Thursday, October 11, 2012

OH! MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM 2 ...

Assalamualaikum ...




Aku nak ulas sket pasai Masterchef Malaysia Musim 2 (MCM2). Sekarang nie, mood nak layan MCM2 tu dah rasa menyampah sangat. Menyampah dengan perangai-perangai para peserta. Kalau nak compare dengan MCM1, macam langit dan bumi bezanya .... MCM1 jauh lebih baik .... bagi aku!


Plastik?? Asyik-asyik cakap plastik ... apahallah. Nampak sangat tak matang .... (sumber)


Para peserta kali ini aku tengok lebih pentingkan diri sendiri, ego, riak, tak pandai tapi berlagak pandai ... bab mulut jangan cakaplah, ya-rabbi punya ayat kalau melahar peserta lain. Baru-baru nie aku tengok satu episod masa Atiqah terkeluar ... ada sorang peserta ni cakap ... "what the ... tuuuuuuuuuuuuuuuuuut!". Ish apa teruk sangat, lepas tu asyik cakap orang lain plastik la! Lepas tu yang dah terkeluar macam berdendam plak bila cakap ada peserta lain memalukan dia depan semua chef! Be professional la, inikan pertandingan ... kalau kita nak simpan semua dalam hati then seakan ada bunga dendam, susahlah macam nie! Persaingan tak sihat namanya nie.


Korang masuk MCM2 nie nak tunjuk mulut sape paling laser atau nak tunjuk bakat dan kreativiti korang untuk jadi Masterchef! Bakat sahaja bagi aku tak cukup kalau attitude tu teruk sangat ... disiplin dan sikap tu out sangat! Apa yang aku perasan, memasing cuma nak menjahanam sesama sendiri ... tak macam satu family pun even kalau ada episod Cabaran Sajian Luar .... langsung takda teamwork! Memasing nak ikut kepala memasing then pinggirkan ketua. Ketua plak takleh nak control dan cuba amik hati ahli kumpulan ... so karamlah kapal!! Patutnya bila ketua dah tak boleh nak settlekan sesuatu perkara, ahli kumpulanlah patut support!


Tengok MCM1, dorang amat bekerjasama macam adik beradik, tengok team dorang pun best sesangat ... takdelah nak melaser peserta lain. Sama juga Masterchef Celebriti, even mulut Azwan Ali tu laser ... tapi aku rasa tidaklah seteruk mulut-mulut peserta MCM2!


Ingat, kalau kita rasa kita ni pandai sangat, ada yang lebih pandai dan bijak pada kita. Ini tak, masak ntah pape je aku tengok .... hiasan pinggan pun sangat biasa, tak sekreatif MCM1 ... tapi drama je lebih! Menonjolkan attitude yang tak baik kepada penonton. Patut stop ajelah MCM2 nie .... budaya negetif je bila tengok dengan sikap peserta2 yang ntah pape ...


Sorrylah ... Masterchef Malaysia Musim 1 tetap di hati, lebih matang ... lebih bijak ... lebih merendah diri!!








CK : Kita nak cari ilmu, bukan cari glamour sampai orang tengok pun menyampah!!


16 comments:

  1. tak tgk pun MCM2 sbb tgk gezek pun mcm hampeh jer...

    ReplyDelete
  2. hmmmm..x pernah tgk pun coz xde astro. tapi ramai gak yg ckp x brp besh. heheheh

    ReplyDelete
  3. Hahahaha, betul. Memang dah macam rancangan gossip pulak. Gila punya kutuk2.. Dekat fb pun orang ramai kutuk.

    ReplyDelete
  4. kita pon setuju dgn pendapat akak ..

    ReplyDelete
  5. Aku rasa,deme nak buat macam Masterchef versi america punya.Jenis berlagak,agresif dan angkuh.

    Tapi menda tu bertentangan dengan adat dan budaya di malaysia.So,akan nampak janggal.

    Aku komen berdasarkan cerita ko je ni.Aku tak pernah lagi tengok masterchef malaysia season 2 ni.Hahaha.

    ReplyDelete
  6. betul la...QH pon utk musin MC2 ni mmg xtgk sgt..kurang suka dgn peragai pesertanya tu...jauh beza dgn MC1 dlu...

    ReplyDelete
  7. @Pizli Mat Wazip dekat FB perserta mmg kaw kaw kena kutuk ... tambah2 si Dean tu

    ReplyDelete
  8. @StingRay mgkin la kot, tp tak sesuai dgn adat kita la

    ReplyDelete
  9. Sorry.. Rasanya u silap.. Bukan etiqa yg tekeluar yg cakap ttuuuut.. Etiqa x terkeluar lg la.. C ATIQAH tu yg cakap k.. Sila betulkan artikel awak ni.. Tercalar nama c etiqa tu sian dia

    ReplyDelete
  10. Rasanya u dah silap orang la.. Yg cakap tttuuuttt tu bukan etiqa sbb etiqa x tersingkir lg.. Yg cakap tu ialah ATIQAH.. I rasa u kena betulkan artikel ni sblm saman menyaman berlaku..

    ReplyDelete
  11. @Azza Maemma sy dh betulkan nama tu...tp saya rasa awak pun salah baca dan salah faham. sy tak maksudkan atiqah tu yang cakap 'tuuuuuuuuutt' sy ckp ada salah sorang peserta yg saya tak sebut namanya di sini yg cakap tuttttttttttttt'. harap awak baca sekali lagi ye supaya jelas.


    Terima kasih atas teguran.

    ReplyDelete
  12. @Azza Maemma Kesilapan berkenaan sy dah betulkan, harap awak pun perbetulkan kesilapan awak mengenai salah faham ini. Tq

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!