Thursday, November 4, 2010

BN menang di Galas dan Batu Sapi

Wah! Sembang politik plak ye kawan2. Namapun rakyat Malaysia yg 1Malaysia. Kena la amik tau juga isu2 semasa kan. Takdalah org ckp mcm katak awah gelas Luminarc. 10:19pm tadi BH Online dah siarkan berita yang BN menang di Galas dan Batu Sapi. Alhamdulillah! Masih ada sokongan kuat pada Kerajaan.

Berita penuhnya korang baca la kat SINI! Sy mmg sokong Kerajaan..jadi rasa amat bangga dan seronok bila BN menang di ke-2 kawasan ini. Sy bukannya menidakkan parti lain tu tak bagus atau apa. Sy cuma kurang berkeyakinan dgn kemampuan parti lain utk memerintah Malaysia yang aman ini! Serius! rasa amat bersyukur dn bangga di lahir dn dibesarkan di negara yg amat aman dan stabil dr segi politik dn ekonominya. Apapun parti pembangkang tetap perlu dlm sesebuah negara krn 'persaingan sihat' itu kan bagus! Sekurang2nya Kerajaan tidak alpa dan lalai dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat bila ada pembangkang!

Sy kadang2 pelik bl sstgh orang yg bkhidmat dgn Kerajaan tp tak sokong Kerajaan. Sy tahu bukan Kerajaan yg mberikan kita rezeki....tp Allah Ta'ala. Kerajaan cuma perantara dan rezeki manusia adalah ketentuan Allah Ta'ala! Klu dah kerja dgn Kerajaan tapi tak sokong Kerajaan, bila Kerajaan tak umum dalam Bajet ttg BONUS dan tak bagi BONUS....KENAPA MARAHKAN KERAJAAN??? Knp tak pula wujud perasaan utk kerja semata-mata niat kerana Allah Ta'ala? Bukankah kerja itu juga adalah ibadah... Fikir2kanlah....yang baik kita ambil, yg buruk buatlah sempadan.

Sy juga sokong UMNO yg mempertahankan orang Melayu! Dan UMNO juga mempertahankan agama Islam....Ada masanya sy menunggu..."Alangkah baik dan moleknya andai UMNO & PAS itu bersatu" ~~ perjuangkan AGAMA ISLAM dan BANGSA MELAYU yg satu......


Politik Malaysia skrg sukar diramal lagi mcm dulu......


p/s : Bijaklah memilih pemimpin...demi masa depan anak cucu kita akan datang!! Menjadi pengikut yg mencontohi perkara yg baik. Jgn adanya budaya SATE dlm politik...bakal rosak segalanya!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!