Jumaat ni, Insya Allah kita semua akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha ... aka Raya Haji.
Hati dah kat kampung time nie
Web check in dah print la la la ... tunggu nak terbang jew
Dan malam nie, aku sambung buat persiapan untuk raya haji!
Semalam buat dah, tapi guna adunan lain ... malam nie adunan lain plak.
Wat cookies zaman kanak kanak ku ... cookies yang menjadi pujaan hati semua orang ;=)
Biskut dahlia!
Kalau kat utara panggil kuih samperit. Semalam aku pakai adunan dari blog mana ntah sebab aku cari recipe Che Mat Gebu yang aku print tu tak jumpa. So, belasah je ... recipe tu ok cuma ia tidaklah sesedap recipe CMG.
Kalau korang nak try buat biskut dahlia nie, bleh cuba recipe dari CMG kat sini <-----
Masuk kali nie, dah 2 kali aku try recipe nie ... Alhamdulillah gebu gebu kueh samperit ku ;=)
Cumanye saiz dia aku kecikkan sket dari yang dulu.
Mak aku komplen, biskut dahlia aku yang dulu besaq sangat.
Update :
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (SCS atau Anchor atau mentega pilihan)
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara..
Kali nie aku resize jadi kecik .... secomel aku! ha ha ha
Skang tgh tunggu dahlia dalam oven nie ... mata dah ngantuk dah nie ... rasa nak ZzZzZzzzzzzzzzzz je!!
CK : Hati kat kampung dah ;=)
rajinnya...
ReplyDeletesemperit? my favourite ni. hehehehe
ReplyDeletesy xbuat apa pun kak.. xde feel nk ry.. :(
ReplyDeletesemangat betul nak raya..
ReplyDeleterajinnya.. 2-3 minggu lepas memang dok ingat nak buat kuih sarang semut la. almond london la...
ReplyDeletebila dah tiba minggu ni jadi malas la pulak. memang selalu mcm ni le bila raya. malas malas malas..