Sunday, November 28, 2010

Hapuskan Ketuanan Melayu - Wan Azizah


28/11/2010 - BH Online


PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan yang menurutnya supaya anak-anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’.

Isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, beliau sebagai seorang Melayu beragama Islam yakin bahawa tidak akan ada satu bangsa pun akan menjadi agung dan dihormati hanya apabila menggelar diri sendiri sebagai ‘tuan’.

Sambil mendakwa Ketuanan Melayu adalah slogan digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu bagi kepentingan sendiri, beliau berkata: “Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera masih tetap terabai. Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup sangat menyedihkan.

“Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan”.

Berucap menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini semalam, Dr Wan Azizah berkata, Anwar yang juga Penasihat PKR adalah ‘insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat’.

“Jika beliau insan biasa seperti kita, (Anwar) sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlaku,” katanya.

Beliau turut mengajak ahli PKR bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum sambil menyifatkan kongres kali ini mungkin yang terakhir sebelum tiba hari pengundian bagi mendapatkan mandat baru daripada rakyat.

“Kita berkumpul pada hari ini dalam kongres yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13... kalau desas-desus (pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh terdekat) yang kuat bertiup itu benar,” katanya.



p/s : Patut baca n faham perkara2 yg terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Wajarkah ketuanan Melayu dihapuskan??? Utk apa dan kenapa??? Jgn memperjuangkan sstu yg sia2. KETUANAN MELAYU TIDAK PATUT DIHAPUSKAN!!

Kerana politik org sanggup buat apa sahaja tanpa memikirkan kepentingan anak cucu cicit akan datang!!

2 comments:

  1. kurang suka politik zaman sekarang..

    ReplyDelete
  2. kbykn org yg berpolitik skg bukan nk mempertahankan bangsa sendiri tp atas kepentingan individu sbb tu politik skang dah mcm2...perjuangan yg ntah hapa2

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!