Petang semalam beriya je aku nak makan KFC Zinger Double Down! Memang excited gilerlah bila si teman cakap 'yolah' yang bermaksud sudi meneman dan membelanja aku makan. But, before pergi makan KFC tuh (makan ke?), aku ajak si teman pergi pasaraya NSK dekat Jalan Kuchai Lama.
Berabad jugalah Si June dok kabor dekat aku pasai barang-barang dapur yang agak murah dekat NSK tuh, tapi aku tiada kesempatan untuk pergi. Tiada orang nak bawa sebenarnya kerana aku tatau jalan kalu pergi sendiri ;=)
Sekali sampai NSK, teruja dengan keadaan pasarayanye yang banyak barang. Walaupun ia tidak sekemas Giant, Carrefour dan Tesco ... tapi bolehlah lagi nak soping moping bebarang dapur kat sana. Time tu umat tak meramai lagi. Setiap lorong kami masuk, dok belek harga barang. Lepas tu mulalah mengisi troly satu persatu dengan bebarang buat aku ditimpa nafsu nak soping dengan sakan giler! Tak sedar time tu duwet gaji dah paras hidung walaupun gaji baru je masuk seminggu lepas ... he he he
Gambar dekat NSK tak amek pun, coz cha ya nun alif dok pandang semacam kan ... malu la plak nak amek. Kang dia ingat aku nak buat apa plak. Kot dia paham or kenal aku nie blogger ... he he he. Lain le kalu aku pakai smartfooooong cam samsung tu, leh snap tanpa orang sedar. Ini camera cap ayam nak dibawa keluar, mahu ken halau dengan pak guard kang!
Dari jam 6.45pm sampailah 8.30pm kami dalam NSK, dah penuh satu troly terus pi kaunter bayarlah kan ... ingatkan satu troly tu dah seratus lebih. Sekali cashier tu kira dalam RM70 ++ je! Oh, murah gak .... berbaloi-baloi rasa, cuma nak pergi NSK dr Putrajaya cam jauh sketlah. Kalau betul nak berjimat, sebulan sekali selepas gaji memang amat sesuai nak berbelanja kat NSK! Aku rekemenkan .... rekemen je, bukan tolong bayar harga barang ye!
Bila dah naik kete, perut lapar .... tapi yang hebatnya mata aku mengantuk dan badan aku penatlah sangat. Aku merungut lapar. Terus si teman ajak pi KFC dekat Cyberjaya .... aku terus, "kita balik ajelah, tak dapat makan pun takpe ... dah penatlah, ngantuk nie!". Walhal baru dekat kul 9pm kot time tu. Mengantuk sebab aku bangun awal semalam. 5am dah bangun ... hari pun sama bangun 5am juga! Camne tak kul 9pm aku dah minta bantalkan!
Disebabkan semalam tak dapat makan pun, terus aku post dekat wall FB si teman time lunch tadi, "KFC Zinger Double Down ... jom ... jom!".
Tak tahulah dia nak layan aku ke dak arini pi KFC. he he he
CK : Sekarang nie mood berjimat sebaik mungkin, nak pergi Bandunglah katakan tahun depan. Insya Allah ;=)
nak try jugak burger nie!
ReplyDeletesaya selalu gi NSK kat Selayang, yg kat Kuchai Lama lagi dekat tapi belum pernah pegi
Dekat sangat dengan rumah akak. Memang murah kat situ. 24 hours plak tu... Officemate akak shopping pukul 3 pagi everytime dia kata..
ReplyDelete