Aku tahu masak (tahu masak tak semestinya sedap ye!), tapi bab buat kek aku memang failed! Tak pernah pun ada keinginan kat hati nak buat kek seorang diri selama ini. Kuih raya pun setakat buat cornflakes madu pandailah. Yang lain-lain...ermmmm cam hampeh kot. Rasanya lebih baik tunjuk-tunjuk, hulur duit dan dapat sebekas kuih, pastu balik ngap depan TV sambil layan Boboiboy! Cheh, jiwa kanak-kanak aku nie.
Weekend baru nie, Si June ajak aku buat kek. Bila orang ajak aku wat kek aku memang gelabahlah sikit. Sebab mana pernah weh! So, aku yang keluarkan idea buat kek caramel hari tu. Sebabnya, aku tahu wat puding caramel. Kira luluslah, tapi bab kek, biar si June buat. Bak kata orang baik bagi yang bijak pandai, yang tak pandai macam aku nie cukuplah setakat pandang! Mengecewakan bila kek yang kami buat tu tak jadi, sebabnya masuk air kerana guna bekas yang boleh tanggal-tanggal punggung dia tu. Bekas pun ada punggung! Haks!
Malam nie, aku cabar diri sendiri. Sampai bila asyik nak cakap tak pandai dan tak boleh buat kek seorang diri. So, aku try buat Kek Karamel Ala-Ala Pelangi. Aku guna ala-ala pelangi sebab color tak cukup tujuh pun. Aku pakai 2 colour je. Bantailah ... jangan bantat sudah! Telur pun tak cukup, ikut resepi guna 6 biji telur, aku guna 5 biji je. Memang resepi derhaka tul! Kat bawah nie, sebelum aku steambathkan kek nie. Hasilnya aku tak tahu bagaimana. Jadi ke tak .... terserah! Aku dah cuba. Eh! senangnya aku cakap.
Belum dimasukkan ke oven untuk bako! |
Aku ikut resepi dari K-An, Periuk Tanah step by step. Dia suruh tapis aku tapis, kira apa yang K-An suruh aku ikutlah... cuma bab telur je kurang satu. Harap-harap jadi. Aku nie memang tak pandai buat kek, so sebolehnya aku follow je prosedur dia bagi. Cuma untuk yang nie je terderhaka sikit bab telur tuh! Adatlah orang tak berapa pandai, copy paste ajelah. ha ha ha
Aku sekarang nie cam tengah nebes tunggu kek aku jadi ke tidak? Kalau jadi aku cerita kat korang. Tapi kalau tak jadi pun aku cerita juga. ha ha ha. Sharing is caring.
Okeh, aku nak pergi tengok kek aku tuh. Lepas tu nak sejukkan, then aku nak tidur! Ngantuk dah mata akak nie. Rasa macam digam-gam dah.
Selamat malamlah korang ye! Tq datang sini baca cerita akak yang kadang tu tak semenggah pun. ha ha ha
CK : Lepas ini, aku nak sentiasa mencuba. Baru tahu buat kek nie best plus syiooook!
waa,tak pandai sekurang-kurangnya nk gak buat..nnti post ke kedah k..HAHA
ReplyDeletegoodnite
suka buat kek, tp xde masa nak buat :)
ReplyDeletegud luck eh :D
jgn lupe upload hasilnyaa :))
ReplyDeletemeriah. :)
ReplyDeletekek tue nmpk menarik....azie suka corak die :D
ReplyDeleteya ampun. memikat nya kek ni.
ReplyDeletebuat kek perlukan kesabaran..selalunya cuba yg mudah dulu diikuti yg sukar.btw corak lorekan kek tu sgt2 nice.fahz suka baked cake jugak. :)
ReplyDelete