Friday, October 19, 2012

ANGGAPAN SENDIRI

Assalamualaikum ..




Pagi-pagi tadi, aku dah beli Berita Harian semasa jemput si teman.
Sebut pasal si teman nie, hari nie turn aku menjemput dia. Sambil menunggu putera kayangan nie bacalah berita hangat seMalaya dulu!


Si teman nie kalau turn aku amek dia, selalu je lambat .... berpeluh tunggu dalam kereta walau beraircond!
Bilalah dia nak on time macam aku nie ..(he he he) bila sampai je dah terpacak kat lobi
Aku rasa dia bersiap mengalahkan tuan puteri la .... haishhhhh sabaq jelah.
Hari-hari aku doa dia cepatlah sedar kelemahan dia yang satu nie dan berubah segera ...
Segera ye sayang!!!! Amin ...


Okeh tercerita pasal si teman plak.
Actually aku nk cerita pasal manusia suka sangat buat anggapan sendiri
Macam dalam hits kat BH tadi ... pasal pelakon comel yang aku suke tu ... Elly Mazlein
Skang nie wartawan dok wat gossip kata dia dah putus tunang sebab dia tak pakai cincin tunang masa pi satu majlis nie.


Ish, wajar ke hanya tak pakai cincin tunang terus cakap dia putus tunang. Cam doa plak dia pisah.
Mak aku selalu kate ...."cakap-cakap kita kadang2 menjadi doa, jadi lebih baik cakap perkara yang baik-baik!"

Patut ke wat anggapan sendiri yang mengguris hati orang lain. Haish ...


Aku tengok adik aku dulu, ada gak dia terlupa pakai cincin tunang ...
Skang nie dah nak masuk anak ke-3 dah! Mungkin sebab adik aku bukan retis kowt!! kan kan kan ...


Cubalah kita nie buat anggapan sendiri yang baik-baik tentang orang lain
Kadang anggapan kita tu melukakan hati orang tanpa kita sedar! Bahaya tu ....









CK : Kalau boleh doakanlah kebahagiaan semua orang tak kisahlah dia tu public figure ke tak ....  dia pun manusia, mungkin ada rahsia perlu disimpan. Tak semua perkara public figure itu perlu berkongsi dengan semua orang.


2 comments:

  1. hubby selalu pesan kena selalu berbaik sangka dengan orglain. sebab anggapan kita itu akan mengubat hati kita.semain tenang.

    ReplyDelete
  2. erk, cuba ambil contoh Dr misalnya, takkan kalau tak pakai cincin kawin orang boleh buat cerita dia dah cerai kot, sedangkan diorang takmo pakai disebabkan oleh kerja mereka yang menghalang daripada sentiasa memakainya

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!