Assalamualaikum ...
Semalam, aku melakukan kebodohan.
Serius terasa bodoh sangat sebab tiada niat apa-apa sewaktu melakukan.
Aku terlupa untuk menjaga hak peribadi orang lain.
Terlanggar batasan tanpa aku sengaja!
Tanpa aku sengaja tindakan aku telah melukai hati kawan tanpa aku sedar.
Nasib baik kawan tegur kesilapan aku dan aku cepat-cepat perbetulkan.
Kalau dia tahu, aku sebenarnya rasa bersalah teramat.
Walau aku dah minta maaf ... dan telah dimaafkan.
Hati aku masih tidak terasa lega!
Walhal dia ok je (mungkin) ... cuma aku ingin kepastian ok dia tu sejauh mana!
Dan yang penting aku nak dia tahu ... aku tiada niat apa-apa ketika dan sewaktu aku melakukannya!!
Apapun, terima kasih kerana menegur kesilapan aku. Aku menerima dengan hati yang terbuka dan rasa bersalah!
:=( Maafkan aku kawan!!
CK : Berfikir dahulu sebelum bertindak .... jadikan ingatan sepanjang hayat aku!!!
sabar ye. kdg2 kita x perasan apa yg kita tlh melukakan hati kawan kita. semoga ukhuwah kalian berkekalan hendaknya
ReplyDeleteTiap individu bernama manusia takkan terlepas buat benda bodoh yang akhir kita sesal...atleast ada rasa kesal dari terus 'kering hati'. Belajar darinya dan jarakkan kesilapan berulang..di sini erti kehidupan bermula...belajar bila salah dan mengaku bila salah...bagi yang terluka, memaafkan lagi besar kesannya dari memendam rasa yang kelak merosakkan semua termasuk diri.
ReplyDelete@Sue-Rya Qistina Terima kasih ;)
ReplyDelete@tiga minit Tq ... akan dijadikan pengajaran selepas ini.
ReplyDeletebila kita marah kekadang kita akan hilang pertimbangan. maka berlakulah kesilapan demi kesilapan.
ReplyDeletebila kita sedar akan kesilapan kita dan segera minta maaf. Kitalah kesayangan Allah
tu laa terlajak perahu leh diundur kanns.. UHhuuu, salam jumaat yee
ReplyDelete