Pagi-pagi kita cerita pasal minum. Pagi memang wajib minum. Dan minuman wajib aku adalah Nescafe ... kalau bukan 3 in 1, aku bancuh Nescafe Classic. Aroma dia memang menusuk hitam dan membangkit rasa nak minum memanjang. Setiap pagi memang inilah minuman aku. Tiada yang lain. Kalau ada sekalipun amat jarang sekali. Aku kurang minun teh ... angin. Seksa badan rasanya. But sesekali aku minum juga teh strawberry. Itu cuma nak hilangkan keinginan ajelah.
Okeh back to the story, aku sekarang nie terpaksa ucap selamat tinggal dekat minuman kegemaran aku nie ... Nescafe dan segala jenis minuman yang berkafein. Sedih! Sangat-sangat sedih. Ini semua rentetan dari apa yang telah aku ceritakan pada korang di sini. Bacalah sendiri. Aku dinasihatkan dan sebaiknya meninggalkan terus minuman berkafein. Sebak rasa hati sebab inilah satu-satunya minuman yang aku minum setiap pagi!
Demi kepala aku yang sering sakit, aku redha melepaskan minuman nie. Selepas dinasihatkan doktor, aku berhenti 3-4 hari dari minum nescafe hari tu. But Isnin baru ini, aku trylah minum sikit nescafe member aku. Teringin! Nescafe 'O' je pun. Disebabkan kedegilan aku, aku menanggung sakit yang sama kembali. Sekarang nie sakit sebelah kiri dah beralih ke kepala kanan dan mata kanan. Dugaan sungguh. Dan semalam juga aku hampir pitam di meja kerja. Nasib baik sempat duduk. Itu pun aku gagahi juga buat kerja.
Aku sayangkan kepala dan diri aku nie, maka suka tak suka kena jugalah ucap selamat tinggal dengan Nescafe. Walaupun aku nie bukan kanak-kanak yang nak membesar bagai johan, aku cuba minum milo setiap pagi. Tapi rasa dia tak sesedap minum nescafe. Kadang aku minum air suam je. Senang cerita.
Aku tak nak tanggung risiko kesakitan yang berpanjangan, baru seteguk aku minum minuman berkafein, 2 jam kemudian aku perlu tanggung sakit kepala dan urat mata yang seolah ditarik-tarik selama hampir 2-3 hari. Jalan mudah .... "selamat tinggal nescafe dan minuman lain yang berkafein ..... huk huk!"
Goodbye sayang!! huk huk .... |
#Rasa satu nikmat Allah sudah ditarik balik....sedarkah engkau wahai manusia? Masa mu semakin hampir!
CK : Umur bukan semakin panjang tapi semakin singkat ....
Dulu cik Jah nye minuman pagi untuk sarapan adalah Nescafe Ais .. lagi best kalo pekat n manis .. tambah lak sejukk ...perghhhhhhh ....
ReplyDeletetapi sekarang dah tukar pada teh tarik .. takde sakit ape ..cuma nak kurangkan minum ais dan nescafe ...
ape pun .. Cik Jah still layan nescafe terutamanya bila kena drive dalam jangkamasa lama. macam nak balik kampung ke .. tu pun beli yg dalam tin, nescafe, mocha dll specis yg sama ... gheeeee ... takleh tinggal lah ...
dni beli yang decaf punya :D
ReplyDeleteazie gemar minum air nie...bila byk minum mesti skit pale....;(
ReplyDeleterara dh lama tinggal kan nes.tak mo jd penyakit jugak.bagus lah akk tinggal kan.
ReplyDeleteNESCAFE...minum feveret, tapi kena kurangkan sebab tak elok sangat..:D
ReplyDeletesy pun kan kak,skrg ni suka sgt mnum nscfe,prnh sy mnun nescfe sj tiap2 hr,pstu skrg ni sy kerap skit kpla belah kira,skit yg tramat..sy xtau punca dia apa,sy agk mybe sbb byk mnum nescfe kot,skrg ni stop jap,kdg2 sy mnum gak..slmt pagi kak :)
ReplyDeletesy minum jarang² kak..
ReplyDeleteaku salah 1 peminat nescafe, bila baca entri nie hadoi....rasa takut nak minum pun ada.
ReplyDeleteAssalam cik kamoo,
ReplyDeletewah terpanggil akak nak comment kat sini ..cik kamoo ni selalu pening2 kepala sebelah aje ya..rasa2 akak cik kamoo ni ada migraine kot?..samalah macam akak dulu..kalau dah kena sampai pengsan2 gitu..teruk sekali, kepala mcam kena screw gitu..mata sebelah pula kadang2 tak nampak....then lepas tu akak pergi jumpa neurologist..dia diagnose, akak ada common migraine, there is no cure to migraine, tapi there is preventive measures lah..seperti jangan tidur lewat, tak boleh stress, tak boleh penat sangat, dan certain food memang harus dijauhi, seperti caffeine, some even say chocolate..heheh..tapi memnag haruslah cik kamoo jauhi dulu minuman caffein ni kan..until dah ok kot baru minum balik..take care dear..
aku dlu selalu jugak minum, tp skrg ni bila minum akan menyebabkn migrain..jadi aku terus berenti minum...bila dah lama x minum, bile nk minum je, perut xley masuk...terus aku muntah balik...
ReplyDelete