Sunday, December 9, 2012

AKU DAN KESIHATAN

Assalamualaikum ... 



Happy weekend semua! 



Hari nie nak cerita-cerita sket soal kesihatan. Walaupun aku ni bukan kelulusan perubatan pun kan, jadi layak berkongsi soal kesihatan hasil dari pembacaan dan pengalaman sendiri je ;=)Pengalaman dan pembacaan yang tidak seberapa.


Aku baru timbul kesedaran untuk menjaga kesihatan akhir-akhir ini. Maksud aku awal tahun 2012, April! Baru aku sedar betapa pentingnye jaga kesihatan, pemakanan dan sebagainya berkaitan diri sendiri. Selalunya aku tak kisah pun makan apa, bersenam atau tak ... riadah ke idak, banyak benda baik aku tolak tepi. 

But now, aku dah semakin serius nak jaga kesihatan diri sendiri bila usia nie dah 30++! Baru sibuk nak jadi sihat, kurus dan cantik (bonus!). Aku baru sibuk mencari supplement yang sesuai untuk diri aku. Aku baru sibuk bersenam (jogging + jalan kaki). Aku baru sibuk nak berdiet dan menjaga soal pemakanan. Aku rasa masih belum terlambat untuk melakukan semua ini daripada tak buat apa-apa langsung. Its better late than never ... kan?


Aku start diet sejak April 2012 ... hingga berat aku turun 8-10kg. Now maintain 56-57-58kg dari berat asal 65kg! Aku start jaga pemakanan aku dari April 2012 juga. Aku kurangkan minuman manis. Kurangkan karbohidrat. 


Aku dah start berjalan kaki + jogging sejak 3 bulan lepas ... seminggu 2 kali. Dan masuk Disember nie aku up jadi 3 kali seminggu. Improvement! Sejak aku berjalan kaki + jogging sejauh 5-10km setiap sessi, aku rasa badan nie amat selesa sekali. Tidur nyenyak. Bangun bertenaga! Yang penting, minda aku menjadi semakin positif sehingga dapat menyerap aura-aura baik masuk dalam diri dan mengabaikan kebanyakan hal negatif (terutama orang-orang yg selalu ngumpat aku kat office!). Itu yang buat aku suka. Badan sihat, minda segar!!


Aku juga membuat pelaburan kesihatan untuk diri sendiri sejak Jun 2012. Mulanya aku membeli supplement dekat farmasi. Rasa macam tak okey sangatlah. Now, aku beli supplement daripada DCL plak. Bidadari ... setiap malam adalah malam pertama! Hiks .... okeh, yang nie bukan untuk mereka yang dah berkahwin saja ye. Tapi juga untuk yang belum kahwin. Jangan salah sangka hokey. Produk macam dekat bawah nie.




Selain Bidadari aku pun try Nu~Clonz ... baik untuk detoks diri sendiri. Okeh, cerita satu-satu yek. Sejak aku amalkan Bidadari nie, badan jadi segar ;=) Selera makan dapat dikontrol dengan baik. Janji ko makan ikut time. Sekali makan tu takdelah hadap semua bendakan. Memandangkan aku skang tengah Atkins, so supplement nie sesuai untuk aku. Setiap malam adalah malam pertama tu nanti-nanti yek. Takbleh nak komen lebih sebab tatau apepun. Muahahahhahaha ...



Untuk mencuci usus, aku amek Nu~Clonz nie .... senang nak membuang dan rasa amat selesa sekali. Lega! Sebelum nie aku ameh teh hijau ... ok juga untuk membuang. Tapi bila ambil Nu ~Clonz nie bertambah oke. Lagi senang nak membuang. Selesalah sangat. Kalau ko dah makan banyak-banyak tapi tak cuci usus ko sendiri, nanti badan jadi letih sebab banyak toksin. Memandangkan usia aku dah meningkat sangat dan dah makan macam-macam benda, so aku rasa Nu~Clonz nie banyak membantu aku dari segi penjagaan kesihatan ;=) Sape yang tak nak sihatkan? Plus cantik plak .... hu hu hu Kalau cantik tu dikira bonuslah!!


Aku baru guna Bidadari dan Nu~Clonz baru sebulan macam tu. Rasa macam hokeylah ... lebih bertenaga. Jalan kaki 10km pun dah tak mengah sangat. Paling penting, aku tak sembelit macam dulu lagi. Nak share juga ngan korang ... kot-kot berminat nak cubakan produk DCL nie. Aku beli dekat Nadcantek! Sape nak bolehlah order dengan dia. Nanti dia boleh consult korang sekali ... ceritalah apa masalah kesihatan korang ngan dia, In Shaa Allah dia akan membantu! Dia nie friendly tau ... sangat-sangat ;=)! Hubungi Nadcantek di blog kat sini ye atau FB di sini <-------



Nanti aku akan share lagi produk yang sesuai dan bagus! Jagalah kesihatan dari sekarang ... kalau korang jenis jaga pemakanan dan bersukan selalu mungkin korang rasa supplement tak perlu! Tapi kalau kehidupan seharian korang macam aku yang makan macam-macam dan kurang bersenam dan bersukan jauh sekali serta umur pun dah cecah usia 30++ maka, pengambilan supplement adalah penting untuk kesihatan yang lebih baik.



Sihat bukan untuk siapa-siapa ... tapi untuk diri sendiri dan yang tersayang terutama keluarga!! Dan cantik pula adalah bonus untuk anda!!




#taksalahkongsikebaikandengansemua!







CK : Hari-hari mau senyum, baru hidup ceria!!

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!