Orang yang tak buat kerja dapat gaji tetap tiap-tiap bulan tapi kerja tak jalan! Yang berpangkat agak besar dan punya kuasa pula tidak amanah dan tidak adil dalam melaksanakan tanggungjawab. Inilah manusia yang gila pangkat dan kuasa tapi tak pandai untuk bekerja. Langsung tak profesional.

Orang yang teruk buat kerja. Sanggup bawa balik kerja ke rumah. Sanggup buat kerja lebih masa. Tapi orang itulah yang dapat penilaian markah rendah bila hujung tahun! Unexpected evaluation! Bodoh menilai orang lain bila mengaitkan peribadi dan ikut emosi sendiri. Terima kasih untuk itu!

Saya bukan jenis YES, Boss! Saya juga bukan jenis nak "menjilat bontot" boss walaupun tak betul [sorry, ayat agak kurang sopan]. Yang salah tetap saya tegur dan beri penjelasan supaya esok-esok saya tak dibebankan dengan permasalahan lain. Saya tahu sikap ini sesetengah orang tak suka kerana kebanyakan orang senang menjadi kaki bodek, tukang kipas, cium bontot boss dan sebagainya!

Boss ajak makan...membontot jer! Boss ajak jalan-jalan pun ikut. Sedangkan kerja berlambak tak siap. Bila tanya kenapa kerja tak siap, menjawab tu.."tak sempatlah, takda masa, tak cukup tangan nie kerja byk!". Dah tahu kerja banyak kenapa nak pergi lagha dengan boss.

Yang paling best plak dah tahu benda salah boss suruh buat....tetap ikut! Walaupun terang-terang tahu benda tu salah! Inilah dinamakan pekerja bodoh. Kalau dah tahu salah tegurlah...nasihat boss tu dengan cara yang betul dan berhemah.

[Saya mengharapkan seorang ketua yang ADIL, amanah dan profesional]

Untuk tak menyakitkan hati sendiri. Saya buat kerja saya yang termampu. Diam dengan kerja sendiri. Bila cukup masa keluar laporan. Seringkali saya pujuk diri saya mungkin ada hikmah yang saya sendiri tidak tahu. Allah lebih tahu kenapa seseorang hambaNya diuji dan terus diuji. Saya redha walaupun ada masanya hati kecil ini menangis!

Biarlah mereka menjawab di akhirat kelak. Terutama manusia yang berpangkat dan berkuasa yang gagal menjalankan amanah yang diberi dengan baik. Masa belum diberi kuasa ingin berkuasa. Sudah berkuasa menyalahgunakan kuasa.

Bila ada orang tanya adakah saya akan memaafkan manusia berkuasa dan berpangkat itu dengan apa yang telah dia buat pada saya selama hampir 2 tahun ini termasuk membawa cerita buruk tentang saya .... "susah untuk saya maafkan! kerana dia manusia yang nampak baik dari luaran tapi punya hati yang zalim dan kejam!"

Saya bukan berdendam .... tapi sukar untuk terima perbuatan dia pada saya terutama sekali bila dia mengaitkan hal peribadi saya dalam kerja!! Cukup tidak profesional sedangkan selepas waktu pejabat dia tidak perlu ambil tahu apa yang saya buat....Itu hak saya dan saya ada kawan serta keluarga yang juga memerlukan masa saya untuk bersama!



CK : Cakap ayah...."sabar! masalah kerja ada di mana2"

Jom Pi Kerja!

Assalamualaikum ....

Nak type apa nie? Gatal2 juga nak hapdet pagi nie sebelum pergi kerja. Sempat lagi manja2 dengan lappy ai yg satu nie!

Ada cerita tapi panjang lebar kalau nak menaip skang. Kalau buat juga dah pasti pergi kerja lambat. Tak boleh...tak boleh...sekarang nie kena jaga DISIPLIN! Kang nanti ada pula yang tanya, "kamu ada masalah disiplin ke?". Ai bongok punya soalan!! Adakah yang tanya ini cam tgh khayal ... atau sedang buat2 lupa jasa saya kat situ! Pannng sekali baru nak sedar kot!

Eceeeh melalut pulak!!

Oklah dah nak pi kerja. KORANG SEMUA KERJA RAJIN2 YE! IKHLASKAN HATI...KERJA ITU IBADAH TAU!

Lagi satu ..... GOOD MORNING TO MY LOVELY READERS!! CAYANG KORANG TAU .... MUAAAH....MUAAAAHH .... UNTUK GALS SAHAJA MUAAAH NIE! HAHAHAHAH


CK : Putrajaya tak hujan

Tuesday, March 22, 2011

Try Bikin Panas Ya!!

Assalamualaikum.....

Memang angin dengan sorang 'budak latihan amali' kat tempat saya nie! Memang buat orang panas hati. Rasa macam nak slap jer muka dia. Bercakap dengan orang takda hormat langsung. Bergurau tak kena tempat.

Angin!

Bikin Panas!

Nyaman yang pagi terus hilang!

Ada jer hal orang yang dia nak tegur! Dah tu mulut macam takda insurans. Asal sedap nak keluar je. Dulu memang saya diam. Lantaklah asal tak usik hal saya. Tapi ntah apa tadi cuba bikin hati saya jadi panas. Nasib baiklah ko kan...sebab saya bukan jenis dan memang tak pernah nak carutkan orang depan-depan! Memang mak saya tak ajar! Tapi agak-agaklah kau nak bergurau. Ini tak kau bergurau macam budak-budak sebaya umur kau dengan orang yang tua lebih 10 tahun dari kau! Memang "cow" la saya panggil kau nanti! Nak ke??

Saya diam buat kerja pun nak kecoh! Apahal? Saya usik kau ker? Siap nasihat suruh bercampur gaul dengan orang kat office! Saya cakap bodoh kang marah pulak! Mata ada tengoklah...."aku tengah buat kerja ok! Bukan dok asmaradana kat workstation!".

Saya pun pernah buat latihan amali, tapi tak pula saya nak sibuk-sibuk hal staff tetap! Hormat sebab mereka lebih tua dari kita dan berpengalaman. Ini diajar .... menjawab budak nie! Serius rasa nak lempang je! Dulu masa saya buat latihan amali tak pula saya menjawab. Bila diberi arahan. Diam, angguk dan geleng! Tak tahu saya tanya. Pull Stop. Orang pun tak sakit hati dengan kita.

Pastu tadi dia cuba bergurau kasar pasal satu benda yang dah lepas! Huh....memang bikin hati kecik ni jadi panas! Serius .... tadi kalau bergurau lebih sikit memang dah kena lempang mamat sekor nie! Kau layan orang semua sama. Bergurau tak kena tempat. Cakap ikut sedap. Silap haribulan mungkin gigi kau dah berterabur .... walaupun bukan saya yang penampar! Hati-hati ya!

Inilah orang cakap kerana pulut santan binasa....Jangan kerana mulut badan binasa! Jaga mulut tu sikit dik! Dah nasihat dah ... tapi masih tak berubah! Takut nanti ada yang hilang sabar dengan gurauan tak bertempat kau tu!



CK : Manusia nie memang tak boleh tengok orang senang! Ada sahaja benda yang nak disibukkan...ermmmm

Doa Pemanis Wajah!

Assalamualaikum...


Sharing is caring! Jom kita amalkan doa pemanis wajah untuk niat yang baik.....


Maksud Ayat:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. {Yusuf: 4}

Khasiat ayat ini:

1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja

2. Wajah menjadi berseri-seri

3. Manis dipandang orang




Kredit : Pak Ngah Farit Ismeth Emir


CK : Senyum manis...tak senyum pun manis....he he he

Bila Hujan...

Assalamualaikum....



Pagi-pagi lagi Putrajaya telah dibasahi! Hujan selebatnya. Memang tidur pagi tadi sangat nyaman dan selesa. Sejuk! Nasib baik tak terlajak tidur. Kalau tak pasti lewat datang kerja.

Datang office pun sudah dapat penyakit M.A.L.A.S! Dalam hati "bestnya kalau dapat sambung tidur! Kalau dapat peluk bantal ermm....nikmat!". Ini adalah alasan orang pemalas, so, korang jangan nak tiru!

Bila hujan kat luar sana....saya yang duduk kat workstation mula rasa mengantuk! Mula rasa tak mau buat kerja. Padahal banyak kerja boleh disiapkan apatah lagi ramai yang bercuti. Boleh buat kerja dengan aman dan tenteram! Tapi biasalah ... manusiakan bernafsu! Bila nafsu malas datang, kena penampar pun belum tentu nak buat kerjakan?!

Nyaman!

Sejuk!

Cuma tak bestnya kalau time-time nyaman dan sejuk nie ada pulak yang buat muka moody atau separa siap! Tension ok! Pagi-pagi dengan nyamannya hujan nie ..."Senyumlah!". Buat-buatlah happening skit!

Kalau saya buat muka cencorot [dia kata] mesti kena tegur! "Jangan buat muka macam tu! Orang lain pun tension keje juga. CUBA SENYUM!"... Katanya!. Tapi dia buat muka cencorot pagi-pagi .... tak ada pula saya nak bising! Haaaih....babap baru tau!


Senyumlah pagi-pagi nie! Cuba buat saya happy tengok awak senyum .....


CK : Tak berani tulis blog time office .... lagi2 pagi cenggini! Kantoi mampus ai taw.... huhu

Monday, March 21, 2011

Petang Sudah!!

Assalamualaikum...

Petang korang!! Mesti korang da balik rumahkan...lepak2 depan tv sambil makan cekodok plus teh 'o' panas! Erm....yummienya!

Saya ada kat office lagi! Bukan rajin wat keje....tp tgh godek-godek blog saya nie. Main-main tukar template! He he .... maklumlah budak baru belajar. Tengah dok skodeng cara-cara nak buat header! Bila ada masa camnielah baru ada peluang untuk geledah blog sendiri. Buat benda yang tahu dan teramat basic!

Lainlah macam korang...blog semua gempak2! Blog saya....terlalu asas! Tapi takpa...banyak masa lagi untuk belajar perihal blog nie. Semuanya bergantung kepada kerajinan dan masa sahaja! Orang cakap hendak seribu daya. So, tengah cari daya yang mampu memenuhi kehendaklah ni. Sambil-sambil release tension kat blog.

Blog saya belum ada header. So, nak try buat header paling simple di abad ini. He he sudah pastinya header yang basic sahaja. Tak pandai sangat....janji blog nie nampak kemas dan simple sudahlah!


Tak dapatlah nak lawan blog korang yang cun-cun semuakan? ....



CK : Alhamdulillah....hari ini dapat dilalui dengan tenang dan happy!

Morning Good People!

Assalamualaikum....

Entri pendek! Morning korang! Isnin...macam biasa keje! Korang jangan nak Monday Moody lak! Hu hu! Pagi-pagi lagi saya dah bersiaran. Biasalah kalau lappy dah atas katil...celik mata jer nak ngadap lappy! Rindu bangat kat blog nie sebab tak hapdet lagi!

Hari ini plak mesti busy kat office! Kerja banyak dan dah bersungguh2 wat kerja tapi malangnya tak dihargai. Ermmmm cam sedihkan?! Tapi takpa...bila ada manusia yang telah menyalahguna kuasa dan pangkat untuk menilai orang lain, biar Allah yang balas. Kenapa nak nilai orang lain dengan emosi....profesional pada jawatan ajelah tapi bukan pada tanggungjawab dan diri!

Well, namo citer sedih pagi2 camnie! But nanti saya akan cerita pasal manusia yang telah 'menganiayai' saya ini! hu hu! To that person .... THANK YOU SO MUCH, I'M NOT A HOLD GRUDGE...JUST REMEMBER....ALLAH ADA!! WHAT GOES AROUND COMES AROUND!!



PEACE NO WAR!!


CK : We make a living by what we get, but we make a life by what we give!!

Saturday, March 19, 2011

3rd PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2011

Assalamualaikum....


3RD PUTRAJAYA HOT AIR BALLOON FIESTA 2011
17 Mac - 20 Mac 2011
Presint 2, Putrajaya


















CK : Sangat best! 7am saya dah ada kat tapak Hot Air Balloon di Presint 2, Putrajaya! Memang puas hati sebab dapat ambil banyak gambar! Dah manusia ramai sangat! Putrajaya meriah dan ruang legar udara di hiasi belon panas yang cantik!!

Esok saya akan pergi lagi! LAST DAY! Sapa yg belum pergi...silalah datang! Pasti puashati walaupun saya tak dapat naik. Tiket laris...8.00am dah sold out! Apapun saya rasa best sebab banyak gambar yang diambil. Dan Incik Babah juga tolong saya ambilkan gambar. Thanks my dear frenz!

Saya upload pic HOT AIR BALLOON FIESTA 2011 segar dari ladang untuk tontonan pembaca blog saya!!

Memang Wajar Man RL5 Jadi JUARA!

Assalamualaikum....

Akhirnya segalanya telah terjawab! ALHAMDULILLAH....kemenangan berpihak kepada MAN! Suka saya. Man bukan sahaja berbakat sebagai pelawak yang agak selamba malah lawak dia memang tersendiri!

Malam tadi persembahan Man memang TERBAIK bagi saya! Best! Kelakar! Memang lawak la bro! Lu memang patut jadi juara pun! Gua dah doa-doa lu tau tak....ha ha ha Taksub gila saya dengan Man RL5 nie. Gangster....dalam hati ada taman. Saya suka tengok dia senyum....manis jer! Ha ha ha

Masa pengumuman malam tadi bila dah tahu Kumpulan R2 dapat Naib Juara...mula saya gelabah. He he he. Macam saya plak yang masuk Raja Lawak. Takut giler kalau Kumpulan Balas yang jadi juara! Maaf ya Kumpulan Balas .... saya memang tak suka lawak korang! Tak menarik! Berbaur lucah! Tak original! Nampak sangat macam dibuat-buat. Muka korang takda pun macam muka pelawak. Mungkin korang ada peminat tersendiri yang mengundi sehingga Nazmi boleh terkeluar [feberet saya jugak....kecewa bila dia tersingkir!]

Bila Zizan dan Johan nak umumkan siapa Juara Raja Lawak Musim Ke-5, saya dah siap tutup telinga! ha ha ha .... bila tengok MAN yang keluar terima hadiah! Terus saya cakap...."ALHAMDULILLAH"! Bro ... kau memang patut jadi JUARA!

Kumpulan R2! Best masa segmen pertama...masuk segmen kedua agak kureng skit tang lagu tu! Papepun korang pun memang best! Saya suka Abang I LOVE U nie...kalau tak salah nama dia Rahim!

Kumpulan Balas! Dah komen dah tadi. So, takmo ulang-ulang lagi! Bagi saya memang kumpulan ini agak kurang berbakat untuk jadi pelawak! Ini pendapat peribadi saya. So, sapa yang minat mereka mungkin komen mereka ini bagus. Hak masing-masing bukan. Mungkin kumpulan ini perlu perbaiki persembahan...he he he! Sudah jadi juri yang tak bertauliah....

Hari ini rata-rata kawan yang saya jumpa semua cakap keputusan semalam memang wajar! Dan memang MAN layak dinobatkan sebagai JUARA RAJA LAWAK MUSIM KE-5! TAHNIAH!!

"Man, duit RM100,00.00 tu....tak rasa berat ke nak bawa balik? Kalau akaun dah penuh boleh la transfer sini sket!" ..... he he he



CK : Riang je bercerita pasal Man hari ini dengan kawan2! Gua dah tangkap cintan sama lawak lu la!! REMPIT beb!!

Friday, March 18, 2011

Jalan, Order dan Makan : Umai Cafe Monumen Alaf Baru Putrajaya

Assalamualaikum....

Jom makan! Kali ini kita jalan dekat-dekat jer. Lokasi makan yang hanya 'sekangkang kera' dari rumah. Hu hu. Dekatkan? Hari Rabu lepas memang murah rezeki saya. My sahabat, MAL telah sudi membelanja saya! Thank You Sahabat. Sebenarnya dia ajak saya temankan dia makan. Lagipun kami dah lama tak duduk bersama sembang-sembang, ngutuk sesama sendiri, bergossip, meluahkan perasaan segala....dan makan2! Masing-masing sibuk.

Dia lagilah sibuk dengan kerja dan melayan karenah boss dia yang macam #$#%$$#%%^$%$#! Huh! Sakit jiwa katanya. Sabar ya!! Saya sendiri pun sibuk juga. Pertemuan sejam tu membawa kami menjamu selera di sebuah tempat makan baru di Putrajaya!

Lokasinya di BANGUNAN ANJUNG MONUMEN ALAF BARU, PRESINT 2, PUTRAJAYA! UMAI CAFE! Mal selalu makan kat sini sejak cafe ini dibuka 2 minggu lepas. Saya pula...ini baru 1st time jejak kaki di sini! Hu hu! Jom jenguk menu kami....

Limau panas dan jus honey dew

Cekodok kampung! Sedap ok

Kentang goreng...

Menu saya : Kuewteow kungfu! Waaachaaaa

Menu MAL! Nasi Goreng Daging Merah!


Korang patut datang kat sini...Harga makanan di sini memang berpatutan. Makanan boleh tahan sedap! Ada pelbagai jenis menu. Dan menu yang saya suka adalah...CEKODOK! Memang pure cekodok kampung. Sedap dan banyak pisangnya!! Rasa pisang berlebihan...he he he

Saya amat suka lokasinya yang menarik dan view memang cantik! Maklumlah tepi tasik dan berdekatan dengan Masjid Besi Putrajaya. Lot parking pun banyak. So, kalau datang sini jangan risau tentang parking! Korang juga boleh pilih nak makan di aras bawah atau aras atas...

Hari ini hari kedua HOT AIR BALLOON PUTRAJAYA 2011. Bolehlah datang tengok dan sambil-sambil tu singgah la makan kat cafe baru ini!! Manatau kot sesuai dengan tekak korangkan....

Selamat menjamu selera!!



CK : Bangun awal terus update entri! Bagusnya anak omak nie....he he he dan kemudian terus rasa lapar!!

Wednesday, March 16, 2011

Manusia bukan daki yang boleh ditanggal-tanggal! Fikirlah....

Assalamualaikum....

Malam ni rasa takda mood nak update apatah lagi nak menulis. Terus jalan dan singgah kat FB. Gatal-gatal tangan godek FB adik saya dan jumpa note ini! Memang saya selalu baca notes dia kat FB. Saya suka. Sebab kata-kata dan sususan ayatnya ada 'kejujuran'! Dan dah banyak kali dan ini entah ke berapa kali saya baca notes dia...! Terfikir malam ini rasa mahu berkongsi isi perut notes FB adik saya dengan korang semua!

Ada yang menarik perhatian saya. Untuk korang. Nilailah sendiri mana yang menarik bagi korang. Tapi kalau korang baca dan hayati betul2...ada benarnya tulisan ini!

+++++++++++++++++++

Mahu tak mahu kita sebenarnya sepapan suaigambar cantuman keping-keping setiap orang yang menghinggapi kita. Cantik atau hodoh mana pun mereka,mereka telah sempurnakan kita.

Sy tulis begini sebab tiba2 sy terfikir tentang orang2 yang kita suka dan orang2 yang kita kurang suka. Bila seseorang buat sesuatu yang kita kurang suka, biasanya kita akan pujuk diri=)). Ah, buat bodoh je. Sebenarnya adalah satu cabaran yang paling besar, especially if the person matters to us. Lainlah kalau yang buat perangai tu si Abu yang tinggal selang satu lorong dari rumah kita dan selain namanya kita tak tahu benda lain fasal dia. It’s hard to pretend like we’re not affected when we really are. Susah rupanya nak buat bodoh=!!kikikikiki...

I believe when things get too hard, what we should do is go back to the foundation. Bila sampai point yang kita rasa tak boleh blah (atau terma ekstrimnya: f@%$d up) dengan seseorang, try to remember the good things. The good traits of the person. The good times spent together. And remind yourself of how you used to feel for that person and what made you felt that way. Kalau dia teruk sangat, takkanlah dia boleh terlekat dengan kita kn??kn??kn??

People change, yes. But you can’t change the fact that they are, indeed, a piece of you. Bukan macam kulit ular, boleh salin-salin. Bukan macam daki, boleh tanggal-tanggal. You can decide how to deal with it, though. Kalau kita dah decide dia hodoh, hodohlah dia. Kalau kita decide dia cantik, cantiklah dia. It’s all in the mind. Cakap memang mudah. Fikir negatif, lagi jalan mudah.

I was quite a chatterbox back then. Now, not as much. Tak tahu kenapa. When my bf says I love you depan2, mata hati sy bergenang. Sy dah tak reti nak balas depan-depan. I’ve developed this stupid theory of- when you unfold your feelings to a person, it’s like, you’re giving a license to him or her to enter the walls around you, to do or say hurtful things to you. I think I’ve changed a lot. Bila kita jumpa macam-macam jenis manusia, kita berubah. Macam sy kata tadi, kita kutip cebis dari setiap orang, tanpa kita sedar.

Tapi perasan tak, tiap kali bila ada orang sakiti kita, kita mesti berbalik pada Tuhan. These people, no matter how bad they are, they make us turn to God. So they can’t be that bad kan? Semua orang ada fungsi. Entah2 kalau ikut jurnal Tuhan, kita memang perlu disakiti. Adalah sebabnya tu.

Sy rasa tak apa kalau kita tak tunjuk sangat perasaan. Janji kita senyum- orang seronok, kita pun seronok!!





CK : Dah habis baca? Tahu tak kenapa saya besarkan font di antara perenggan di atas? Perenggan di atas membawa maksud yg bermakna bagi diri saya. Dan kesimpulan yang saya dapat di situ adalah "sebelum kita membenci seseorang fikirlah kebaikan dia sebelum ini! Maka dengan ini rasa benci tidak akan ada!". Mungkin pemahaman korang berbeza daripada saya. Korang bebas untuk memberi pendapat!

Putrajaya AgroBazaar

Assalamualaikum....



JOM TERJAH BERAMAI-RAMAI!!


CK : Macam menarik je..

Rezeki Perlu Keberkatan

Assalamualaiakum....


Kadang-kadang manusia tidak fikir tentang keberkatan rezeki, asal apa yang diusahakan 'masyuk' tanpa kisah ia halal atau sebaliknya. Rezeki walaupun secupak tetapi berkat adalah lebih baik dari seguni rezeki tapi tidak berkat. Kita jangan terlalu ghairah mencari duit dan mengejar kebendaan dalam kehidupan ini tanpa menyedari kadangkala rezeki yang kita perolehi sebenarnya bukan hak kita [PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI].

Siapa yang tidak mahu cepat kaya! Dan siapa pula yang tidak mahu wang berjuta! Saya sendiri pun ingin kaya dan banyak duit! Semua manusia normal yang mempunyai akal dan nafsu berkehendakkan kesemua ini dalam kehidupan mereka. Ada yang berusaha mendapatkan kekayaan dengan hasil usaha sendiri dan disusuli dengan menadah tangan pada Yang Maha Esa. Malah ada juga yang menemui jalan pintas untuk memiliki kekayaan dan kesenangan.

Saya bukanlah seorang baik. Tetap melakukan kesilapan dan kesilapan. Kadangkala menunaikan tanggungjawab pada Yang Maha Esa masih berlompang di sana sini. Dan saya sedari akan kekhilafan diri. Tapi apa yang mengecewakan saya adalah manusia yang sentiasa 'berjumpa' dengan Yang Maha Esa bila tiba waktu yg diwajibkan tetapi tidak pernah memikirkan soal keberkatan dalam bekerja dan mencari rezeki. Rezeki yang akan menjadi darah daging sendiri.

Tanpa segan silu bercakap soal rezeki yang sepatutnya tidak menjadi milik seseorang! Tanpa rasa malu boleh pula bercakap, 'takpa kerja orang lain buat, janji masyuk dalam poket kita'. Sedar atau tidak rezeki yang kita dapat akan menjadi darah daging kita...akan sebati dengan diri kita. Kita pula menjamu makan anak isteri dengan rezeki yang sebenarnya bukan hak kita! Hari ini mungkin tiada apa-apa yang berlaku, tapi esok-esok kita tidak tahu apa balasan yang akan kita terima kerana tamak mengaut rezeki orang lain!

Bila saya pandang wajah manusia ini...bukan kebenciaan yang ada. Tapi diri terfikir kenapa dia begitu tamak dengan wang ringgit. Sanggup dikaut OT sorang-sorang tetapi tidak pula menjalankan tugas dengan sewajarnya. Malah kadangkala tiada di lokasi sepatutnya. Dan mencari salah orang lain begitu bijak sekali. Bila tiba waktu gaji, wang sendiri digenggam, wang orang lain mahu disuruh menjamu temboloknya juga! Kalau orang tidak berupaya belanja temboloknya dikata kedekut...duit berkepuk-kepuk! Entahlah...

Agaknya bila kita tidak bersyukur dengan rezeki yang kita ada, pastinya kita tidak pernah merasa CUKUP! Malah hak orang lain terasa ingin dikaut! Kalau periuk kita berukuran 16cm tidak perlulah berangan mencipta kerak berukuran 32cm! Hiduplah seadanya. sentiasa mengatakan cukup pada setiap rezeki yang diberi Tuhan Yang Esa. Jika ingin rezeki lebih berusahalah dengan cara yang betul.

Jangan menanggung kerja atas pada kertas sahaja tetapi orang lain yang bekerja dan cukup bulan menanti imbuhan yang bukan hak kita! Adil ke? Setiap apa yang kita lakukan baik atau jahat...mungkin sesetengah orang tidak ketahui, tetapi kita jangan lupa Allah mengetahui setiap perkara yang terdetik di hati kita!

Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit. Tapi apabila kita belajar mengatakan CUKUP dan BERSYUKUR yang sedikit akan terasa banyak dan yang banyak akan terasa untuk disedekahkan!


CK : Tidak cukup bagus...kadangkala ada juga kekangan kewangan. Tapi kalau sedikit, hiduplah cara sedikit. Kesusahan dulu mengajar diri untuk lebih bersyukur dan menerima apa yang ada. Alhamdulillah...! Cuma kadang-kadang terfikir untuk mengubah nasib diri agar kedudukan kewangan lebih stabil. Rasa macam nak berniaga je...hu hu hu ada bakat ke??