Saturday, October 6, 2012

ACCIDENT KALI KEDUA UNTUK 2012!! HUWAAAAAAAAAAAAA

Assalamualaikum ...





Malam tadi aku accident lagi buat kali kedua bagi tahun ini!Kali pertama jenguk kat sini <----
Semalam tu, aku dengan si teman nak pergi makan KFC Zinger Double Down dan cari barang2 untuk mesyuarat si teman.
Dan di samping itu, aku nak cari buku dekat Popular Jusco Cheras Selatan.
Malang tak berbau ... masa on da way pergi jalan plak jammed, selepas The Mines kami accident.
Kes orang langgar juga sama macam dulu.
Kali ini orang yang reverse kereta dia tak ngaku dah langgar bumper depan Myvi aku sampai kemek!


Bonet depan takleh buka
Alarm takleh guna
Autolock pun takleh guna
Kereta dah bunyi macam bawa batang besi seret jalan tar dah!


Mamat tu dahlah reverse kereta siap  lampu reverse nyala lagi pastu tak ngaku dia yang revsere kereta dan langgar kereta kami.

Abis, sape yang reverse kereta ko??
Angin aku!
Kami memang perasan kereta dia bergerak ke belakang dan kami terus horn berkali2
Tapi, tetap juga .... gedegaaaaaaaaaaaaaaaaangggggg kena bumper depan kereta aku. 
Pastu, dia masuk gear drive .... mulanye cam nak blah
Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr 


Dah langgar tu okehlah, aku leh sabaq ... memang cool sangat!
Tapi bab dia nak menipu dan tak ngaku tu aku cam hangin je ngan mamat nie.
Si teman time tu dah bengang ... sah-sah kereta ko yang reverse langgar kereta aku ...
Kereta kitaorang tak gerak pun sebab tarik handbreak
Lampu reverse kereta dia siap nyala lagi ... itupun cuba nak blah mulanya!
Terus aku suruh si teman horn dan beam lampu berkali-kali
Barulah dia nak bagi signal ke kanan untuk berenti!



Bila tanya, "apa abang buat nie .... saya dah horn pesal abang reverse langgar kereta saya!"
Angin siot, dia tak nak ngaku! Mamat tu cakap, dia tak reverse ... leh lak cakap, klu dia reverse monitor dalam kereta dia akan jadi putih ... dan anak dia akan nangis bila takde gambar dekat monitor tu (ayat nie dia asyik ulang berkali2 sampai aku dah menyampah ... terus aku ajak si teman buat report je!)


Weh, kalau kitaorang yang langgar ko, dah sah-sah la anak ko jatuh dari seat. Ini elok je berdiri atas seat sambil pegang botol susu! Pastu yang bestnye, dia asyik ulang ayat yang sama dengan nada terketar-ketar!


Takpelah, ko lepas kat dunia, akhirat lom tentu bai
Ko boleh kelentong kitaorang ... tapi, Allah yang nampak semua kejadian ... ko boleh tipu ke??


Ingat bai, Allah tu adil ... ko kelentong camne pun, cakap pusing-pusing pun ... sure nanti Allah balas!


Malam tadi aku sampai rumah dekat 1.00pagi, settlekan report dekat IPD Kajang.
Memang senak sket la aku nanti, nak repair kereta, nak tukar tayar ... nak service lagi!


Takpelah, maybe ini ujian Allah kat aku. Aku redha sebab accident nie. Tapi aku tak boleh terima mamat tu cuba pusing2 dah masih tak ngaku!!!

Si teman cakap, nanti dapat duwet projek ... kita tongtong baiki Myvi tu. Tak kisahlah sangat ... tapi bila fikir 2013 yang nak datang tak lama lagi dan kami nak pakai banyak duwet, aku rasa cam nak nangis walaupun airmata tak kuar!


Nampak kemek dia sket, tapi kereta Malaysia kan. Yang langgar plak merc masterpiece tu, walaupun kete dah lama tp kereta luar ... sure2 kebal, aku tengok tak jadi apa pun ... Myvi aku plak habis tak boleh buka dah bonet. Dengan alarm, autolock and abs rosak skali. Lepas tu bawah tu dah bunyi semacam dah masa kitaorang drive pi IPD Kajang!


Ujian untuk aku. Takpelah ... benda dah jadi! Aku siap doa lagi dalam solat supaya orang langgar nie ngaku salah dia. Tunggu Isnin nie macam mana. huk huk ....


Kalau tak dapat, maknanye kenalah baiki sendiri. Kereta dah 5 tahun, insurans pun dah RM500 lebih je, kalau claim insurans kereta aku, taknaklah tahun depan aku kena start NCD baru.



Pasrah dan redha! Setiap yang berlaku ada hikmah ... dan mungkin kita ada dosa-dosa yang kita tak sedar.







CK : Bawa kereta kecil ajelah skang .....! Walaiupun semalam dapat makan KFC Zinger Double Down, tapi aku tak rasa macam makan pun! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



2 comments:

  1. aduinaaa... kesiannya, tapi Allah Sentiasa Melihat... mudah-mudahan orang tu dapat hidayah-Nya!

    ReplyDelete
  2. @Amie Harap2 macam tulah .... moga dia ngaku salah dia

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!