Biasanya weekend, kalau aku kerja ... aku jarang masak untuk bekal tengahari. Memadai masak untuk breakfast je. Itupun yang simple-simple. Buat alas perut je pun sementara tunggu tengahari. So, weekend biasanya aku akan lunch dekat kedai kalau MB ajak. So, sapa yang ajak dia tulah yang keluar duit. Okeh tipu. Ikut turn juga. Kalau hari nie dia, esok aku pula. Camtulah seterusnya. Cuma bila time gaji bab bayar membayar memang dia ajelah! Aku nie sesekali. muaha ha ha ha .... gelak jahat!
Terus kepada edisi JOM. Lokasi dekat juga dengan Putrajaya. Tapi aku rasa belum pernah promote lagi. Restoran nie memang boleh dikatakan selalu juga aku pergi. Memang ulang-ulanglah! Satu sebab makanan dia sedap! Dua sebab restoran dia bersih! Ketiga sebab harga boleh dikatakan berpatutan jugalah.
Inilah tempat yang aku maksudkan. Restoran & Katering ARHAM yang terletak di Desa Pinggiran Putra berhampiran dengan Putrajaya. Dekat jalan apa aku dah lupa. Tapi korang boleh terjah blog ARHAM di sini .... KLIK KLIK. Tauke dia takda share apapun dengan aku dan aku tak kenal pun tauke dia. he he he. Cuma nak pujilah dari segi masakan, kebersihan dan kekemasan restoran ARHAM. Aku puashati. Aku tengok pekerja-pekerja dia dah pakai uniform baru untuk tahun 2012, merah hitam lagi. Tahun lepas takda pun uniform. Satu peningkatan!
Sembang banyak pun tak gunakan. Tunjuk makanan dulu. Ini menu SI MB. Ayam goreng kunyit 2 ketul, sayur campur lepas tu apa ntah dia ambil aku dah lupa. Sayur yang dia ambil nie sedap. Dengan dicurah kuah masak lemak tu. Memang bestlah!
Ini menu aku. Ikan keli goreng tepung aku rasa, sayur petola, kuah masak lemak, ulam jantung pisang, sup kentang dan sambal belacan. Okeh sambal belacan tak nampak pun dalam gambar. Abaikan!
Walaupun menu yang kami ambil biasa-biasa sahaja, but aku nak puji dari segi rasa dia. Memang terasalah pada lidah masing-masing. Sehingga kami berulang kali pergi makan di sana, belum lagilah terpacul perkataan tak sedap makan di ARHAM. Aku rasa ARHAM pun ada menu untuk makan pagi. Makan malam aku tak pasti.
Untuk makluman korang, ARHAM pun buat katering juga. So, sapa-sapa yang berminat nak buat kenduri atau apa-apa majlis makan-makan, bolehlah contact dengan Haji Roslan yang merupakan tauke kepada Restoran ARHAM dan Catering nie. Atau korang boleh hubungi dengan Puan Huda di talian ini 012-355 2513. Apapun jenguk dulu blog ARHAM dan tengok menu yang ditawarkan oleh mereka.
Ini ruang dalam Restoran ARHAM. Lantai dia berkilat punya bersih. Memang aku puji sangat-sangatlah bab kebersihan restoran nie. TOLONG KEKALKAN atau tambahbaikkan lagi ok.
Next time aku nak try makan pagi pula dekat restoran nie, tapi tak tahulah bila? Asyik jadi pelanggan tetap makan tengahari je. he he he!
Untuk restoran ini aku bagi 4 1/2 bintang dari 5 bintang!
Apa kata nanti korang try pula makan di sini .... ok ke tak pada lidah korang nanti! Pastu sharelah ye cerita tu.
Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
CK : Blog aku dah jadi blog jalan-jalan cari makan dah aku rasa ... he he he!
bersih je kedai dia, kemas. :)
ReplyDeletewah boleh pergi ni. umah kita p5. dekat sgt.
ReplyDeleteterima kasih atas pujian ;))
ReplyDeletedari kami suami isteri hj roslan dan hjh huda..
silalah datang lagi..