Wednesday, November 24, 2010

Facebook!!


Semalam sy memperkatakan tentang NUFFNANG! Nuffnang yg suka tido siang tu. Dah larut malam baru nk berjaga. Hari nie sy nk mengata-ngata pasal FACEBOOK!! Boleh dikatakan kebanyakan orang ada akaun Facebook...kecuali sorang opismate sy seorang lelaki yg baik hati...DIA MMG TAKDA AKAUN FACEBOOK, wpun dia tahu apa itu FACEBOOK! Korang yg baca blog sy pun mesti ada akaun facebook jugakkan...selain drp akaun bank..kan...kan...kan! Jangan tipu ckp takda ok! Kat opis sy FB telah dengan sengajanya diblock oleh pihak IT. Hanya boleh bersiaran sebelum jam 8.00am, lunch hour 1.00pm - 2.00pm dan selepas office hour jam 5.30pm. Tp klu lepas office hour...5.35pm baru IT on laluan FB nie! Nasib baik weekend Sabtu Ahad leh on FB...klu tak datang wat OT keras semacam la....busan!!

Klu gatal2 nk on FB bukan pada waktunya, jeritan kata2 nie akan keluar kt monitor sy!

"Laman Web http://www.facebook.com/ ini tergolong di dalam kategori yang tidak dibenarkan yang mengandungi virus atau tidak berkaitan dengan tugas atau masa capaian di hadkan pada waktu tertentu. Sekiranya terdapat mana-mana laman sesawang (WEB) yang membantu di dalam melaksanakan tugas dihalang, sila maklumkan segera untuk siasatan dibuat dan jika perlu rujukan akan dibuat kepada Pengarah Jabatan masing-masing untuk pengesahan. Bagi tujuan audit semua permohonan perlu dibuat melalui email menggunakan alamat email pemohon. Tempoh tindakan adalah 4 jam dari laporan rasmi diterima.

Capaian Waktu Terhad ( 1:00 tgh – 2:00 Ptg )
1- FACEBOOK

Rujukan :

PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BIL. 1 Tahun 2003 :
Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan.


Malaysian Public Sector Management Of Information & Communications Technology Security (MYMIS)"


Sejak itu sy pun bermalasan nk FB kt office! Sllu balik umah...berasmaralah dgn FB smpi kul 10pm. Bagus jugak FB kena block! Takdelah minah yg sorang tu asik layan FB jerk!

Melalut sudah!!

Perkara nie yg sy nk ckp "Bercerai kerana Facebook!". Ini tajuk muka depan MEGA Utusan Malaysia pada 24 November 2010. Bab cerai-berai yg dah sejajar dan sejalan dgn teknologi nie sy dah tak heran sgt. Dulu masa kita semua sibuk2 pasal teknologi handphone dgn adanya SMS...ada pulak si suami2 tertentu yg amik kesempatan menceraikan isteri dgn SMS.

Kebanyakan daripada kita guna FB untuk meluahkan perasaan! Tak dinafikan sy pun sama ok...tp bukan hal personal ya tuan2 dan puan2! Cuma bila sy tension or stress ngan keje sahaja! Selalunya sy guna FB nie utk tnya khbar kwn2...mcm korang jugak kan?? Untuk menulis kata2 puitis lagi jiwang....Korang ada tak buat mcm nie?? Ada kan?? Sy tahu MYA ada buat...sy ada jugak jenguk FB dia. Jgn marah MYA! Ampun! he he he

Bila FB dijadikan punca penceraian sy mula terfikir....penceraian mungkin penyebabnya, tp klu hati pasangan yg tidak jujur, suka menggedik dgn org lain, sikap nk suka2 seronok2 padahal dh kahwin....takde FB pun dorang boleh bercerai jugak. Apa yg penting bagaimana kita mengawal perasaan kita...dan sentiasa mengingati pasangan kita...pengorbanan pasangan...Insya-Allah wpun berkembang teknologi sehebat manapun....PENCERAIAN TIDAK AKAN BERLAKU!"

Sy amik sikit kata2 dalam MEGA ini utk tatapan kawan2 yg tak sempat baca...

"Menurut pendakwah bebas, Zaharuddin Abd Rahman, terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik FB meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Kemudian status tersebut mendapat komentor daripada rakan-rakan. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebagainya melalui status mereka. Sebagaimana yang disebut oleh ramai 'pakar' dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi & meluahkanperasaan mereka kepada orang lian sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bertujuan untuk membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai melepaskan tekanan dalam diri".

Nasihat daripada penceramah bebas ini.."Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan runtuhkannya hanya kerana facebook!"

Tapi apapun bg saya segalanya bermula dgn hati dn niat yg baik! Kalau kita ingat siapa kita dan dgn siapa yg kita berdamping....Insya-Allah semuanya akan selamat. Selalunya keruntuhan ini berlaku kerana sikap kita sendiri yg menyalahgunakan teknologi yg ada. Tepuk dada tny iman....fikir2kanlah!


p/s : Sy mula sedar yg Facebook melalaikan & mengurangkan produktiviti kerja. Bukan salah Facebook...salah sendiri rasanya! Skang nie dah mula nak tak nak je layan Facebook...jual mahal la konon! Hak hak hak

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!