Thursday, October 25, 2012

UDANG GALAH SEGAR!

Assalamualaikum ....




Mari memasak!


Sekian lama tak buat masak lomak cili api, kali nie kita up story pasal mari belajar memasak hu hu. Last week dapat ikan galah. Member si teman memancing ... so dia pun beli la. Adalah dalam 7-8 ekor. Buat lepas rasa ngidam udah le. Lagi pulak udang fresh plak tu ...



Udang galahnye takdelah besar-besar, saiz sederhana je pun ... tapi still ok la dari takde kan. Udang galah cmnie, kalau kat kampung selalunya mak buat gulai (kari), tak pernahlah buat masak lomak. Belah utara sana gulai lagi femes dan glam dari masak lomak. Sejak aku dok perantauan lah sangat, baru aku start belajar macam-macam jenis masakan sebelah selatan sana. Masakan sebelah pantai timur dan Sabah Sarawak belum belajaq lagi.


Aku buat masak lomak nie memang ikut style sendiri je. Ingat-ingat lupa recipe yang dok tanya kawan-kawan dulu. Asal rupa macam masak lomak, oklah kan ...



Resepi : Masak Lemak Cili Api Udang Galah
Sumber : Cik Kamoo


Bahan-bahan ;

  • 7 ekor udang galah atau berapa banyak yang korang suke
  • 3 biji kentang saiz sederhana dibelah dua
  • 10 biji cili api kampung*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 kotak santan - lagi bagus guna santan segar
  • 1 helai daun kunyit disiat kasar
  • Garam / serbuk perasa
  • 1 keping asam keping
  • Air secukupnya

Cara-cara;

  1. Bahan-bahan bertanda * diblend halus dengan sedikit air
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah blend dalam periuk dan panaskan
  3. Bila dah menggelegak masukkan secawan santan cair (santan pekat campur dengan air)
  4. Masukkan kentang dan tunggu sehingga kentang sedikit empuk
  5. Bila kuah menggelegak dan kentang dah empuk masukkan udang galah dan balik-balikkan
  6. Masukkan santan pekat
  7. Masukkan asam keping, daun kunyit dan garam/serbuk perasa
  8. Kalau semua rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidang dengan nasi panas!


Selamat mencuba .... recipe mudah aku nie, main campak je asal nampak macam masak lemak! Kalau korang tak suke pedas, sila kurangkan kuantiti cili api tu ye. Tambah-tambah kalau guna cili api kampung ... sangat pedas, kot perut korang tak tahan pedas lak kan.




Okeh, selamat hari raya aidil adha .... jom, aku nak belajaq buat ketupat palas ngan bonda aku. Selalu buat but still tak jadi cun. Mari kita belajaq lagi ....





CK : Raya nie tak semuanya balik, raya dengan yang ada ajelah ;=)

5 comments:

  1. Sy suke klu udang ni bergandingan dgn rebung atau nenas. Wow! Terangkat! Heee!

    ReplyDelete
  2. Favourite saya ni, tapi tak selalu makan sebab mahal sangat udang sekarang ni hahaha.

    ReplyDelete
  3. kdg malas nak dtg kt blog akk ni sbb ni la..suka buat sy lapar..sy pun nak kurus gak..xkan akk je..hahahahaha..slm aidil adha kak :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!