Petua ini kita boleh amalkan dan jadikan ia sbg rutin hidup kita~
1. Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan, tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata. ~ Alhamdulillah masih cukup mkn...ada masanya terlebih2
2. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan. ~ bestnya klu dapat pi SPA!
3. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan. ~ jgn stress la...klu stress jer mesti sy layan blog
4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. ~ kdg2 terlebih cukup.....cuma skang nie da kurang tidoq kot
5. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. ~ nk jdkan xtvt nie sbg amalan....sdg dlm peringkat permulaan....huhu
p/s : Sy pun nk jdkan petua nie amalan hidup sy pasnie. Cuma beberapa petua kt atas nie dah lama sy amalkn. Nk sihat....nk slim jugak! hehehehhe
bagus petua nih... tp skgrg sy... selalu stress... tdo mmg dah x cukup.... owh.. cepat tua la....
ReplyDeleteBlue Roses : huhu....senyum sllu!! kena pandai urus stress. benda2 yg x sepatutnya jgn difikirkan! menulis blog adalah stu cara kita ilangkan stress. yg penting di pagi hari mulakan dgn niat yg betul. Sentiasa berfikiran +ve....huhuh cam bagus je nasihat kan....heheheh
ReplyDelete