Sunday, December 30, 2012

MACAM MANA NAK REVIEW AZAM 2012 NIE?

Assalamualaikum ...



Esok tinggal sehari lagi ... hari dalam tahun 2012! Time flies ... cepatnye masa berlalu pergi. Umur makin meningkat. Amalan tak tahulah adakah ia meningkat sejajar dengan umur. Tepuk dada tanya iman yang tu. Sendiri jawab! Kalau tak cukup pertingkatkan!



Dari pagi tadi aku dok cari entry-entry lama perihal azam tahun 2012! Tak jumpa .... aku tak entry azam 2012 ke dalam blog nie? Sampai sudah tak jumpa! Sah .. memang aku tak cerita ngan korang apa azam aku. Yang ada setakat wishlist sebelah blog aku je ... itu wishlist untuk tempoh 5 tahun tu! hu hu


Bila dah tak up entry, camne aku nak review azam 2012 semua tu? Hu hu hu .... Okeylah, nanti aku review mana yang aku ingat. Mana yang aku jumpa dalam diary aku. Pastu aku kena lah up entry azam dan wishlist 2013 plak. Senang hujung tahun nak review n belek-belek semula! Mana yang tercapai ... mana yang dalam proses ... mana yang digugurkan ... mana yang mati kat situ je!


Penting juga up entry azam dan wishlist nie, kita boleh check mana yang perlu dibaiki berkenaan diri kita. Ye tak??



Eh, korang dah buat azam tahun baru ke nie???? Esok tinggal sehari lagi je tau 2012 ...






CK : Debaran 2013! Kalau same je ... memang tak ke mana lah hidup aku! hu hu

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!