Monday, December 3, 2012

ANAK KECIL MAIN API

Assalamualaikum ...




Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara






#jangan fikir soal parti bila aku share lirik lagu ini. Lagu Warisan Anak Kecil Main Api - ciptaan Tan Sri Dr. Nordin Kordi. tapi fikirkanlah soal Islam dan Melayu! Kalau korang dengar dan hayati betul-betul, boleh merintih hati. Janganlah bertelagah sesama agama ... itu yang penting! Kita seagama Islam, janganlah mendoakan yang buruk pada orang lain ... Islam tidak ajar semua itu.


#Melayu bangunlah ... sedarlah, tika ini, kita diibarat ... "antah sama antah berlaga, ayam di pokok yang kekenyangan!" Sendiri fikir. Jadi kenapa kita harus bergaduh, bertelagah ... sedangkan orang lain yang untung. Baik kita bersatu kerana kita sama agama (Islam) dan kita Melayu! Jangan Melayu Hilang Di Dunia ... jangan Melayu menjadi layu. 


#Jangan kerana kita bertelagah, merebut jawatan ... merebut kuasa ... merebut kekayaan ... akhirnya kita dan anak cucu kita merempat di tanah air sendiri. Jangan sampai hak kita menjadi milik orang lain. Jangan sampai kita sesal tak sudah ... Bangunlah, kita majukan Islam dan bangsa Melayu! Jadikan kita yang terhebat. Bersatulah, berdoalah kebaikan buat semua bukan mendoakan kehancuran sesama agama.


#Apa yang baik ambillah, jika ada yang salah dan silap ... tegurlah dan perbetulkan ... bukan terus menghukum! Lebih baik kita bersama-sama ... bersatu membangunkan dan memajukan Malaysia ke arah yang lebih baik dan hebat di mata dunia!!


#Kalau bukan sesama agama dan bangsa boleh berbaik .... kenapa tidak boleh berbaik dengan sesama agama dan bangsa?? Kenapa??







CK : Ya-Allah, berkatilah ... lindungilah, permudahkanlah urusan kebaikan serta rahmatilah seluruh umat Islam dan jauhkan Malaysia daripada ancaman kejahatan dan kehancuran. Amin ...

1 comment:

  1. sedih bila tengok kampung halaman tergadai dfek kerana bertelagah sesama sendiri

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!