Kita share resepi mudah utk breakfast hari ini. Ini breakfast pagi semalam. Tp semalam sibuk sgt nk post resepi pun x sempat. Klu kawan2 nk cuba bolehlah. Ini resepi yg senang n mengenyangkan. ROTI TELUR GORENG & SOSEJ. Jom tengok cara nk wat!
Pukul 3 biji telur ayam gred B dgn dicampur hirisan bawang besar (ikut suka kuantitinya), serbuk lada hitam & Tumix perasa ayam. Klu nk pedas letakkan hirisan cili kampung. Dan untuk bagi wangi letakkan hirisan daun sup
Kemudian, potong sosej (Ayamas) serong2 mcm dalam gambar nie. Goreng sosej ni dgn sedikit marjerin agak2 separuh masak. Yang terhangus dlm gambar sila abaikan!
Tuangkan bancuhan telur tadi ke atas sosej yg dah separuh masak tu. Biarkan bancuhan telur tu becak keseluruh fry pan! Nanti senang nk letak roti kt atasnya!
Letak rotia gardenia atas bancuhan telur tadi. Roti tu sapukan dgn marjerin...disebelah permukaan shj. Permukaan roti yg ada marjerin pastikan ke atas. Jgn tunggu sampai telur masak pulak. Nanti telur tu tak lekat pada roti. Fry pan sy nie boleh muat 4 keping roti.
Taaaraaaa.....dah pun siap! Roti telur goreng dan sosej!
Hidang panas2! Enak dimakan dgn mayonis...yummie..yummie...
Hidang panas2! Enak dimakan dgn mayonis...yummie..yummie...
p/s: Kenyang sampai tengahari.....Alhamdulillah! Sy tak pandai masak sgt...tp klu setakat nk share resepi mudah, tak jadi hal buat sy. Suka masak...dan suka cuba. Kdg2 jadi & kdg2 tidak. Tak salahkan mencuba....sekurang2nya kita tahu mana lebih dan kurangnya kita dlm kerja masak memasak nie!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!