Friday, November 26, 2010

Sukan Asia: Bryan raih gangsa dan pingat terakhir Malaysia

26/11/2010 9:36pm

GUANGZHOU 26 Nov. – Selepas berjaya merangkul dua pingat perak buat Malaysia, Bryan Nickson Lomas kembali ke Pusat Akuatik Aoti untuk menyumbang pingat gangsa melalui acara 10m platform lelaki.

Bryan menghadiahkan pingat terakhir untuk negara pada Sukan Asia ke-16 di sini hari ini.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dan gembira bila dapat pingat gangsa sebab sasaran saya pun hanya mahu bertanding untuk pingat gangsa,” katanya yang mengumpul 478.60 mata dalam acara tersebut.

Seperti dijangka, China terus mendominasi dua kedudukan teratas dengan penerjun berusia 15 tahun, Chao Yuan, mengejutkan rakan sepasukan, Hou Lian, yang juga pemegang emas Sukan Olimpik Beijing 2008.

Chao Yuan berjaya mengumpul 557.15 mata untuk pingat emas, manakala Hou Lian terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 552.50 mata. – Bernama


Kredit : Utusan Online


p/s : Tahniah!! Majulah sukan utk negara

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!