Sejak aku suka giler ikan patin yang dimasak tempoyak, selang 2-3 bulan mesti aku rasa naaaaaaaaaaaaaaaaaaak makan sangat. Sampai rindu-rinduanlah! Nak ke Temerloh sana, entah bila walau aku plan memanjang nak pergi cari ikan patin kat sana. Kalo nak beli patin yang dekat Giant ke ... Tesco ke ... risau kalau-kalau tu patin kolam. So, rasa tanah dia kuat sangat ... kang aku tak bleh nak makan.
Kebetulan weekend baru nie roommate aku kat UUM, balik kampung ... dia orang Temerloh, so terus aku order 2 ekor patin kat dia. Nasib baik dia nie jenis ok sangat dengan aku, cumanya dia akan bising-bisinglah bila lama aku diam je tak berjumpa-jumpa lagi ngan dia. Nak makan sesama, lepak sesama ... memang tak kesempatan pun lagi. Jumpa pun sekejap-sekejap je pun. Setakat peluk cium laga pipi ajelah. Pastu balik!
Sama gak macam last weekend, aku pi rumah dia amik patin yang diorder, sembang kejap terus balik. Itupun aku dari office terus pi rumah dia. Memang nak melepak takdelahkan, sampai depan rumah dia pun dah malam. Sorrylah ye Mai!! Next time kita plan lepak-lepak yek.
Mai cakap ngan aku, 2 ekor patin saiz sedang-sedang tu dalam sekilo lebih. Dia cakap dalam RM13 je. Murahlah. Pasni aku bleh order lagi. Nak order lebih daripada 2 ekor. Nasib baik dapat patin tu dah siap potong. Aku bawa balik terus je basuh dan perap dengan limau kasturi dalam 15minit kasi hilang hanyir. Aku bagi dekat abang si teman dalam 4 ketul sebab dia bunyi-bunyi macam nak kan ... aku sorang takdelah nak habiskan sampai 2 ekor tu.
Pagi semalam baru aku kesempatan masak patin nie. Alasan terlambat masak, stok tempoyak kat rumah dah habis, jenuh aku pi cari tempoyak. Rupanya dekat Pasar Awam P8 pun ada tempoyak. Satu bungkus RM2.50! Tempoyak yang aku beli nie masam terlebih, so takleh nak letak bebanyak! Semalam aku masak dalam 6 ketul untuk adik, aku dan untuk si teman and kengkawan. Meh nak share recipe ngan korang .... recipe nie belajar sambil pandang dan dengar je nie.
Kat dalam fridge ada lagi 2 ketul belum masak .... |
Resepi : Gulai Tempoyak Ikan Patin
Sumber : Cik Kamoo
Bahan-bahan ;
- 6 ketul ikan patin - basuh dengan garam dan limau kasturi/limau nipis
- 3 sudu tempoyak
- 10 biji cili api kampung - kalau tak suka pedas, kurangkan cili
- 1 inci kunyit
- 1 kuntum bunga kantan - belah 2
- daun kesum
- sedikit gula
- sedikit garam
- sedikit serbuk perasa
- asam keping - kalau tempoyak dah masam tak perlu masukkan asam keping
- air secukupnya
Cara-cara :
- Blend cili api, kunyit dan tempoyak
- Masukkan bahan-bahan yang diblend ke dalam periuk dan renehkan
- Biarkan menggelak dan kacau perlahan
- Tambahkan air agak-agak boleh tenggelam sedikit ikan ... dan tengok kepekatannya. Kalau kurang pekat boleh tambah tempoyak. Biarkan mendidih. Perlahankan api.
- Masukkan ikan patin. *Jangan kacau nanti ikan hancur ye ....*
- Terbalikkan ikan perlahan-lahan ...
- Masukkan bunga kantan dan daun kesum serta asam keping jika tidak tempoyak tidak cukup masam.
- Kemudian masukkan gula dan garam serta serbuk perasa. Sebatikan rasa.
- Renehkan sebentar dan tutup api
- Sedap dihidang bersama nasi panas-panas!!
Aku suka patin yang ada lemak-lemak sket dan kuah dia pekat dengan tempoyak. Memang sedap sangat. Semalam aku ratah ikan patin je takdalah nak hadap dengan nasi. Itupun dah cukup. Aku dah reserve untuk aku 2 ketul yang belum dimasak. Tengoklah, esok kalau rajin nak masak la .... kalau malam nie bertambah rajin, boleh gak masak malam nie. he he he
Okeh, selamat mencuba ... walaupun aku bukan orang Pahang, kira lulus kot buat gulai tempoyak nie ... kan kan kan ... he he he
CK : Mood merudum hari nie sebab excited masak nasi lemak, tetiba orang yang makan, takde kat sini!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!