Friday, November 30, 2012

PETUA MENAMBAH SERI BAKAL PENGANTIN!

Assalamulaikum ....





Wah, kemain cari petua naik seri bakal pengantinkan. Walhal belum lagi. kui kui! puiiiii .... Takpe, dengan niat  baik di hati aku sharing dengan korang yang bakal naik pelamin dalam tempoh terdekat ini. 


Silalah amalkan mana yang baik ye ... dan mana yang korang mampu jua. Aku simpan dulu petua nie, dah confirm esok barulah aku amalkan. hiks hiks .... nak juga upernya!


Sumher petua dari sini <----




Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian. Oleh itu terdapat beberapa petua untuk menambahkan seri wajah bakal pengantin seperti berikut:

• Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar.


• Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi.

• Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih.

• Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata.

• Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan satu sudu besar madu dan dua sudu besar jus buah prun. Minum dua kali sehari.

• Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. 

• Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tadi ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur.

• Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara.

• Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. Kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri.

• Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan 3 malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya.

• Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk.

• Bancuh dua sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada pagi esoknya. Amalkan setiap malam selama 2 minggu berturut-turut.






CK : Ting tong nie ....

RM50

Assalamualaikum ...






Nilai RM50 dulu dan sekarang .... dan inilah yang aku rasa ...

RM50 sekarang tak ubah macam RM5 dulu!!

Yang sama cuma saiz troli je .....







CK : Zaman dah berubahkan? Nilai duit dah tak seberapa .... tapi bersyukur tu wajib!!

Thursday, November 29, 2012

HIMALAYA PULAK DAH!

Assalamualaikum ....




Aku ada masalah keguguran rambut. Baca entry ini <-----
Sebelum nie aku cuba pakai syampu Bawang.
Tak berkesan sangat. Eh, cam sama je gugurnya ... kata anti-hairfall


Terus aku cari syampu lain ... lambat sangatkan aku bagi feedback keberkesanan syampu Bawang tu.
Aku rasa syampu Bawang tu tak berkesan untuk aku je kot.
Untuk korang tataulah kan ... kena cuba dulu


Skang nie kau cuba syampu Himalaya Herbals Anti-Hair Fall!
Agak mahal juga!
Tapi aku sukakan baunye yang wangilah sangat ;)
Dan rambut yang gugur pun taklah seteruk sebelum ni.
Bolehlah!
Disebabkan bau dia yang aku suka ... aku continue ajelah guna




Ini dia syampoo Himalaya Herbal's tu!
Dulu aku pandang sebelah mata je syampoo nie ... tiada apa yang memikat hati pun
Tapi rupanya .... bagus jugalah ... terutama bau dia yang harum tu!

#betullah, tak kenal maka tak cinta!!






CK : Sekarang nie tengah cari supplement .... maybe Shaklee yang aku akan pilih!

DARI LEMBAH KE BUKIT

Assalamualaikum ....





Pagi korang!!



Actually aku sedang cari mood nak sambung story mory aku semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur tempohari. Aku singgah ke Lembah Bujang dan .... mendaki bukit .... Bukit Bendera! Mendakilah sangat, naik train je pun! Dan bila mood aku sampai aku akan storykan kenangan naik train kat Bukit Bendera @ Penang Hill nie .... kelakar!!


Seumur hidup aku, walau anak jati Kedah ... aku tak pernah sampai ke Lembah Bujang! Lebih memalukan yang bawa aku ke Lembah Bujang haritu bukan anak Kedah. *malu sangat* Nanti aku cerita ...


Lepas pergi lembah ... kami daki bukit! Daki Bukit Bendera dengan train baru yang lajuuuuuuuuu sangat!! Salah time pergi .... manusia yang meramai sangat, cuti sekolahlah katakan .... berebut nak duduk!! Last-last berdiri juga sebab nak tengok view. Okeh, yang nie pun nanti aku cerita ... berserta gambaq sekali!!



Bila mood dah sampai ... tahap kerajinan melampau aku share cerita dan gambar kat sini ya!! Sila tunggu ... ;=)





CK : Moga hari ini lebih baik dari semalam!!

Wednesday, November 28, 2012

MENGUMPAT

Assalamualaikum ...




Rasanya dah banyak kali aku bangkitkan isu mengumpat!
Mengumpat syooook oooo dan sedap, sebab esok ko boleh makan daging ...


"daging saudara sendiri!"


Baru-baru ini, aku terdengar .... terdengar bukan bermakna aku tumpukan perhatian kepada apa yang diumpat. Masa tu aku tengah buat kerja dan messy desk aku memang membelakangi sekelompok manusia nie yang sukalah bercerita hal orang! Ish, sakit hati tau dengar. Aku manjang buat derk je ... malas layan!


Manusia sekelompok nie mempunyai pe'el ... mengumpat kawan baik sendiri bila kawan baik itu tiada di ketika itu. Senang cakap, depan ko tunjuk baiklah diri kau macam malaikat ... belakang ko jadi syaitoooonnirrajin ngata orang tu tak hengat dunia! Walhal ko solat nie tertonggeng terbalik, bila jumpa geng ... ngumpat tak hengat! Kawan baik ko nie, makan sama-sama ... ketawa sama-sama cuma tang susah je korang tak sama-sama. Aku tengok tang susah tanggung sendiri-sendiri.


Itu satu bablah, satu bab lagi pedajalkan member baik sendiri ... erghhhhhh! Malas nak komen, nanti orang cakap aku mulia plak. Kang ada yang cakap aku cam malaikat! Tapi yang aku tak puas hati kat sini, aku tak usik dorang pun dorang umpat aku gak. Itu yang aku marah tu! Cumanya aku banyak dinasihatkan untuk terus sabar. So, aku sabar! Sabaaaar .....


Eh, jaga tepi kain sendiri bleh? Yang kakak-kakak yang dah nak pencen tu ... bawalah adik-adik/anak-anak nie ke jalan yang benar bleh dak??



Itu jelah nak cakap ... korang jangan mengumpat yek! Kadang tak tahu gak, korang sedap2 mengumpat orang yang ko umpat tu ada kat belakang. Camne??? Sanggup pandang muke dia?? Ha ha ha sendiri tanggung la kan ...




#Jangan lupa tengok Perlawanan Bolasepak Piala AFF Suzuki 2012, Malaysia vs Laos! Walaupun Harimau Malaya macam tak bertaring sangat, aku tetap nak Malaysia menang malam nie. KFCM, janganlah jadi macam lawan Singapore tu. Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee




CK : Sekarang nie memanjang je buat pekak seketika!

DURIAN CREPE

Assalamualaikum ...





Demam durian crepe di mana-mana. Aku pun turut tersampuk juga. Tak dinafikan durian crepe nie memang sedap kalau kulit dia dibuat senipis-nipis yang boleh. Baru terasa ermmmmmmmm giler durian dan krimnye tu!!



Yang nie durian crepe yang aku beli. Sekali beli 2 pek. 1 pek ada 6 ketul. Kalau nk diikutkan 6 ketul nie tak cukup ... sebab durian crepe nie takdelah besaq sangat pun. Bila aku terjah dari blog ke blog, semua pakat dok cerita pasal pemanis mulut yang sedap sangat nie. So, aku pun nak juga try kan ... dulu pernah makan sekali je pun BFF aku kasi.


Langsung aku pun try la buat bila adik si teman bagi 2 biji derian. Aku ingat senang la nk wat durian crepe nie. Rupanya susahlah hai nak layangkan dia punya kulit tu. Aku punya durian crepe nie kulit dia tak sedap sebab tebal. hu hu hu ... tensionnye! Dapat yang nipis ada la 3 ketui cam kat atas nie.



Apapun lepas nie aku nk try buat lagi .... nak cuba sampai jadi. In shaa Allah ...





CK : Ngantuk la plak

Tuesday, November 27, 2012

TERIMA KASIH

Assalamualaikum ....




Untuk seseorang yang pernah baik giler dengan aku suatu masa dulu
Hari ini aku nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat kau!
Terima kasih kawan ....

Aku kenal siapa kau dalam hidup aku. Kenapa Tuhan temukan kita untuk menjadi kawan.
Rupanya kau tak suka kalau aku lebih dari diri kamu.
Dan, hari ini kau tunjukkan kebodohan diri dengan melakukan sesuatu yang sangat tidak professional!

Kau calitkan orang lain hanya kerana kau sudah mula tak suka diri aku.
Kau mudah lupa
Dulu, kau umpat orang sana
Hari ini orang sana kau jilat sehabis jilat!
Dulu, kau keji sehabis keji orang sana.
Kau gelar macam-macam ... aku senyum tika itu

Hari ini makin ketara, dan kau seolah terasa enak menjilat ludah sendiri yang sudah basi. Barangkali!
Apa pun kau buat pada aku hari ini dan sebelumnya ... percayalah, aku tidak akan balas.
Sebab aku bukan pendendam
Aku akan terus senyum ... kerana senang, susah payah aku bukan di tangan manusia
Tapi, atas kehendak Allah swt.

Aku masih anggap kau kawan
Bukan untuk tunjukkan diri aku baik sedangkan kau tidak anggap aku begitu
Aku anggap kau kawan kerana dulu kita pernah menjadi kawan.

Cuma satu, kau jangan risau .... rahsia engkau aku pegang. Aku simpan.
Rahsia aku, terpulanglah sama ada kau amanah untuk pegang & simpan atau kau selesa untuk jajakan!

Kau sudah ada ramai kawan sekarang ... semoga kau bahagia!
Cuma, adakah kawan-kawan sekeliling kau sekarang akan ada waktu susah dan senang nanti?
Atau ... hanya kawan sewaktu gembira dan mengata bersama???




#Kau tetap kawan di hati aku ... walau ada jurang yang kau cipta ;=)


#Biar di mana pun aku dilempar atau dipulau sekalipun ... Allah masih sayangkan aku. Dia masih hadirkan manusia lain menjadi teman, kawan dan sahabat dalam hidup aku. Terima kasih Ya-Allah!





CK : Sujud syukur lepas nie sebab dah tahu ... orang anggap kita serupa musuh, sedangkan kita tiada anggapan begitu buat sesiapa!

Monday, November 26, 2012

WAHAI PEROKOK!!!

Assalamualaikum ...




Bengang aku bila tengok orang merokok kat dalam restoran aka kedai makan! Macam tak prihatin atau pun memang buat-buat bodoh. Senang cakap, kalau ko nak mati cepat ... mati sorang-sorang jangan ajak orang mati dengan kau!

Tadi aku pi makan dekat Restoran Juriah Tomyam yang dekat area Equine Seri Kembangan. Yelah, baru balik dari Pasar Borong Selangor ... ingat nak pekenalah sup ekor. Hujan renyai-renyai makan sup ekor memang sedap wooooo! Lagipun rasa cam 2-3 minggu jugalah tak pekena sup ekor kan. 

Sampai kat Restoran Juriah nie, hujan renyai-renyai lagi ... dalam restoran ada 4-5 meja dah penuh dengan pelanggan. Dan depan meja aku ada sorang pelanggan lelaki. Aku namakan pelanggan ni Si A. Sebelah meja Si A ada lagi 2 lelaki sedang makan. Aku namakan Si B dan Si C. Sambil makan dorang dok borak dalam loghat Kelantan.

Okeh, aku tak kisah. Boraklah, aku pun takdelah faham sangat ... dengar pun sayup-sayup je. Pencemaran bunyi dalam restoran aku tak berapa kisah sangat. Cuma jangan pencemaran bunyi yang kuar bau busuk tu je aku tak nak iaitu kentuuuuuuuuuuuuuuuuut!


Lelaki A yang dok depan meja aku sudah makan. Pastu dia kuarkan sepuntung rokok. Aku pun macam ermmmm ... dah lah hidung sesak tersumbat nie. Pastu lelaki A ni sedap je hisap rokok dalam restoran. Aisehhh nk merokok lenkali ... makan kat luar la bai. Ko tahu yang dalam restoran tu ada customer bawa baby. Mangkuklah ko!! Memang mangkuk hayun. Prihatin la sket. Dahlah hisap rokok ... asap tu main hembus tinggi ngadap kipas ... sah-sah asap tu sampai berkepul-kepul kat depan aku. Erghhhh, pantangnye aku dengan bau rokok nie. Cukuplah dulu ayah aku perokok, sib baiklah dia bertahun dah berenti!!


Kemudian, lelaki B dan C pun merokok gak lepas makan. Lagilah aku rasa cam dorang nie bongok! Takde kesedaran dan tak prihatin dengan customer lain yang ada. Aku pandang je lelaki B sebelah meja aku tu ... sambil tu aku tutup hidung dengan tisu. Bagi isyarat cam tu pun buat tak faham ... walau dia pandang aku, tapi aku rasa dia saja buat-buat bodoh. Atau dia memang bodoh??


Yang lelaki C plak, hisap rokok .... abu rokok tu buang kat lantai. Laaaa pengotornye!! Teruklah. Semua tu nak menyusahkan orang untuk sapu. Dan kerana asap-asap rokok lelaki A, B dan C tadi ... makin teruk plak selsema aku malam nie. Makan tadi pun rasa nak muntah sebab dah bercampur dengan bau asap rokok tuh. Aku pun dah start batuk dah nie. Adeeeeh, cari nahas tul lah!!


Wahai perokok, kalau dah tegar sangat .... kalau singgah makan kat restoran, makanlah dekat ruang terbuka yang disediakan. Bukan makan dekat dalam restoran yang mana pelanggan lain tidak merokok!!


Wahai perokok, tabiat ini buruk ... janganlah burukkan keadaan. Kalau dah tegar sangat, jadilah perokok yang nampak macam pembersih. Abu rokok dan puntung rokok janganlah buang kat lantai sesuka hati pastu tenyeh ngan kaki. Bukankah kebanyakan restoran sediakan asthray?? Sila gunakan.


Walau perokok, kalau tak sayang diri sendiri pun, prihatinlah kepada kesihatan orang sekeliling!! Jangan nak merokok di tempat awam. Kalau nak merokok juga, sila merokok dalam jamban. 


Wahai perokok, berhentilah merokok ... lagi senang! Rokok dah mahal weh ... baik simpan belanja merokok tu untuk beli kereta ke .. rumah ke ... tak pun saving! Macam member aku, berhenti merokok dan beli kereta. Boleh gak bawa pi jenjalan ;=)



Wahai perokok, nanti sampai satu masa korang akan terfikir .... betapa ruginya jadi perokok. Percayalah!!!








CK : Hidung tersumbat tahap kritikal dah nie.



CUTI

Assalamualaikum ....




Morning! Happy Monday ... jangan mondayblues ye semua.


Cuti! Akhir-akhir nie jiwa aku rasa nak bercuti je memanjang. Hujung tahun mood kerja agak down. Kalau time skang nie, cuti sekolah sumer orang yang dah beranak pinak bawa anak-anak pergi cuti ... aku pun nak juga walau non hado anak lagik!


Malam tadi tengok airasia ada promosi penerbangan 11sen. Rasa nak grab satu lagi destinasi ... tapi fikir balik aku dah start tamak nampak gayanye. Bazir! Cukuplah tahun 2013 dah ada destinasi dalam dan luar negara untuk dikunjungi. Bawabersabar. Sambil urut dada. Kang nk buat majlis mana nak cekau duit kalau asyik jenjalan je. Cuti pun kena start simpan utk next year ;=) 


Bestnye kalau hari ini aku cuti dan berada di lokasi kesukaan aku .... Cameron Highlands ... pasti syioookkan. Korang asyik kerja, maybe aku masih berselubung di bawah selimut! Merasai kesejukan. Syioooook ... tapi, saat ini boleh berangan ajelah dulu. he he he



Yang pasti hasrat hati .... aku nak cuti!! Eh, Encik Teman ... harap awak baca entry hari ini dan cubalah tunaikan. he he he




CK : Hidung tersumbat plak ....

Sunday, November 25, 2012

NORA TERKELUAR DARI MASTERCHEF!

Assalamualaikum ...








Sambil aku layan bolasepak Piala AFF Suzuki 2012 dengan Singapore vs Malaysia dan Singapore mendahului 2-0 sempat lagi aku layan Masterchef Malaysia Musim Ke-2. Wajib tengok kalau dok rumah program nie!


Malam nie yang terkeluar dari Masterchef adalah Nora! Nora? Yup ... Nora dah kuar sebelum tu Fizuan dan Dean dah kuar awal lagi. Ada gossip mengatakan Dean dan Nora rapat dalam MC nie, tapi aku tak sure la betul ke dak? Pernah terperasan sekali je lah, dorang berdua dok dekat masa kuliah MC. Bagi aku biasalah, dah berbulan dok lalui program tu sesama, surelah rapatkan. Kawan baik je kot.



Nora terkeluar kerana Pavlovanya yang aku rasa agak lain dari yang lain. Dia buat Pavlova coklat ... tengok pun tekstur dia tak menarik sangat. Nora mempertaruhkan kelainan pada masa yang tak sesuai sebab skangkan dah top 7! Tak dinafikan sepanjang MC2 nie, Nora memang bagus .... betullah cakap Ah Hong, Nora nie full package ... cantik, pandai masak ... dia pun pemain hoki juga tak salah aku utk Malaysia. Not sure ... dengar-dengar camtulah. 


Nora selalu beri yang hasil terbaik semasa MC2 nie, so aku rasa maybe sebab tu dia bleh cakap, "tak mungkin saya kalah dengan Along!". Pastu dia cakap Ah Hong playsafe.... gulp gulp ... nape yek? Macam ada yang tak kena. Walaupun Along tu taklah maintain selalu dalam persembahan dia, but malam nie Pavlova dia memang menarik cuma meringue dia je nampak  nipis. Eh, komen cam juri plak haku nie ... ha ha ha

#Nora diberi masa awal 10 minit, tapi dia yang tersingkir malam ini .... Harap dia akan lebih berjaya di luar sana

Walaupun Nora bagus dekat mata aku, tapi ada masanya kita perlu sedar ... nasib tak selalunya menyebelahi kita. Macam Papa Joe cakap .... masa Nora diumum tersingkir, aku rasa dia tak percaya kot. Terus tutup muka ... maybe dia agak Along yang tersingkir. Aku tengok Along sebelum diumum siapa tersingkir ... dia cool je! Wajah Nora plak confident dia akan stay, but malangnya pertaruhan Pavlova Coklat milik Nora tak menjadi.


Bila malam nie Nora tersingkir, benda yang aku terfikir dalam kepala aku ... kalau kita sentiasa bagus dan hebat, kadang kita rasa tiada siapa akan dapat mengatasi kita. Sebab itulah kita mudah rasa riak dan bangga diri. Tapi kita seringkali lupa, kadangkala ada orang lain yang lebih bagus dan hebat dari kita dan kadangkala nasib itu bukan milik kita. Apapun yang kita lakukan merendah diri terutama dalam cakap kita adalah lebih baik. Biarpun kita playsafe ... ye tak?



 Aku suka Along ... cukup bersahaja dan merendah diri! Dia pun boleh dikatakan agak kreatif juga.


Nina pun feberet aku juga. Lemah lembut dia cakap ... merendah diri jangan cakaplah dia nie. Muke pun sweet ... tengok dia senyum boleh cair kot ... suweeeetlah sangat! Okeh, kita sekampung!





Tak boleh nak agak siapa yang akan jadi Juara Masterchef Musim ke-2. Tapi, Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Singapore malam nie boleh agak dah sapa menang! Singapore dah gol lagi. 3 gol dah weh ... apa dah jadi Harimau Malaya pujaan hati aku nie?? Apek fikir apa nie ... hu hu tension plak layan bola nie!!!




#Keputusan Piala AFF 2012, Malaysia vs Singapore setakat ini Malaysia 0-3Singapore! Jom tidur!!!!
#Sumber gambar dari FB Masterchef




CK : Harimau Malaya tak mengaum malam nie ..... erghhhh letih!!!

HANIS ZALIKHA : MARIAM KAMPUNG PUTAT & MAJALAH RAPI

Assalamualaikum ...





Semalam aku sibuk layan anak-anak buah aku. Si Dumok dan abang ... anak adik aku telah dihangkut untuk tidur kat rumah. Jadi baby sitter aku untuk selama 24 jam. Si Dumok yang setahun tu sibuk memunggah barang-barang aku. Si abang plak layan tv  cerita ntah pape kat channel 611. Dah busan sangat aku pun suruh abang tukaq channel ...


Sabtu malam Ahad, sure ada cerekarama. Ish, dah lama la aku tak layan cerekaramakan. Banyak sangat drama, jadi tatau nak layan yang mana satu. Kalau tak dulu aku nielah peminat setia cerekarama. Best ke tak best aku mesti layan sampai habis. Aku nie kan jenis taksub dengan drama Melayu ... walau orang cakap tak best, tapi aku still rasa best. ha ha ha



Semalam, terus tukar channel TV3 ... tengok-tengok ada sorang pelakon nie cam pernah tengok. Pernah tengok bukan dia sebagai pelakon, tapi sebagai blogger! Blogger femes dan cantik tuh ... sapa lagi kalau bukan Hanis Zalikha! Oh, Hanis dah jadi pelakon ke? Setahu aku dia jadi model ada la. Aku belom pernah tengok dia berlakon lagi. Eh, best ke lakonan dia? Leh lawan Nabila Huda tak? he he he



Pestime la tengok Hanis berlakon dalam cerekarama berjudul, Mariam Kampung Putat! Tajuk pun kelakar. Dalam drama nie, Hanis pegang watak Mariam ... Mariam? Nama glemer dia Maria! Dia anak tiri kepada Cik Gayah Katering lakonan Betty Banafe. Hero dalam drama nie Aiman Hakim yang macho tu. Aku suka lakonan Aiman Hakim dalam citer Vanilla Coklat tuh ... besh!



Tergezut gak semalam tengok tv kuar plak si Hanis nie ... dia memanglah cantik. Cantik! 


Lakonan Hanis biasa-biasa je ... takdalah harap gedebom lakonan diakan, sebab masih baru. Bagi peluanglah ... moga dapat hasilkan lakonan yang mantop macam Nabila Huda dalam drama Julia tu.


#Bawa watak anak tiri yang kena pergi cari buah putat untuk mak dan adik tiri dia makan ... siannye


Hari ini aku pergi Hospital Putrajaya ... jumpa plak Hanis Zalikha! Bertuahlah kalau betul-betul jumpakan ... Aku terjumpa dia jadi cover Majalah Rapi Edisi 15 November. Dari taknak beli ... terus beli. Hanis Zalikha punya pasal ;=)


Hanis Zalikha menari untuk keluarkan peluh! Korang buat ape nk kuarkan peluh??


Cantikkan dia? Mulus kulit dia ... 



Dah maju ke depan dah si Hanis nie ... jadi blogger ... model ... skang dah jadi pelakon. Moga berjayalah hendakNya. Sonok tengok wajah dia yang shumel tu.


Okeylah, skang aku nak layan bola jap, Piala AFF Suzuki 2012, Malaysia vs Singapore! Geram plak ... Singapore dah mendahului Malaysia 2-0. Khairul Fahmi Che Mat dok terfikir pasal majlis kahwin dia dengan Lueniey ke .... dah kena sumbat 2 gol dah nie. Awal-awal lagi Singapore dah sumbat gol. 2-2 gol tu Shahril Ishak plak yang sumbat. Gol kedua tu la tak menahan tengok ....


#Mulalah malas nak tengok ... huk huk huk



Apapun, dengan harapan Malaysia leh la menang!! Moga-moga .... come on Harimau Malaya!!!






CK : Hari nie dihabiskan dengan rehat je petang tadi. Cover semalam tidur 4am ...



SAMBUNG CERITA MAJLIS KAHWIN MY SISTA

Assalamualaikum ...




Bersambung citer lama .... hari tu ada cerita sket kat sini <---- pasai majlis kahwin adik aku awal November. Dah penghujung November baru aku sambung. he he he ... sibuklah katakan. Masuk kerja mood turun naik. Jadi mood blogging turut sama turun naik gak ;=)


Aku sambung cerita nie masa hari akad nikah adik aku. Adik aku akad nikah selepas Zohor. Masa hari dia akad nikah tu, 10.11.12 ... tarikh cun tu, ada sepasang lagi bakal diijabkabul jugak. Cumanya dorang buat majlis kahwin bulan Disember. Majlis kahwin adik aku plak, esoknye!



12.45 pm, ayah aku dah gesa anak-anak dia dan sedara mara ke masjid. Tinggal mak aku, SIL dan beberapa orang kampung dekat rumah. Nak settlekan bab makan selepas selesai majlis akad nikah. Sian mak, dah 3 kali anak dia kahwin ... tak kesempatan dia nak pergi masjid. Cuma ayah aku je lah sbb ayah yang nikahkan adik-adik aku. Anak ayah! Macam mak dia ok je ... dia cakap takpe, janji semua selamat.


Okeh, selamat sudeh ... adik aku selamat menjadi isteri orang dengan 2 kali lafaz tak salah aku. he he he aku berdiri depan ayah aku. Itupun tak berapa jelas dengar. Mulanya my BIL tu lajunyelah dia lafaz ... pastu imam cakap, sekali lagilah! Kali kedua tu ... sah! Yeeeeeeeeehaaaaaa habis debaran. Muka pucat sebelum akad. he he he


Time nak sign sijil nikah, ayah plak lupa bawa cermin mata. So, abang aku amek part ayah bawa sijil nikah tu untuk adik sign. Adik sulung aku dulu semua ayah yang uruskan. Time aku plak?? Entahlah camnekan ....


Akadnikah dah selesai! Balik rumah sesi makan-makan dan bergambar ngan kengkawan dan sedara mara kedua-dua pihak. Gambar kt atas tu pengantin dan kengkawan. Selesai bab akadnikah ... sibuk plak untuk majlis sanding keesokan harinya. Aku kepenatanlah sangat. Rasa nak pengsan semua ada. Tapi ku gagahi juga sebab hati aku yang kesian dekat my mom and dad yang dah tak larat tu.


Ayah aku cam nak pengsan, sebab diakan kencing manis ... so ada masanya dia rasa tak larat sangat. Mak aku macam biasalah, ionlady ... semua benda dia nak buat walau tak larat. Aku suruh dia rehat ... dia rehatlah kejap. Pastu dia bangun, dia plak suruh aku rehat .... ha ha ha cam kelakar plak!


Malam sebelum majlis kahwin, kul 11pm aku sibuk buat rendang ayam cili api untuk dijadikan menu pengantin. Lauk tambahan la. Mak aku suruh! So, aku layankan ajelah ... nak kata sedap itu idaklah. Tak pernah aku masak sampai 5 ekor ayam. Selalu buat 2 ekor ayam je. Bolehlah, jadilah juga ... part rasa yak berapa pedas sangatlah. Kot nanti pengantin sakit perut plak ... he he he


Sambil masak rendang tu, aku ... my adik sulung & hubby dan abang aku sibuk membungkus telur kat pokok bunga tuh. Sempatlah siap dalam 150 biji telur ... selebihnya aku suruh anak buah aku isi telur rebus dalam kotak je. Senang! Lagipun dah ada orang kampung hantar pokok bunga telur nie. Cumanya tak semeriah dulu la.


Seingat aku, masa abang kahwin tulah saat paling best! Malam, orang kampung datang rumah ... hantar kuih dan bunga telur. Buat kerja sama-sama. Cuma takde istilah berinai ajelah. Abangkan ... lelaki ... hu hu! Masak air gula ... masak air putih la ... aish bak kata macam-macamlah. Sedara mara pun ramai. Skang zaman dah berubah, sedara mara pun sibuk ... orang kampung yg tua2 selalu tolong semua dah sakit dan ada yang dah meninggal dunia (Al-Fatihah). So, kemeriahan tu tak terasa sangatlah. Cuma tinggal kami adik beradik je memeriahkan suasana ;=)


Selesai buat bunga telur, yang perempuan-perempuan sibuk siapkan hiasan pinggan untuk menu pengantin. Senang buat siap-siap ... rendam dalam air dan masukkan dalam fridge. Biar dia kembang dengan cun terutama bunga cili tu. Esok tu tak perlulah kelam kabut.


Malam tu memasing tidur lambat dan jam 1.30am ... lembu disembelih. Abang & anak2 dia ... BIL aku sibuk pergi tengok lembu kena sembelih tu. Masa abang aku kahwin, lembu disembelih kat belakang rumah aku je. So, aku boleh tumpang tengok. Kali nie, lembu tu sembelih kat rumah jiran aku ... tak dapatlah tengok. Kul 2.30am baru aku masuk tidur! Penat ... sakit pinggang semua ada!!!


Pagi tu aku bangun awallah jugak ... 6am! Hari kenduri kena bangun awal ... kang orang kampung datang buat kerja, ko dok tidur lagikan. Orang kampung 6.30am dah datang untuk lapah dan potong daging lembu untuk dimasak. 

Kebiasaannya, pagi hari kenduri ... orang kampung yang buat kerja tu akan dijamu makan dengan pulut kukus dengan ikan kering serta sambal ikan bilis. Cam dalam gambaq kat atas tu. Pulut tu aku yang punya, so ada extra rendang ayam la plus kari telur rebus aku masak .... lauk tambahan... he he he


Aku tak tahu tempat lain macam mana, cuma aku perasaan masa abang aku kahwin, adik sulung aku dan adik yang bongsu nie ... dah macam satu tradisi tetamu akan dijamu dengan pulut kukus pada pagi kenduri. Eh, tak ngantuk ke? Orang kata makan pulut nie ngantuk ... he he he


Selesai mandi, makan ... aku start sambung tugasan yang mak aku amanahkan buat aku. Masak satu jenis lagi lauk pengantin! Aku decide buat udang tempura je. Senang. Nak buat udang butter tapi sehari sebelum pergi cari unsalted butter dan susu penuh krim non hado. Akhirnya, jadi udang tempura je! Harap adik aku yang jadi pengantin tu sukalah ... ke ko tak lalu makan dah dik???


Rasa bangga sekejap sebab menu yang aku masak dihidangkan atas meja makan pengantin. Mak cakap, "oklah tu ... kira akak dah berani masak banyak-banyak utk bg orang lain makan!". Aku senyum je .... dalam hati, hai kesian mak aku. Dia penat. Ayah pun ... ;=(


Kenduri kahwin memang memenatkan. Tapi ada kepuasan di situ kalau kita buat sendiri. Aku dah lalui kepenatan 3 majlis kahwin adik beradik aku. Aku puashati sangat sebab dapat sumbang kudrat aku yang tak seberapa. 


Cumanya, paling penat kenduri adik bongsu akulah. Periuk besar ... kuali besar semua aku hangkut basuh ... tak tergamak tengok mak ayah nak buat semua tu. Bagilah dorang rehat kejap. Dorang pun dah tua tak macam dulu lagi, aku yang muda nielah kena kerah tenaga sket .... walau sakit pinggang jangan cakaplah. Masa tidur nak gerakkan badan pun tak boleh. Sebab itulah aku amek cuti panjang ... bukan untuk sesiapa pun tapi untuk darah daging sendiri especially mak ayah. 


Walaupun abang aku bising-bising aku nie belum nak kahwin la dan cakap hal bukan-bukan yang dia tak tahu kebenarannya ... Tapi aku bersyukur sangat, bila masih single aku mampu memberi kudrat buat mak ayah disaat mereka memerlukan. Aku boleh balik 2-3 hari awal masa kenduri kahwin tanpa apa-apa halangan sebab aku sorang diri. Aku boleh juga berkorban buat adik beradik aku tanpa nak harap apa-apa balasan. Cakap-cakap abang aku tu, aku telan je walau kadang hati sakit juga. Aku malas nak fikir sangat ... jodoh itu rahsia Allah. Jika kita dah usaha, merancang ... serahkanlah segalanya pada Allah swt. Sampai masanya, tepat orangnya .... akan adalah nanti! Kalau tiada, mungkin Allah swt dah rancang yang terbaik buat hidup aku. In Shaa Allah ....



Oppppsss teremosi kejap. Memang emosi pun. Itulah hakikatnya. 


Selepas 3 hari majlis kahwin adik aku, aku pun balik .... sebelum tu siap singgah Penang naik Bukit Bendera! Nanti aku cerita ..... he he he






CK : Demam dah baik dah sket .... time utk rehat!




Saturday, November 24, 2012

KEMARAU CPUV BERAKHIR!

Assalamualaikum ...



Alhamdulillah, akhirnya aku dah boleh upload gambar dekat blog nie. Sangat suke! Terima kasih kepada dua-dua blogger yang baik hati ini kerana sudi membantu dengan bagitahu link yang perlu aku refer. Terima kasih ye buat Kak Rose (aku rajin refer blog kak rose ni kalau nak masak menu baru) dan Wantie! Mudahkan jadi blogger nie, ramai je nak membantu. Itu yang best tu ... yang penting rajin bertanya dan google sekali yek! Untuk membolehkan aku upload pic semula kat blog nie, aku refer kat sini <---- Banyak sangat aku letak gambar, sampai dah limit pun!! gagagaga ...



Okeh, masalah upload pic dah selesai ... skang nie satu lagi rezeki dah masuk. Alhamdulillah, setelah 3 bulan kemarau CPUV (BE) ... semalam Nuffnang dengan baikhatinye :=) telah memberikan aku satu CPUV untuk bermain-main manja kat blog. Kemarau dah berakhir!! Syiooooook ... muke manyak senyummm juga. ha ha ha ha


Aku dapat CPUV daripada Astro Fear Factor! Nak tahu apa? Klik sini <--- Baru semalam dapat, amount terkumpul dan 50sen. Sikit-sikit lama-lama jadi bukitlah tu. he he he. Kali ini lama betul aku kemarau cpuv. Update juga blog walau cam biasa-biasa. Terima kasihlah Nuffnang .... dan terima kasih korang yang klik cpuv aku tu. Eh, rajin sket klik ye ;=)


Baik tak Nuffnang nie, siap bagi Aaron Aziz kat aku! ha ha ha Bagi letak kat blog ajelah. Hai, ensem plak la mamat nie ...


Alhamdulillah juga, UV aku semakin menaik ... sekarang nie dah ada yang mencecah 400 UV sehari. Terima kasih kepada yang sudi datang ye! Terutama pada yang setia dgn belog CK. Love u!! Dulu UV aku sehari dalam 100 lebih je. Sekarang nie ada jugalah bertambah. Lepas nie target 500 UV sehari plak. Kena rajin blogging neh!!


Bila aku belek keywords, banyak yang datang cari ilmu tentang diet atkins! Dapat juga aku berkongsi kebaikan ngan korang kan ... kan ... kan ... eceeeeeh poyosnye la hai!!



Okeylah, stop dulu la ... aku tak sihat nie, demam ... sakit kepala dan juga tekak! Tak menahan sakitnye nie. Tapi sebab teruja dengan CPUV, nak share kegembiraan tu dengan korang. Akhirnya, berakhirnya juga kemarau itu!!!! 







CK : Sakit kepala sebab fikir masa depan sendiri..... si teman dah bagi tema dia dah. hu hu hu

Friday, November 23, 2012

TAK BOLEH UPLOAD!

Assalamualaikum ...





Hilang mood aku nak update ... tetiba dah tak boleh upload gambar kat blog! grrrr
Korang alami masalah yang sama juga ke?
Camne yek nak settle benda nie ...?


Baru nak cerita pasai durian crepe, langsung hilang idea bila tak boleh upload gambaq.
Cerita tanpa gambaq yang terliur ... meleleh bagai cam tak best la kan.
Kang korang tak teruja!


So, camne skang nie? Apa aku nak buat bagi boleh upload gambaq balik nie ... tuluuuuuuun





CK : Takkan nak beli storage kot .... erghhhh


Wednesday, November 21, 2012

MALAYSIA vs BANGLADESH! APE CER?

Assalamualaikum ...





Sedih aku macam mana semalam perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Bangladesh boleh seri?? Adakah ini jawapannya?? Masa 3 minit tambahan, aku baru perasan pemain kebangsaan kita pulun bermati-matian ... lari selajunya, rembat sehebatnya .... sebelum tu macam main-main je!


Akhirnya .... kita seri je dengan Bangladesh! Kecewalah ... walau hanya layan bola kat kedai mamak ... rasa nak jerit melompat ... bukan sebab suka, tapi sebab sakit hati plak rasa ... hu hu hu






CK : Entahlah ....

Tuesday, November 20, 2012

LAPAQ

Assalamualaikum ...




Dah pukul 1am skang nie ...
Mata kuyu giler menahan mengantuk ...

Nak tidur .... tapi masalahnya skang, perut aku plak lapaq!
Walhal dah dinner dengan murtabak kot tadi separuh.
Air pun dah melantak dekat 1L!!

Hai perut, kenapa plak malam nie ko buat lapaq plak ... selalu tak makan ok je, baik je ko.
Tup tup malam nie plak ko minta makankan
Tengah-tengah malam bute nie mana nak cari makan
Nak masak jangan haraplah, mata pun susah nak buka luas-luas!


Alahai ... tidur ajelah! Agak-agak tidur dalam keadaan perut lapaq boleh tidur lena dak weh???





CK : ZzzzzZzzzzz

Monday, November 19, 2012

LEMAU LEBIH LEMAU DARI BISKUT MARIE

Assalamualaikum ...





Aku jarang-jarang sekali lemau pada hari Isnin. Tapi hari Isnin kali ini aku cukup lemau. Inilah penangan akibat cuti terlalu lamalah sangat. Hambeeek kau! Nak cari mood buat kerja bukan mainlah susah hai. Dahlah keadaan office yang sejuk beku nie ... rasa duduk dalam fridge. 


Cumanya yang best hari ini, office aku tak ramai orang ... masing-masing cuti dan maybe buat-buat cuti sendiri ;) Syok bila tak ramai orang kat office, jadi aman ... paling penting tak dengar orang sembang high giler sampai langit ke-7 dan tak penat telinga dengar umpat keji. Mengumpat nie lumrah kat mana-mana office pun ... aku rasa tak boleh nak dinafikan. Kadang aku sendiri tak kuat iman termengumpat orang juga ... itu yang fikir habislah esok-esok makan daging sedara sendiri. Insaflah wahai diri!!!!!



Aku paling sukalah sangat 2 orang hamba Allah nie takde kat office ... suka sangat 1000x! Tepuk-tepuk sambil menari joget bukan oppa gangnam style ye ;) Sorang pakcik busuk hati dan sorang lagi makcik talam 2 muka. Dengan 2 orang hamba Allah nie memang aku dah malas sangat nak layan ... ibarat kalau hati dah tak suka, sudah tiada rasa cinta ... kasih sayang jauhlah sekali. Nyampas ... kalau takde hal penting memang aku diam je. Yelah, daripada bersuara ... akan menyakitkan hati sendiri, baik aku diam.


Aku nie walaupun takdelah baik sangatpun tapi aku nie bangsa yang tak suka nk sakitkan hati orang dan tak suka orang sakitkan hati aku. Cuma kengkadang aku je asyik kena belasah disakiti, ada gak lah beberapa kali mulut aku menjadi laser. Sampai camtu sekalilah. Yelah, aku nie memanjang jadi bahan kena umpat kalau aku cutikan ... walhal aku nielah manusia susah nak cuti kecuali kalau cuti raya je aku amik cuti rehat tu panjang berjela ... cuti aku, suka hatilah aku nak amek lama mana pun. ha ha ha ha ha ... gelak syaitooooooooooooooonnirrajim nie. Yang peliknye aku tak sibuk pun hal orang office nie, tapi dorang kalau gossip bab aku ... Ya Rabbi ... sampai herot mulut tambah-tambah makcik talam 2 muke tu. Depan aku baik macam malaikat ... belakang aku, Tuhan jelah yang tahu. Mengumpat kadang sampai tak sedar aku ada kat belakang. Baguskan dia nie ... esok-esok ko makanlah daging aku mentah2!!!


Namun, malangnya ... kedamaian hari ini buatkan aku jadi lemaulah sangat. Bak selemau biskut marie yang tinnya lupa ditutup. Kalau celup milo panas pun dah tak sedap. Hah! camtu sekali keadaan lemau aku. Teruk giler. Tapi takdelah sampai aku plak yang giler .... teruk tu je yang giler. Eh, apa yang aku merepek meraban nie. Alahai ....


Lemau dari lastweek ... weekend ... terus bersambung sampai hari ini. Macam mana nak stop weh?? Aku nie dah la keje banyak, tapi nak buat keje rasa cam ..."eh, bestnye kalau hari nie cuti lagi ...!". Kepala aku rasa cam best gilerlah cuti panjang hari tu. Syoooooooooooooookk ooooo!!


Jenguk kat tingkap office, cuaca mendung nak ujan ... dapat tidur best nie. Ini semua tanda-tanda nak suruh aku balik rumah lunch jap lagi. eheks ... eheks ... akal panjang nie. Keje banyak takmo nak dibuat, asyik fikir tidur je. Teruklah!!


Disebabkan lemau, tapi aku mampu hapdate blog time office. Bagusnyeeeeeeeeeeeeeee .... keje taknak buat, alasan bagai. Blog bleh hapdate ye!!! Babap juga diri sendiri ... hu hu


Sebelum aku merapu meraban ... baik aku stop. Pi cari makanlah perut dah lapaq sangat nie. Air yang diminum belum cukup 2L lagi neh. Makluman, aku DA hari nie ... hari ke-3 reinduction ;)








CK : Hujan rahmat cepatlah turun, nak dibuai mimpi nie ;)

PETUA KURUS DAN LANGSING ...

Assalamualaikum ...



Morning .... happy Monday and happy working tooooooo!


Jangan Monday Blues tahuuuu .... aku skang nie mood entah ke mana sket. Kejap ke laut kejap ke darat. Tapi hati gigih nak hapdate blog juga ;)

Entry copy paste aje dari Pak Ngah Farit Ismeth Emir. Aku copy kat sini sebagai rujukan aku ... dan just nk sharing ngan korang. Buat mereka yang nak langsing mangsing ... sila cuba! Dulu, aku pernah cuba salah satu daripada petua di bawah. Tapi disebabkan aku kurang kerajinan so, taklah nampak hasilnye ;(




Petua 1: Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu jadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Amalkan meminumnya selama sebulan dan berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu dengan meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3: Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk dan jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua 4: Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

Petua 5: Badan Langsing Selepas Bersalin - Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, ambil 5 halia bara (Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Petua 6: Mengurangkan Buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan kering sehingga pagi.

Petua 7: Mengempiskan Perut - Ambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari, kemudian minum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.



Selamat beramal ye!



CK : Dah nak pergi keje ...bubye

Sunday, November 18, 2012

EGG MUFFIN!

Assalamualaikum ....





Morning sweety sweety ... he he he


Dah breakfast belum? Weekend camnie aku rasa best je kalau dapat breakfast kat luar. Pekena roti sardin dekat Tapak Sulaiman pun best juga. Tapi malangnye aku dah 2 hari start DA (Diet Atkins). Makan sardin saje bleh la ... rotinye kasi orang lain.


Aku baru je sudah breakfast 3 ketui egg muffin dengan 500ml air suam. Egg muffin tu aku buat malam tadi. Memang simpan lebeh untuk bfast pagi nie. So, tak yah sibuk dan pening kepala pagi ni nak makan ape. Menu baru yang aku try nie adalah untuk DA. Menu paling selamat ... 


Balik kampung baru nie, setelah bercuti dari DA selama 10 hari lebih kurang ... berat aku dah naik ;). Mana tak naiknye ... kat kampung melantak macam-macam, especially kueh karipap yang mak aku buat tu. Sekali hadap dekat 10 ketui ... karbo tinggi tu sebab tepungkan. Memandangkan dah ramai-ramai dengan adik beradik and sedara mara, selera makan jadi lain macam. Tambah pula air tangan mak yang buat lagilah menggila nafsu makan aku ;)


Masa sebelum balik kampung berat aku maintain 55kg, bila balik Putrajaya naik jadi 58kg! Tahniah sayang ... ha ha ha. 2kg lagi cecah 60kg, sangat baguskan. Disebabkan aku tak mahu berat capai 60kg dan tak juga mahu cepat hanyut di Laut China Selatan ... bertungkus lumus start DA balik. Baru 2 hari, hari ni berat aku dah 57kg. Baru turun 1kg ... wuhaaaaaa wuhaaaaa .... sekian lama aku tak tahu bila nak capai 50kg tu, rasa nak nangis.


Salah aku juga, start puasa lagi aku dah tak disiplin!! Lantak pi hang ... padan muka sendiri ;(



So, malam tadi gigih memikir nak makan ape. Siangnye tu aku dah melantak telur ayam 3 biji ... sosej 5 batang dan daging burger 3 keping ... air suam 2L! Malam dah tergaru kepala nak makan ape lah nie. Makluman, process food tak bagus semasa diet tau. Tapi disebabkan aku tiada stok bahan mentah sebab baru balik dari kampung ... aku makan je process food nie, janji karbo rendah. Please, jangan tiru macam aku ye.

Setelah puas memikir, akhirnya aku decided buat egg muffin berinti ayam. Ayam yang dah beku tu aku kuarkan ... nak lembutkan je dekat 2 jam. Nasib baik kuar dari jam 7malam ... okehlahkan. Godek-godek fridge ada plak cream cheese. Bolehlah ...


Akhirnya jadilah muffin egg macam dekat bawah nie ... shomel shomel egg muffin ai tau 



Egg muffin nie kalau letak ayam banyak, rasa dia lagi sedap ... untuk sape yang suka makan ayamlah. Kalau suka pedas boleh letak cili api. Tapi aku tak letak pun, stok non hado. Resepi dia nie pun main agak-agak and campak je. Asal jadi. Itulah prinsip aku masak ... he he he sebab tulah kengkadang ke tong sampah jadinya. Tapi takpe .... kita mencuba, setakat nie baru sekali dua je tong sampah dapat makan percuma. Rezeki dia dan dosa aku sebab membazir. Jangan tiru!



Meh aku share recipe, nanti takyahlah korang tanya lagi yek. Sape-sape yang DA aku galakkan cuba menu nie. Menu paling selamat untuk DA!!



RESEPI : EGG MUFFIN BERINTI AYAM
SUMBER : CIK KAMOO


Bahan-bahan ;

  • Segenggam isi ayam yang dipotong dadu dan digrill sekejap dengan serbuk perasa dan lada sulah
  • 3 biji telur ayam
  • 30-50gm cream cheese - aku agak-agak je nie
  • Daun sup/daun bawang - hiris halus
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • Acuan muffin 
  • Marjerin

Cara-caranya ;

  • Pukul cream cheese sehingga kembang dan masukkan telur ... masukkan sedikit garam
  • Pukul lagi dan lagi sehingga cream cheese dan telur kembang
  •  Lengserkan marjerin pada acuan muffin
  • Masukkan isi ayam yang telah digrill dan kemudian tuangkan aduan telur dan cream cheese
  • Jangan isi penuh ya ... separuh dah cukup, kalau tebal sangat mual nak makan
  • Kemudian letakkan hirisan daun bawang/sup dan taburkan dengan serbuk lada hitam di atasnya.
  • Bakar dengan suhu 120c selama 20minit atau sehingga masak
  • Hidang panas-panas ....
 # kalau suka boleh juga letakkan parutan cheddar cheese atas egg muffin sebelum dibakar.



Selamat mencuba!!!





CK : Kenyangnye .... sekarang tengah buat ayam panggang lak untuk lunch ... he he he

Saturday, November 17, 2012

CERITA DARI HIGHWAY PLUS KE UTARA ...

Assalamualaikum ....




Happy weekend kengkawan ;)


Mood nak berblog dah mai, masa pun ada ... so, ingat hari ni nak buat entry sepanjang highway Plus la kalau mampu. muahahha ... aku cuba nak cover segala cerita sepanjang ketiadaan aku di blog picisan  nie ... cheeewah. Bermula di highway Plus sampai la kat Aloq Staq sana. Jauhnya la ... dan maybe panjang plak cerita nie. Cerita ini adalah permulaan bagi persiapan majlis perkahwinan adik aku yang dah selamat pada 10.11.12. Alhamdulillah, dia dah jadi isteri orang ;) Semoga kekal bahagia till Jannah my dear sista! Akaknya bila lagi ???


Pagi sebelum bergerak amek adik aku dan anak-anaknya, aku bangun 5am ... malam tu aku tidor kul 2am sebab pack segala baju. Aku ni kalau pack baju suka sangat buat last minute ... memang macam tu lah selalunya. Nasib baik aku rasa macam dah cukup tidur dan rehat. Nak drive 6 jam nie, tapi tidur sekejaplah sangat. hu hu. Kebiasaannya, kalau aku balik kampung drive sendiri dan ada penumpang ... aku akan masak utk bekalan. Pagi tu aku masak nasi, daging masak kicap, sup tulang dan ikan pari goreng. Cukuplah untuk kami 4 orang!


Dah bawa anak-anak aku memang malas nak berenti beli makanan kat R&R, bukannya apa ... kang nak memilih makan tu satu hal, bazir masa je! Baik masak je. Lebih mudah ... suka tak suka kena makan juga bekal yang dibawa. Lagi satu ... duit pun jimat! ha ha ha


8am, adik aku dah call ... terus aku pecut ke rumah dia. Siap pasang baby seat dalam myvi aku ... jam 8.45am gerak ke Petronas Presint 11. Isi petrol bagi full ... beli air mineral, nescafe dan roti untuk breakfast. Bajet memang takmolah benti lagi awal-awal, kalau boleh nak benti kat R&R masa nak lunch je.


9.00am dah start kuar dari Putrajaya menuju ke Highway ELITE. Nasib baik malam sebelum gerak aku dah top up touch n go RM100. Tak perlu fikir lagi nak kuar duit kecik kat tol lagi ... mudahkah? Bilalah nak beli smart tag plak ... lagi mudah rasanya ... he he he


Alhamdulillah, highway sangat lengang ... boleh memandu dalam keadaan selesa tanpa memecut dan kelam kabut walaupun hari tu adalah hari bekerja.  Patutnya mesti sesak, tapi Allah dah permudahkan segalanya. Terima Kasih Ya-Allah ...


Balik berteman nie seronok tau ... especially bawa adik sulung aku nie, dia rajin borak sket ... kira ngam ngan aku. Anak dia si Danny pun rajin pot-pet pot-pet. So, aku memang tak ngantuk ... drive dengan ceria dan bertenaga ;)


500 meter sebelum sampai ke R&R Sungai Buloh, adik aku suruh berenti .. si Dumok kecik tu bery bery plak. Urmmmmm harum satu kete tau. Nasib baiklah dekat sampai R&R dah, cepat-cepat pecut cari toilet, memang mudah ... masuk je dah ada parking. Walhal kereta punyalah banyak. Law of attraction, Alhamdulillah semuanya nampak mudah sangat hari tu termasuk cuaca! Tak hujan macam selalu ... langit cerah membiru.


Sampai R&R terus adik aku bawa si Dumok pergi basuh bery bery dan tukar lampi sekali. Sekejap je pun berenti, tak sampai 1/2jam. Siap-siap semua terus pecut dengan kelajuan maintain 110km/jam. Sesekali tersasar ke 140km/jam. Sorry polis ... ada AES tak erkkkk kat PLUS?? he he he dah berlalu baru nak tanya, tunggu surat saman ajelah kalau ada. ha ha ha



Dengan kelajuan yang maintain tu ... mula perasan macam F1 plak aih, hu hu kami sampai dekat Bukit Semanggol (bukit ke gunung yek ... selalu ulang alik pun leh lupa. teruklah!) yang berdepan Bukit Merah. Sampai dalam jam 12.25pm kat situ. Berenti kat wakaf dan start buka bekalan makanan. Jom lunch ... he he he


Ini bekalan makanan tengahari yang aku bawa. Makan beramai syok. Dengan Si Dumok tu, sekali suap menganga luas-luas je mulut dia. Dia nie memanglah kuat makan, so kitaorang panggil di Dumok sebab keadaan badan dia yang debab tuh. Hidangan tak sempat nak snap sebab perut dah lapaq sangat time tu. Hati plak dah laju sampai kampung.


Inilah si Dumok bam bam aku. Dia sangatlah baik. Cumanya skang nie dia kena chicken pox habis satu badan. Apa lagi memerap ajelah kejenya. Sian sangat. Chicken pox ni kan akan buat semua sendi rasa lemah dan sakit, so tak dapatlah Si Dumok jenjalan keliling rumah Tok and Wan dia, asyik jalan jatuh je.


Lepas lunch, terus memecut lagi ... bajet sampai kat kampung jam 3.00pm. Zohor kat rumah ajelah senang. Nasib baiklah aku tak mengantuk masa drive, kali ni berenti lagi kat Gurun ... isi minyak, sebabnya tengok dah tinggal 3 bar. Kalau nak ikut, cukup je sampai kampung aku kat Aloq Staq tu. Tapi aku nie malas dah balik rumah nak kuar-kuar lagi isi minyak kete. Aku isi kat Putrajaya kasi full dalam RM40. Masa kat Gurun pun aku top up lagi RM40.


Teruskan perjalanan ... dan Alhamdulillah, kami sampai kat rumah kampung tepat 3pm! 6 jam aku drive weh, kuar dari Putrajaya 9am dan sampai kampung 3pm! Hebatkan ... ha ha ha boleh upgrade cara pemanduan agar jadi sehebat F1. Berdesuuuup kot sampai kampung nanti ;)


Si Dumok keletihan, macam dia plak yang drive ... lena diulit intan anak buah aku yang sorang nie. Syok la hang, tidur dalam buai .... syooooooh jauh sket, kasi can driver nak tidur plak nie ... ha ha ha


Aktiviti di kampung sebelum hari majlis adalah makan ... makan ... makan ....!! Tak diet ke? Okeh, kita cuti diet ye anak-anak. Namun, pengambilan nasi di bawah kawalan. Setiap kali makan, nasi cuma setengah senduk sahaja. Lauk pauk, sayur mayur ... ulam ulaman, ko makanlah sampai kembung .... takpa!!



Sayur keladi ikan rebus!! Pernah rasa?? Mak aku masak ... guna keladi minyak. Sedap weh, dulu masa adik sulung aku kahwin, inilah menu dia yang jadi sebutan para tetamu. Sampai adik bongsu aku nie kahwin pun para tetamu dulu yang pernah datang siap tanya, "buat tak sayur keladi ikan rebus kenduri nie?". Baik punya penangankan?? Sedangkan 6 tahun dah berlalu tapi masih ramai ingat menu nie!  Adik sulung aku pun dah anak 3 orang weh ....


Menu kampung! Kau hadoooo?? Takdo kan?? Menu kampung ni pelik pelik tapi sodap. Habis camne ko nak diet kalau balik kampung. Kalau kau memang iman tebal gila menahan godaan, Insya Allah ... diet on dengan baik. Iman aku tak tebal ;( 


Ulam putat kedun, sambal belacan ikan rebus, sayur keladi ikan rebus, pekasam celup tepung dan ikan goreng! Semua nie buat aku kunyah 44kali sebab nak bagi kenyang betul-betul ... takmo tambah nasi. Nasib baiklah taktik aku nie berkesan. Yang aku dok tambah sayur keladi ngan ikan pekasam tu je. Alhamdulillah tetap kenyang. Mak aku dah memahami diet aku skang, aku makan setengah senduk nasi dia dah tak cakap apa dah. Dia tahu niat anak dia nie .... nak kurus leteeeeewwwww!!!



Sehari sebelum majlis akad nikah, semua berlonggok depan ayah aku. Tolong tengok ayah aku kupas umbut kelapa. Nak buat kerabu untuk majlis makan-makan lepas akad nikah. Lauk kampung lagi. Tapi sorry la tak sempat nak snap kerabu umbut kelapa dengan kerang tu. Sedap tau!!! Aku nie semua sedap ... ha ha ha, tapi dah betul sedap, aku cakaplah sedap ... betoi dak??

Umbut kelapa yang dah siap dikupas. Boleh makan camtu je ... lembut dan sedikit manis. Ada juga daun kelapa yang masih pucuk yang sangat muda ... itu pun boleh kunyah camtu je. Sedap .... eh, sedap lagi he he he


Ini pun sehari sebelum akad nikah juga, orang kampung datang beramai-ramai siapkan acar buah. Acar buah nie tahan lama .. kebiasaannya akan dibuat 2 hari sebelum hari kenduri. Biar segala perencah tu masuk dalam buah-buah berkenaan. Acar buah nie buat sekawah je. Bukannya orang makan banyak macam makan masak lemak tu. Ini cuma pelengkap menu je. Acar buah nie sangat popular di Kedah ... maksud aku utaralah ;)

Mak aku pun pandai buat acar buah nie, tapi anak dia tak pandai buat okey, jadi jangan ada yang gatai nk suruh aku buat pula ... macam member office aku tu tetiba suruh aku buat cucur peneram, walhal aku nie tahu makan je pun ;)


Sehari sebelum akad nikah juga, orang pelamin datang hantar dan pasang pelamin ... bila tengok kusi tu terus aku cakap adik aku, "pesal ko amek kusi camnie ... aku dah book awal2 nak wat style nie tau ... ha ha ha" berangannya lah kakak ko nie .... Aku sangat suke pelamin adik aku nie. Putih, suci, murni dan simple.....sweeeeeeeeeeeeeeettttt.


Rasa panjangnyalah hai entry nie, nantilah sambung lagi. Sakit pinggang dah dok menaip nie. Idea pun dah kering. Banyak lagi kot cerita yang aku nak cover, macam retis kot. he he he. Cerita hari akad nikah, hari kenduri dan hari bertandang .... tengoklah kalau rajin ya!! Jumpa lagie ... he he he






CK : Syoooknye kahwin dah ;)