Thursday, November 18, 2010

Resepi : Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan

Mood Raya Haji!!

Jom sy nk share resepi RENDANG AYAM CILI API NEGERI SEMBILAN. Resepi nie sy dpt dr mak Incik Babah. Lama dulu. Incik Babah beria2 sgt meluahkan hasrat dia nk makan rendang ayam ni. Dah berkali2 dia dok ajak2 sy buat rendang nie. Sy mmg buat msa dia ajak tu...tp buat dunno jerk! ha ha ha!

Memandangkan mood raya. Sy pun dgn ikhlas la memenuhi permintaan dia yg berkali2 nie. Segala bahan sy dan dia gi beli kt Pasar Borong Selangor. Semua bhn dia yg siang dan basuh segala. Kerja sy cuma goreng kelapa utk dijadikan kerisek dn masak rendang nie jerk! Senangkan...he he he!

Jom kite layan apa yg patut ttg resepi nie!

Ayam Telur/Pencen (2 ekor saiz sederhana) - Bawang merah (20 ulas) - Bawang putih (5 ulas) - Kunyit hidup (1 inci) - Halia (1 inci) - Cili Api Kampung (30 biji) - 2 biji kelapa parut (goreng & tumbuk - jgn halus sgt) - Santan (dari 2 biji kelapa) - Serai ( 3batang - diketuk) - Daun Kunyit (Agak2 jer - sila carik2kan) - Garam & Gula secukup rasa
Inilah ayam pencennya!!
Blendkan bawang merah-bawang putih-halia-kunyit hidup-cili api tadi dgn sedikit air. Kemudian letak sesenduk minyak utk menumis. Tumiskan semua bhn2 yg telah diblend tadi. Pastikan bahan2 tumis ini benar2 garing dan naik baunya. Bila dah naik minyak tu kira dah garing la!
Masukkan ayam pencen dan balik2kan! Masukkan juga serai yg telah diketuk tadi dan daun kunyit yg dicarik. Balik2kan ayam ini sentiasa agar ia empuk. Untuk cepat empuk...letakkan air kelapa!
Bila ayam nie dah agak2 kering dan naik minyak. Masukkan santan cair dulu! Pastu dah agak2 cam kering sket baru masukkan santan pekat.
Masak lagi dan lagi sampai ayam nie benar2 empuk....sy buat hampir 3 jam jugak!!
Maklumlah guna ayam pencenkan! Bila ayam nie dah benar2 empuk....asingkan sedikit kuahnya ke dalam bekas lain.
Rendang yg ada sedikit kuah tu baru kita letakkan kerisek! Gaul2 sebati ya!
Dah pun siap...
Boleh dimakan dgn nasi impit! Kuah yg diasingkan tadi boleh curah kt nasi impit klu nak! Sedap! Tinggal pedasnya kt lidah ar...


p/s : Incik Babah ckp..."berjaya!" ha ha ha! Dia nk suruh wat lagi. Owh apakah????

7 comments:

  1. Ini bkn rendang ayam pencen n9 gg ori ye ..rendang ayam n9 yg ori xde bawang2 , xde kerisik & x ditumis.

    ReplyDelete
  2. Tak sure plak saya ori ke tak, tapi yang ajar resepi rendang ni memang ori org negeri sembilan. Mungkin lain-lain kawasan cara memasaknye berbeza. So, recipe ni ori bagi yg ajar saya tu la ;)

    ReplyDelete
  3. Sy google tgk semua resepi rendang ayam n9 ada je letak kerisik n tumis...ada yg tak letak bawang...

    kot takde kerisik n tak tumis...tu masak lemak cili api tak?

    1st time lak dengar rendang takde kerisik (mcm dikata Pn Norzura rasyad tu)...kalau sudi, kongsi la resepi ori...

    ReplyDelete
  4. Dik, ini memang resepi asal yg akk dpt dri omak mertua org Negeri Sembilan.
    Akk ni org utara tak pnh masak rendang time raya, selalu masak kari daging je.
    Yang akk share ni memang asal N9 tapi mung cara masak berbeza mengikut daerah di sana. ;)

    ReplyDelete
  5. Setau sy rendang nogori guna kerisik cuma dia x tumis.mesib semua bahan dn gaulkn pd ayam pastu perap jap bg sedap..dlm 30min pn dn ok.pastu terus msk.ayam tua leh letak air kelapa rebus bg lembut.dh kurg air tu baru msk sabtan cair dulu.biar dia mendidigh dn empuk lg..pastu baru msk santan pekat smpi santan kurg n pekat baru msk kerisik.ni resepi ori arwah mak sy.pn org nogori pure.maybe lain daerah lain cara.tp su lum pernah dgr rendang nogori x letak kerisik stakat ni..maaf klu slh ye

    ReplyDelete
  6. Asalam..stakat ni sy blm pernah dgr rendang nogori xde kerisik,maybe lain tmpt lain cara.arwah mak sy pn oure nogori.tp msk rendang letak kerisik cuma x tumis.dia blander semua bahan kecuaki santan.pastu gaul pd ayam n perap jap bg sdp n bahan td msk dlm ayam.kemudian baru msk..klu ayan tua dia letak air kekapa bg lembut.air dh hampir kering baru msk santan cari,msk lg smpi ayam empuk last baru msuk santan pekat. msk smpi hampir kering baru msk kerisik..cmtu lacara mak sy.org lain sy x tau,maybe lain tmpt lain cara kot.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!