Tuesday, November 30, 2010

Kajian Cadangkan Gabung PERODUA-PROTON Siap - Mustapa

29/11/2010 - BHarian Online

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai cadangan penggabungan syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd, siap.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata laporan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk pertimbangan

"Cadangan (Proton-Perodua) ini diilhamkan oleh Perdana Menteri. " ami kini menunggu untuk menetapkan tarikh bagi membentangkan laporan itu kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan inovasi dan kualiti kementerian itu di sini hari ini.

Sementara itu, Mustapa berkata eksport barangan buatan Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5 peratus kepada RM447.09 bilion pada 2011 berbanding RM424.1 bilion yang dicatatkan pada tahun 2010. Kementerian turut mengunjurkan peningkatan eksport perkhidmatan, dengan sasaran RM106.15 bilion pada 2011 berbanding RM101.1 bilion pada 2010.

Selain itu, katanya satu jawatankuasa Pelaburan Program Transformasi Ekonomi (JPETP) telah ditubuhkan dan berperanan untuk mengenal pasti dan melaksanakan program dan aktiviti ETP.

JPETP juga akan memantau program-program pelaburan berkaitan MITI yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia ke-10. - BERNAMA




p/s : Penggabungan yg cukup menarik. Semoga menghasilkan sesuatu yang terbaik utk rakyat MALAYSIA!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!