Sunday, December 30, 2012

CUTI ATKINS!

Assalamualaikum ...



Dinner malam tadi .... 
Aku cuti dari atkins untuk 3 hari
Semalam, hari ini dan esok!

Cuti sebab nak sambut tahun baru 2013 plus sedikit stress kerana berat statik pada 58kg!



Malam tadi aku masak nasi putih - separuh je! Tetap separuh. Sebab bila dah lama tak makan nasi, perut aku dah tak boleh menerima nasi dalam kuantiti yang banyak. Cepat kenyang! Dan tak boleh hadap  nasi hari-hari macam dulu lagi. Kalau aku cheat pun, aku ambil nasi separuh seminggu sekali je.


Sedapnye nasi putih plus kicap nie
Sebab lama tak makan nasikan .... rasa dia sedap sangat. Walhal nasi je pun! he he he


Then, aku masak ikan gelama sambal campur dengan brocolli
Malas nak goreng sayur, terus campak dalam sambal ikan tu
Eh, cam boleh layan pulak sedap dia . hu hu hu


Rupa bentuk ikan gelama sambal brocolli buatan aku. he he he ... recipe sambal cam biasa, cuma campak brocolli je di dalam nye! Dua dalam satu ... ada lauk dan sayur juga. Versi kurang rajin nie.


Okeh, aku nak sambung layan Konsert JOMHEBOH! Bila layan konsert nie baru aku tahu, hero cerekarama citer Ady Valentino tu Hazama rupanya! Apsal aku tak kenal rupa paras si Hazama ni yek?? Musykil aku .... hu hu







CK : Elok habis type entry nie, konsert pun habis ... APTB!!

1 comment:

  1. wah.mcm menarik care tgkpn gbr mknn itu..hehe..klu brt statik tu mknenye?ad yg x kne le tu dgn diet.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!