Siapalah agaknya Juara Masterchef Malaysia?
Tak sabar nak tunggu Santapan Penamat Masterchef Malaysia, esok Ahad, 8 Januari 2012 di Astro Ria Saluran 104. Akhirnya pekebun dan doktor gigi berjaya jugak hingga ke final! Tahniah ...
Aku suka Wahidan sebab dia macam bersungguh-sungguh bila memasak. Selalu bagi yang terbaik. Mula-mula Masterchef Malaysia, aku rasa Wahidan nie agak low profile ... dia memang cool dan hampak humble!
Cara Wahidan masak pun aku teruja. Kadang nampak lain dari yang lain. Bila tengok juri Masterchef merasa, aku pun jadi terliur tengok masakan Wahidan nie. Masa awal slot Masterchef, aku memang tak perasan Wahidan, but Emelda yang over tu memang aku perasan memanjang. Aku tak berapa suka cara Emelda, jujur! Sebab dia seolah bajet diri dia bagus dan terlalu over confident. Kalau masuk dapur tak perlu kipas tangan tu boleh tak? Kalau Emelda low profile macam Wahidan, cool dan tak over semacam... aku rasa mesti aku suka dia!
Doktor gigi yang sweet, Ezani! Aku suka tengok dia ... nampak macam kecik je, tapi ligat di dapur boleh tahan. Masakan dia pun menarik bagi aku. Kalau Dr. Ezani, bukan sahaja cara dia masak, makanan yang dia persembahkan, tapi cara dia berpakaian dan memakai tudung pun aku tengok. hu hu.
Aku sukalah tengok dia. Macam tenang pun ada.
Last week aku tertanya-tanya, siapakah gerangan yang memiliki senyum yang manis ini. Bila dia bagi komen, muka dia macam senyum sahaja all the time. Sekali pandang macam suwetlah pula. Lalu, aku pun googlelah, dan aku baru tahu dia adalah ADAM LIAW, juara Masterchef Australia Musim Ke-2.
Padanlah komen dia bukan main lagi. Lancar dan jelas ...
Malam esok, kalau boleh nak kosongkan aktiviti, nak layan Santapan Penamat Masterchef Malaysia!
CK : Apa yang aku buat semua tak kena ... ada sahaja yang nak dicomplaint. Sesekali boleh terima, tapi kalau complaint mengada-ngada aku menyampah! Lagi satu, "sempurna sangat ke diri tu, asyik nampak orang lain je kurang dan lemah, salah itu ini????"
kedua2 finalis so cool...
ReplyDeletetp yang paling cool juri jemputan ari tue...sweet btllah ADAM LIAW..
kite tgk siape juare hehehe
ReplyDelete