Title tak boleh blah ... rasa macam nak naik pelamin jew ;=)
Aku ingat lagi, masa aku pergi kursus awal bulan aritu ... ada seorang manusia nie terperasan aku pakai inai di jari! Pakai inai kat jarilahkan kebiasaannye ... ade ke pakai inai kat perut? muhahaha, okeh tak lawak!!
Bila pakai inai di jari, teruslah ditegur, "baru kahwin ke?". Huh, ceteknye pemikiran! Asal pakai inai je mesti dah kahwin. Pakai 3 jari je kahwin ke bendanye! Walhal aku dulu kecik-kecik mak dah ajar pakai inai setiap kali nak raya. Esok nak raya, malamnye mak aku sibuk giling daun inai. Dulu, mak aku siap tanam pokok inai lagi ... sekarang pun masih ada lagi pokok inai tu depan rumah. Cuma aku je tak rajin nak giling! Dasar pemalas ...
Orang yang kahwin pakai inai penuh jari tangan dan kaki, aku cuma pakai inai dekat kuku je ... itupun 3-4 jari. Sebelah tangan je pun! Masih ada hati nak tegur dah kahwin. Alahai, nampak sangat jenis menyibuk tau dengan apa orang buat. Huh!! Manusia nie takde masalah, tapi suka jadikan apa yang manusia lain buat tu sebagai masalah dalam hidup dia. Nampak tak betapa menyibuk tak kena tempatkan! Bila orang lain susah tak nak tulun, bab menyibuk no. 1!!!
Malam tadi, aku selongkar drawer almari solek aku. Sekali terjumpa inai tiub yang mak aku beli dekat Makkah 3 tahun lepas. Lama dah! Cuma inai tu belum expired je lagi. Bila dah nampak inai tu, jejari mulus mula rasa gatal nak berinai. hu hu hu
Tatau apa nak buat. Nak blogging malas tahap tak ketahuan aku skang nie. Jari mari kita berinai! Macam biasa, aku lebih selesa letak inai dekat kuku jew. Bukan keliling jari cam orang kahwin tu. Yang tu, nanti-nantilah kan bila sampai masa dan ada rezeki aku. hu hu
Sebelum sibuk berinai, meh kita main conteng muka. Apa lagi testing make up lew! he he he. Sebelum nie aku ada pergi kelas make up ... simple make up la. Entah nape skang nie hati asyik nak makeup2 jew. Walhal pergi keje setakat letak bedak je pun kat muke dengan lipgloss. Kalau kat rumah, galak nau nak make up bagai. Huh! Takde sape la tengok kau kan ...
Inai yang aku maksudkan tu.... korang tengok kat atas compact powder pixy tu. Tiub camtulah. Senang pakai. Tapi aku pakai tetaplah selekeh sket. Kalau orang lain tolong pakaikan mestilah cun kan! Aku nie bubuh kat jari sendiri, habis tertib dah nak bagi nampak tak selekeh ... tapi ada jugalah calit calit tepi tuh. Sket ajelah. Takpe, yang tu nanti lelama ilang la ... pastu dah jadi cantik dah ;=) Cantik ke?????
Okeh, siap dah ... sejam je. Kaler dia memang merah bangat! See the comot-comot kat jari ai tu. Dun worry .... soon ilanglah tu. So, will tinggal yang merah-merah dekat kuku je. Time tu baru nampak shantek kuku kau! Aku nie sangat suke tengok kuku orang yang berinai ... merahnye so sweet! Lagipun, pakai inai nie boleh di bawa solat. Boleh solat dengan senang hati ye anak-anak! Tak payah la ekau nak pakai pewarna-pewarna kuku bagai tu.
Kalau nak warna inai yang cun, kena cari inai daun tu giling ... merah dia sangat cun bagi aku. Tapi kena tengok jenis pokok jugalah ... kadang ada juga merah dia tak menyerlah sangat.
Okeh, aku nak sambung basuh baju. Pagi nie tak dapat pergi jogging sebab aku sangatlah mengantuk. SO, kebiasaannye aku akan workout dalam rumah je la kalau tak jogging. Jom bersenam!!
CK : Kenapa entah skang nie kurang rajin nak hapdate blog? Citer belambak ... gambar beriban ... tapi mood non hado!!
ammboii sonoknyerr nk kawenn kanns.., ekkKe
ReplyDelete@Wak Gelas™ sonok la juga...heheheh
ReplyDeletecantek CK berinai ye..
ReplyDeleteakak [un suke berinai, nak2 imai yg CK pakai tu.. tapi stok dah bais, nak beli kat malaysia ni mcm susah je nk jumpe sebijik mcm tu...
@Nisah Idham comot gak tu ....mmg susah nk cri inai nie kat Mesia ...
ReplyDelete