Awal pagi nanti, aku ada Kursus Jelajah Francais 1Malaysia jam 8.00am. Tapi malam kejap tadi aku bantai pergi tengok bola perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, antara NEGERI SEMBILAN lwn KELANTAN! Tengok pula dekat screen besar yang dipasang di Padang Dewan Orang Ramai Rantau, N9! Macamlah aku nie orang nogori. But, S.Kunalan punya pasal ... sanggup menguap berkali-kali depan screen!
Tengok tu, siap ambil gambar sebagai bukti. Aku tengok nie dari dalam kereta. Masa tu, Si Lavender belum datang. Sebab aku sorang-sorang, layan ajelah dari dalam kereta. Nasib baik jelas walaupun jauh sket! Lepas Lavender datang terus duduk bertenggek kat luar dan dekat sikit dengan screen. Masa Lavender datang pun, N9 [1] dan Kelantan pun [1]. Seri!
Bila baca suratkhabar hari ini, semua sokong Kelantan akan monang. Yelah, dia ramai pertahanan yang kuat-kuat. But, N9 pertahanan yang hebat-hebat dah takda. Tapi S.Kunalan pun apa kurangnya. Malam ini dia memang hebat. Walaupun kedua-dua gol N9 disumbat oleh pemain import, Jean-Emmanuel Effa Owona (born 26 December 1983 in Cameroon) is a Cameroonian footballer).
Apapun Negeri Sembilan, TAHNIAHLAH!! Walaupun ramai yang pandang hebat pada pasukan Kelantan. Namun, tadi pemain import Negeri Sembilan berjaya menjadikan Negeri Sembilan sebagai Johan Piala Sultan Ahmad Shah. Kesian dekat Apek (Khairul Fahmi Che Mat), kerana tidak dapat menjadikan 7 Januari 2012 sebagai hadiah hari lahir dia yang bermakna! N9 dah 'rosak' hari lahir dia, bak kata Berita Harian! Walaupun Kelantan kalan, persembahan Apek tetap hebat tadi!
NEGERI SEMBILAN [2] vs [1] KELANTAN
Okehlah aku nak tidur, pagi karang nak kena bangun awal pergi kursus francais tu. Selamat malamlah semua, selamat malam ke selamat pagi nie? Ah lantaklah apopun .... Sweet dreams yoooo ....
CK : Harap2 awallah bangun ... jgn terlajar tidur sudah!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!