Sunday, December 2, 2012

IZYAN JUARA MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KEDUA!

Assalamualaikum ....





Fuuuhhhh, patut semalam aku update pasal Juara Masterchef Malaysia Musim 2 nie. Terlambat. Leka layan bolasepak Piala AFF Suzuki 2012, Malaysia vs Indonesia! Taksub dengan kemenangan Malaysia, so layan MCM2 nie pun celup-celup je .... last-last lepas habis bola, jam 11pm aku dah tertidor!


Itupun pulun bersengkang mata juga nak tengok MCM2, kononya tak mahu la terlepas tengok siapa juara. Namun aku gagal! Apapun nasib baiklah aku mampu layan bola sampai habis. Malaysia semalam pulun sakan, tapi sedih aku Safee Sali asyik kena kepung je. Huh! 


Okeh berbalik kepada MCM2 plak yek ... Tahniah buat Izyan sebab dah jadi Juara MCM2! RM100K tu menang dengan RM10K barangan elektrik! Memang rezeki Izyan walau hati aku berharap Along yang jadi juara, keh keh keh. 



Disebabkan aku tak tengok sampai habis pun MCM2 semalam ... so, takleh nak komen lelebih. Cumanya aku refer kat FB Masterchef Malaysia ajelah. Ada yang cakap kemenangan Izyan adalah dirancang! Dirancang?? Apa plak cakap lagu tu kan. Bagi aku, dah memang rezeki Izyan. Tapi adatlah .... selalunya rumah dah siap, tukul still berbunyikan! Manusia nie suka jadi cam biawak ... lidah terjelir-jelir kalau tengok orang lain lebih. Betul tak??



Cumanya semalam aku tengok MCM2 tu separuh ... rasa cam tak bestlah siap ada nyanyi-nyanyi bagai. Uih, macam dah lari konsep MCM2 plak. Dah tak macam MCM dah. Itu pendapat aku lah. Pendapat korang aku taktahu. Aku harap dapatlah tengok kesudahan MCM2 yang ulangan nanti. Walaupun dah terlambat daripada korang....




Sekali lagi, Tahniah buat Izyan! Pedulilah apa orang nak cakap .... 100K dah dalam tangan pun! Syukur Alhamdulillah.





CK : Seronok tengok orang lain pandai masak!



1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!