Baiklah kita memuji pasangan kita,
sebelum orang lain memuji pasangan kita,
Baiklah kita membelai isteri/suami kita,
sebelum orang lain membelai suami/isteri kita,
Baiklah kita memasak makanan untuk suami kita,
sebelum orang lain memasak makanan untuk suami kita,
Baiklah kita mengambil berat tentang pasangan kita,
sebelum orang lain mengambil berat tentang pasangan kita,
Baiklah kita menjadi pendengar yang baik untuk pasangan kita,
sebelum orang lain menjadi pendengar yang baik bagi pasangan kita,
Baiklah kita bertanya dan menyelesaikan masalah pasangan kita,
sebelum orang lain bertanya dan menyelesaikan masalah pasangan kita!
Biarlah kita menjadi tempat curahan rasa hati pasangan kita,
sebelum orang lain, Twitter, Blog dan Facebook menjadi tempat curahan rasa hati pasangan kita!
"Di sebalik senyuman tidak beerti ada kegembiraan,
Di sebalik kemurungan itu tidak beerti ada kepayahan, dan
Di sebalik kesedihan tidak beerti ada penderitaan"
Kita tidak boleh berharap pada kejujuran semata dalam ikatan hubungan 2 jiwa dan hati manusia. Di sebalik kejujuran kita perlu ada toleransi. Namun kedua perkara ini tidak akan menguatkan perhubungan tanpa ada persefahaman. Dan hubungan yang dibina tidak akan berkekalan hanya dengan tiga perkara ini seandainya kita tiada rasa percaya antara 2 jiwa dan hati. Akhirnya, kejujuran, toleransi, persefahaman dan rasa percaya akan lahirkan kesetiaan dalam hubungan antara dua jiwa dan hati manusia!
Selebihnya, kita berserah pada Maha Pencipta Yang Esa kerana di antara perkara yang manusia tidak ketahui dan ditentukan oleh DIA ialah JODOH selain daripada rezeki dan mati!
Disimpulkan, kita harus menerima seadanya dan menjaga pasangan kita dengan baik!
# tulisan ini hasil daripada apa yang didengar oleh MB pagi tadi melalui satu segmen motivasi (katanya). dia datang meluahkan segalanya pada aku dengan penuh perasaan. seolah ada sesuatu yang tersimpan. pesan dia pada aku dan juga pada semua yang membaca entry ini, katanya, "apa yang saya cakap dan awak tulis ini adalah untuk menjadi ingatan kepada diri saya (MB), diri awak (AKU) dan pembaca blog awak .... hargailah pasangan yang kita ada di depan mata dan terima dia seadanya, sebelum tempat kita di sisi dia diambil alih oleh orang lain!".
Serius aku terkedu seketika dan rasa hati dia bila meluahkan semua ini pada aku seolah aku tahu .... kenapa?!
CK : Aku sentiasa cuba sebaiknya menghargai orang aku sayang dan mereka yang sayangkan aku!
betul tu...kita kena hargai pasangan kita dan terima dgn rela segal2nya. keran jodoh, ajal dan rezeki mmg sudah ditentukan oleh ALLAH.
ReplyDelete