Suka-suki aku hapdate blog kat office. Memang cari hal! hu hu. Hari ini, hari pertama bekerja di tahun baru, 2012. Pagi tadi, kerja aku berlambak. But, Alhamdulillah ... semua berjalan lancar. Aku dari semalam lagi dah usaha psiko diri sendiri, agar rajin bekerja, bangun awal, tunjukkan sifat dan semangat yang lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya. Benda yang paling penting, aku tak suka nak dengar hal-hal negetif di pagi hari. Sila nyah jauh-jauh oke!
Aku harap dan doa, semangat yang hebat di hari pertama ini, akan berterusan sampai 363 hari akan datang dan akan terlajak sehingga tahun-tahun ke seterusnya jika aku dipanjangkan umur olehNYA. Itu yang pasti. Aku nak lebih konsisten melakukan perkara yang baik, tak kiralah soal kerja atau peribadi. Aku nak lebih bersungguh-sungguh dan sentiasa berhati-hati melakukan kerja, agar tak menjerat leher aku sendiri di kemudian hari.
Banyak benda aku nak kena review balik. Bermacam benda yang aku tengah fikir walau baru sehari bekerja di tahun baru. Tak pasti aku akan buat satu pembaharuan baru atau tidak? Bergantung kepada keadaan nanti bagaimana dan kenapa ia perlu!
Aku juga akan kurangkan penggunaan internet di pejabat, salah satu azam aku! Hari ini je, aku baru je pun tengok dan layan internet sebab kerja baru siap. Harap-harap usaha aku berjaya, sebab kadang-kadang internet melalaikan aku dan kemudiannya membebankan aku bila ada kerja yang tak sempat siap.
So, janganlah menahaskan diri sendiri! Untuk korang, kerja rajin-rajin ye.
CK : Sukakan hari ini .... :)
kdg2 internet kat off lgi best dri kat umah...laju giler...hihii=)
ReplyDelete